Semua orang boleh berniaga tapi tak semua orang tahu ‘closing sale’. ‘Closing sale’ adalah satu strategi perniagaan bagi memastikan perniagaan kita akan mendapat sambutan pelanggan, mengambil kira tentang produk perniagaan kita, cara jualan, komunikasi dan pelbagai strategi lain. Disini terdapat beberapa tips bagaimana nk ‘closing sale’ dan buat pelanggan kita akan tertawan.

 

 

produk-sd

  1. Keyakinan terhadap produk

Kenapa perlu jual sesuatu yang anda sendiri tak yakin? Pelanggan juga akan merasakan benda yang sama, jika anda sendiri tidak yakin dengan produk anda. Keyakinan yang anda ada akan menarik minat pelanggan untuk membeli dan sebaliknya.

 

  1. Komunikasi dan tuturan bahasa

Masa nk jual produk, jangan guna ayat yang terlalu skema kepada pelanggan. Pastikan anda pandai berkomunikasi dengan mudah dan berterus – terang. Pelanggan akan bosan sekiranya ayat yang kita guna terlalu baku atau berpanjang jela, takut nanti pelanggan akan mula hilang fokus terdahap produk kita.

 

  1. Teknik ‘pressure’ pelanggan

Bila pelanggan rasa tidak pasti, ragu – ragu atau takut mengenai apa yang mereka tidak tahu, merekan akan berfikir sejauh mana pentingnya untuk membeli produk kita. Guna kesempatan ini untuk buatkan mereka berasa rugi kalau tidak cuba produk ini.

 

  1. Kenalpasti pelanggan anda

Bagi sedikit masa untuk kenalpasti pelanggan anda. Seorang peniaga yang bijak akan kenal dengan pelanggan mereka luar dan dalam, berkongsi masalah dan faham kehendak pelanggan. Produk kena sesuai dengan citarasa pelanggan.

 

  1. Persembahan yang menarik

Keyakinan terhadap produk, kenal pasti pelanggan, persembahan yang menarik juga salah satu strategi yang penting. Sesetengah pelanggan mudah menolak produk kita apabila peniaga tidak tahu membuat penyampaian yang baik. Buat sesuatu yang akan menarik minat pelanggan untuk membeli, sentiasa berlatih menggunakan ayat yang cantik untuk pukau pelanggan.

 

  1. Penampilan

Bagaimana nk pikat pelanggan kalau diri sendiri tidak nampak menarik. Tidak perlu bergaya ranggi atas bawah, cukup sekadar ada personaliti yang menarik. Contohnya boleh guna jenaka untuk buat pelanggan rasa selesa dan gembira.

 

  1. Jujur

Memang bagus kalau kita dapat jawab semua soalan pelanggan, nampaklah luar ilmu pengetahuan. Tapi, kena ingat, tak semua benda kita tahu. Kadang – kadang ada pelanggan yang akan buat – buat tanya soalan untuk uji kita. Kalau dapat jawab sebetulnya baguslah tetapi kalau tidak tahu jangan buat – buat tahu, takut nanti terbagi fakta yang salah. Sebaiknya cuba jawab dengan elok, sekiranya tidak tahu, jujur sahajalah.

NO COMMENTS

Leave a Reply