Disini akan kami senaraikan pilihan Top 10 kawasan-kawasan di Pulau Pinang yang kami rasa sesuai dan wajib untuk dikunjungi, pada mereka yang pernah mengunjungi Pulau Pinang pasti akan familiar dengan tempat-tempat yang akan kami senaraikan, tetapi untuk mereka yang tidak pernah kunjungi Pulau Pinang, pastinya ini akan membantu untuk anda melakukan jadual-jadual yang penuh untuk anda sebelum berangkat ke Pulau Pinang. Pulau Pinang adalah negeri besebelah Kedah. Sekiranya anda sudah dekat dengan Pulau Pinang, boleh lah mengambil sedikit masa untuk mengunjungi negeri Pulau Pinang.

WELCOME TO PULAU PINANG 

1. Escape Theme Park Penang

– Extremeeee…. for those yang suka pada sukan lasak dan aktiviti yang mencabar dari segi fizikal dan mental boleh lah “mencabar diri” di sini kerana ia mempunyai flying fox, climbing dan macam-macam lagi.

Dapatkan hotel-hotel di Penang dengan harga diskaun disini.. Khas untuk pembaca siputhijau.com Klik disini

2. Penang Street Art

– Bagi mereka yang gemar bergambar atau art expert, boleh lah mengambil sedikit masa untuk mengunjungi Penang Street Art ini dan nikmati lukisan mural 3D street art ini. Sekiranya anda google atau melayari sosial media, anda boleh lihat ramai diantara mereka yang bergambar dengan keunikan seni ini. So kalau dah ada di Penang jangan lupa bergambar dan kunjungi kawasan ini.

3. Bukit Bendera

– Destinasi yang wajib untuk dikunjungi antaranya ialah Bukit Bendera kerana aktiviti menaiki kereta kabel ini mampu membuatkan anda menarik nafas lega dan menenangkan diri dengan melihat dan menikmati pemandangan bandaraya Pulau Pinang melalui Cable Car.  So, sit back and relax….

4. Taman Negara Pulau Pinang

– Di Teluk Bahang juga menjadi perhatian pada para pengunjung yang menyukai aktiviti yang tenang dan  boleh meluangkan masa bercuti dengan aktiviti yang sihat kerana di sini anda boleh melakukan jungle trekking, camping, meningjau kehijauan, melepak dipantai dan sebagainya. Dan yang lebih menarik, anda akan melalui canopy walkway yang menjadi pertemuan air tasik tawar dan air laut yang masin. So, kalau nak nikmati semua itu, silalah kunjungi Taman Negara Pulau Pinang.

5. Padang Kota Lama

– Di Pulau Pinang, antara tempat yang menarik untuk dikunjungi ialah Padang Kota Lama. Ia merupakan tempat pendaratan Sir Francis Light pada tahun 1876. Banyak perkara peninggalannya yang masih berdiri kukuh lebih dari 100 tahun itu menjadi perhatian ramai pengunjung. Antaranya ialah bilik simpanan senjata, rumah api dan sebagainya.

6. Muzium Perang

– Pada mereka yang meminati sejarah-sejarah peperangan yang terjadi di Pulau Pinang oleh Tentara British boleh mengunjung muzium ini. Ia juga mempunyai penjara, bilik penyeksaan dan pelbagai lagi.

7. Taman Rama-Rama

– Taman ini akan menjadi kawasan yang amat sesuai untuk seisi keluarga, ianya juga sesuai pada mereka yang gemar pada kecantikan alam semula jadi dan keunikan spesis rama-rama ini. Taman ini memberikan lanskap yang cantik dan menenangkan.

8. Rumah P. Ramlee

– Pastinya pada mereka yang meminati seniman agong negara ini iaitu P. Ramlee, boleh mengunjungi rumah kelahirannya. Pelbagai sejarah yang boleh di amati dan dikenang. Di rumah ini anda juga boleh mengenali P. Ramlee melalui zaman kecilnya. Tanpa sejarah, tiada pengajaran dan rujukan.

9. Tokong Ular

– Haaaaa….. pada yang meminati haiwan reptilia yang berbisa boleh meluangkan masa bersama ular-ular di tokong ular ini kerana disini yang menariknya ialah ia mempunyai ular yang berbisa, tapi tidak perlu risau kerana ianya disimpan di kawasan yang bercermin, dan yang tidak berbisa akan dilepaskan tetapi dibawah kawalan penjaga. Anda akan melihat pelbagai jenis ular di kawasan ini. Pada yang berminat, silalah luangkan masa anda bersama ular-ular ini.

10. Pantai Batu Feringgi

– Antara tempat yang paling popular dan menjadi kewajipan pengungjung ialah Pantai Batu Feringgi. Pelbagai jenis aktiviti keluarga yang boleh dilakukan seperti banana boat, jetski, parasiling yang menarik dan pelbagai lagi keseronokan.

 

Pastinya Pulau Pinang menjadi kawasan yang menarik kerana ia mempunyai pelbagai perkara dan tempat yang boleh dikunjungi, anda tidak akan merasa bosan dan tidak tahu apa untuk dilakukan kerana di Pulau Pinang mempunyai banyak kawasan-kawasan yang akan memenuhi masa anda dan keluarga serta kawan-kawan. Be Safe 🙂

 

Dapatkan hotel-hotel di Penang dengan harga diskaun disini.. Klik disini

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge