Anda pernah sampai Sungkai Perak? Sungkai terletak di sebelah selatan Negeri Perak. Kalau dari Kuala Lumpur tu selepas Tanjung Malim, Slim River dan seterusnya Sungkai lah. Sungkai menjadi tumpuan ramai pengunjung sejak adanya Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai. Terutamanya pada waktu cuti sekolah dan cuti-cuti sabtu ahad. Mula la penuh taman rekreasi tu. Anda mungkin juga akan berkunjung ke Sungkai sebab ada kenduri kahwin kot.. atau mungkin anda melewati kawasan sungkai untuk lari dari kesesakan teruk lebuhraya utara selatan terutama waktu cuti-cuti besar macam hari raya dan hari raya cina. Anda mungkin tertanya, dimana tempat makan sedap di Sungkai ? Mana tempat makan best di Sungkai, Perak ni?

1. Mus Tomyam

Terletak di jalan besar Sungkai. Waktu operasi hanya di siang hari dari kul 10 pagi sehingga 3 petang setiap hari kecuali hari Ahad. Apa yang istimewa disini? mestilah sup burung unta 🙂 dan nasi ayam. Secara peribadi saya paling menggemari Nasi ayam di Mus Tomyam. Kelainannya adalah pada nasinya itu. Rasa nasi nya sahaja dah sedap dan apabila makan bersama ayamnya terus lebih nikmat lain macam.. hehe.. saya suka bungkus aje nasi ayam dan makan di rumah sbb boleh makan dengan kicap ABC di rumah . perh..

mus-tomyam-sungkai
nasi goreng ayam
mus-tomyam-burung-unta-sungkai
sup daging burung unta disediakan hanya pada hari Rabu sahaja

mus-tomyam-sungkai-burung-unta mus-tomyam-sungkai-2 mus-tomyam-sungkai-siputhijau

 

 

 

Lokasi StreetView Mus Tomyam

Terletak di depan Petronas Sungkai

mus-tomyam-dekat-petronas

mus-tomyam-street-view
terletak betul-betul di tepi jalan berhadapan dengan Petronal Sungkai

Ingat.. jangan datang waktu malam, sebab Mus Tomyam hanya buka pada waktu siang sahaja..

Book hotel dan homestay murah di Agoda siputhijau.com, diskaun sehingga 65% . Klik disini

 2. Sarapan di Warung Nam Cheng

Jika anda inginkan kelainan sebelah pagi.. bersarapan lah di warung Nam Cheng.  Menyediakan sarapan pagi ala Kelantan seperti Nasi Kerabu, nasi dagang, laksam dan juga nasi lemak. Disamping itu warung ini menyediakan pelbagai jenis kuih-muih dan lauk pauk lain. Terletak di bulatan pekan Sungkai. Lihat peta dibawah.
image

image
image

 

 

Untuk lebih nampak jelas anda boleh lihat streetview berikut..

 

 

 

 

3. Nasi Buluh atau Nasi Bamboo Sg Klah, Sungkai, Perak

Rasanya tempat ni paling femes kat area Sungkai ni. Sejak masuk kat Majalah3 hari tu, orang berpusu makan sini. Terutamanya pada hujung-hujung minggu. Parking kereta punya la jauh dan terpaksa menapak ke warung Nasi Bamboo ni. Silap-silap nak duduk makan pun kena menunggu.

Dari segi makanan dan lauk pauk dia, bagi saya memang sedap terutama penggemar masakan nasi kukus dan ayam kampung. Tarikan utama untuk ke warung ni adalah Nasi Buluh atau Nasi Bamboo.

 

nasi-bamboo-sg-klah-sungkai

 

nasi-bamboo-sg-klah-sungkai-makanan

 

nasi-bamboo-sg-klah

 

nasi-bamboo

 

Nak tau lokasi dimana? ok dibawah ada peta ke Restoran Nasi Bambo Sg Klah Sungkai

 

 

ps – ok.. mungkin ada lagi tempat makan menarik di sungkai ni .. jika ada tempat  makan yang best di sungkai harap dapat berkongsi dengan saya.. boleh komen dikotak dibawah ni.

Book hotel dan homestay murah di Agoda siputhijau.com, diskaun sehingga 65% . Klik disini

 

 

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge