tidur-malam

Ramai dikalangan masyarakat yang menghadapi kesukaran untuk tidur malam. Tidur yang terganggu sememangnya tidak baik untuk kesihatan tubuh badan. Bukan itu sahaja, tubuh badan akan menjadi lesu dan cepat penat pada siang hari jika tidur pada waktu malam terganggu ataupun tidak cukup tidur akibat kesukaran untuk tidur. Penyakit ini juga dikenali sebagai insomnia.

Kepada anda yang inginkan tips untuk tidur dengan lebih lena, dibawah terdapat beberapa tips yang boleh anda amalkan.

1. Tidur pada waktu yang tetap setiap hari

Cuba untuk tidur dan bangun dari tidur pada waktu yang sama setiap hari, walaupun pada hujung minggu. Tidur pada waktu yang sama dapat mengukuhkan kitaran waktu tidur dalam jam biologi (biological clock) badan anda. Hal ini juga dapat membantu anda untuk lena dengan lebih cepat setiap kali anda tidur.

2. Jaga pemakanan

Jangan tidur sekiranya anda lapar atau terlalu kenyang. Keadaan yang tidak selesa ini boleh membuatkan ianya lebih sukar untuk anda lena. Selain itu, limitkan minuman yang anda ambil sebelum tidur, bagi mengelakkan tidur anda terganggu dengan rasa nak terkencing.
Elakkan merokok (seeloknya berhenti) dan minum minuman berkafein pada waktu malam. Kesan keffein dalam kopi dan nicotin dalam rokok boleh mengganggu tidur anda pada waktu malam.

3. Buat sesuatu yang menenangkan

Jika anda taidak boleh lena wlaupun selepas 15 minit anda cuba untuk tidur, cuba bangun dan buat sesuatu yang menenangkan. Kemudian, tidur semua selepas anda rasa mengantuk. Jika tidak, ianya akan menjadi lebih susah untuk anda lena.

4. Selesakan diri

Jadikan suasana bilik tidur anda sebagai sebuah tempat yang ideal untuk tidur. Contohnya, suhu yang tidak panas, gelap, dan sunyi. Anda boleh gunakan alatan seperti pendingin hawa, (atau kipas), plug telinga, atau penutup mata bagi membantu mewujudkan suasana tidur yang ideal. Selain itu, tidur yang baik juga bergantung kepada Tilam dan bantal anda. Walaupun definisi tilam yang sesuai untuk tidur adalah subjektif, pilih tilam dan bantal yang paling membuatkan anda selesa. Jika berkongsi katil, pastikan saiznya cukup untuk 2 orang.

5. Lakukan rutin sebelum tidur

Lakukan sesuatu yang sama sebelum tidur pada setiap malam. Hal ini bagi memberitahu badan anda bahawa masa untuk tidur sudah tiba setiap kali anda melakukan aktiviti tersebut. Aktiviti yang boleh dilakukan termasuklah mandi air suam, membaca buku, atau mendengar lagu yang menenangkan, dilakukan dengan lampu yang malap.

6. Limitkan waktu tidur di siang hari

Tidur terlalu lama di siang hari boleh mengganggu waktu tidur di malam hari, terutamanya bila anda mengidapi penyakit insomnia atau sukar untuk tidur pada waktu malam. Jika anda perlu tidur sekejap pada waktu siang, limitkan waktu tidur tersebut dalam 10-30 minit pada waktu tengah hari.

Info tambahan : tidur sekejap pada waktu tengah hari adalah salah satu sunnah Nabi. Ianya dikenali sebagai Qailulah, dilakukan dengan niat supaya badan lebih segar untuk bangun ber-qiamuallail di malam hari
Dalam sesuatu kes dimana anda perlu bekerja sepanjang malam, barulah anda boleh tidur dengan waktu yang lama pada waktu siang. Semasa anda hendak tidur pada waktu siang, pastikan suasana tempat tidur anda ideal seperti yang telah disebutkan diatas.

7. Tangani stress

Tidur anda akan terganggu sekiranya anda dalam keadaan tertekan. Tanggani stress anda dengan cara yang sihat seperti menyusun jadual, menetapkan priority dan membahagi tugasan anda. Rehat dengan secukupnya, dan bergaul dengan sahabat handai. Jika anda terfikirkan sesuatu perkara sebelum tidur, jangan bebankan waktu tidur anda dengan memikirkan perkara tersebut. Tuliskan perkara tersebut untuk mengingatkan anda pada esok hari.

8. Bersenam

Aktiviti fizikal pada waktu siang seperti bersenam dapat membantu anda tidur lena dengan lebih cepat dan lebih nyenyak pada waktu malam. Walau bagaimanapun, jarakkan waktu bersenam dan waktu tidur anda.

9. Dapatkan nasihat doktor

Kadang-kala, ianya normal jika anda mengalamai gangguan semasa tidur. Akan tetapi, jika anda kerap mengalami kesukaran mendapatkan waktu tidur yang cukup, sila dapatkan nasihat doctor atau pegawai kesihatan berdekatan anda. Doktor boleh mengenal pasti dan merawat punca gangguan tidur anda jika ianya berkait dengan masalah kesihatan.

10. Lakukan senaman ringan sebelum tidur

Perkara ini dapat memberikan tidur yang nyenyak kepada anda kerana apabila anda melakukan senaman ringan sebelum tidur atau lakukan stretching, tubuh anda akan berasa letih dan ingin berehat dengan serta merta.

 

 

1 COMMENT

Leave a Reply

CommentLuv badge