Langkawi adalah lokasi pelancongan paling top kat Malaysia.. Ianya menjadi tumpaan pelancong dari dalam dan luar negara terutama musim cuti sekolah. Berikut adalah senarai tempat yang anda wajib pergi di Langkawi.

1.MAHSURI

Langkawi merupakan salah satu pulau bersejarah di Malaysia. Langkawi terletak di utara Malaysia, bersebelahan negeri KEDAH DARUL AMAN. Antara sejarah pulau Langkawi yang menjadi sebutan adalah sumpahan Mahsuri yang menyebabkan pulau tersebut tidak akan subur dan aman sehingga tujuh keturunan beliau. Darah Mahsuri dikatakan berwarna putih sebagai bukti bahawa dia tidak bersalah dan difitnah.

mahsuri1

Kota Mahsuri ini terletak di mukim Ulu Melaka 12km dari Pekan Kuah berhampiran dengan lapangan terbang Padang Matsirat.

Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu.

Tempat ini juga dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri .

Promosi Hotel Murah sekitar Langkawi. Klik disini. Harga murah hotel ini hanya melalui web siputhijau.com dan agoda.com

 

2.Pekan Kuah

Merupakan pekan utama yang ada di pulau Langkawi kerana peristiwa pergaduhan anatara dua gergasi, Mat Cincang dan Mat Raya yang wujud pada masa silam. Akibat daripada pertarungan ini kuah gulai tertumpah mengenangi kawasan ini dan dari situ Pekan Kuah mendapat namanya, dan tumpuan utama pekan ini adalah:

  • Pusat membeli belah bebas cukai
  • Jeti Feri
  • Dataran Helang
  • Restoran

Untuk pengetahuan anda , pekan ini adalah salah satu pekan bebas cukai. Ia juga merupakan syurga membeli belah kerana harga barangannya yang murah. Barangan yang sering dicari pengunjung disini adalah :

  • Minyak Gamat
  • Pinggan mangkuk
  • Coklat import jenama antarabangsa

Makanan popular disini adalah nasi kandar dan makanan laut segar yang boleh didapati di

Pekan Kuah, 07000 Bandar Kuah, Kedah

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

3.Air Terjun Telaga Tujuh

Air terjun telaga tujuh terletak di gunung Mat Cincang, dan boleh dikatakan tempat paling tenang. Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana air terjun ini dibentuk dari tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan.

 

4.Taman Burung Langkawi

Taman burung langkawi, dikenali juga sebagai Langkawi Wildlife Park, dibuka pada tahun 2002.Ia merupakan hutan tropical yang didiami oleh 2500 burung exotic yang terdiri daripada 150 species burung yang berlainan.

Taman burung ini merupakan taman burung yang tertutup dan dikelilingi oleh dinding setinggi 15 meter.Burung di taman ini berterbangan dengan bebas dan hidup di habitat yang direkacipta untuk menyamai habitat semulajadi burung burung ini. Disamping itu, taman burung ini juga mempunyai air terjun buatan manusia.

 

5.Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi merupakan akuarium yang terbesar di negara ini dan disini anda berpeluang untuk melihat haiwan akuatik yang menakjubkan.Underwater World ini terletak di hujung pantai cenang bersebelahan dengan Pantai Tengah. Anda boleh menjumpai 200 spesis haiwan marin dan ikan air tawar.

Anda juga boleh melihat Penguin, Ikan Jerung, Singa laut dan Ikan Arapaima yang merupakan ikan air tawar yang terbesar di dunia.Di sini juga terdapat terowong akuarium yang jika anda lalu, anda boleh melihat jerung dan penyu berenang di atas anda.

 

Waktu Makan Haiwan

  • African Penguin (11.00 am – 2.45 pm)
  • Rockhopper Penguin (11.15 am – 3.00 pm)
  • Furseal (2.30 pm)
  • Tunnel Tank (3.30 pm)

Waktu Operasi : Hari Biasa (10 am – 6 pm) | Cuti Umum (9.30 am – 6.30 pm)

Lokasi Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000, Langkawi

 

 

6.Kereta Kabel Langkawi

Jangan lepaskan peluang untuk menaiki Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di dunia dengan kecuraman 42 darjah.

Disamping itu, kereta kable ini juga merupakan yang terpanjang  di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter.Perjalanan dari Pekan Kuah ke Kereta Kabel Langkawi mengambil masa 30 minit dan 15 minit jika anda datang dari lapangan terbang Langkawi.

Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.Gunung Mat Cincang merupakan gunung kedua tertinggi di Pulau Langkawi, dan terletak berhampiran dengan Pantai Kok. Perjalanan ke puncak mengambil masa selama 20 minit.

Pemandangan semasa dalam perjalanan ke puncak sungguh menakjubkan. Anda akan dapat melihat keindahan rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang mengelilingi Pulau tersebut.Anda juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut hindi ,laut andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas.

Kereta Kable ini mempunyai 3 stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650 Meter, disini anda boleh turun untuk mengambil kereta kable yang seterusnya yang akan membawa anda kepuncak.Untuk keselamatan pengunjung, perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan dihentikan ketika angin kencang dan bergantung kepada keadaan cuaca.

 

 

 

Promosi Hotel Murah sekitar Langkawi. Klik disini. Harga murah hotel ini hanya melalui web siputhijau.com dan agoda.com

NO COMMENTS

Leave a Reply