Tags Posts tagged with "zaitun"

zaitun

 

tumblr_m9xzdalxln1qc0i43

  • Madu

Madu merupakan satu – satunya makanan yang dihasilkan oleh lebah yang memiliki semua keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan pinocembrin iaitu satu antioksida yang membantu meningkatkan fungsi otak. Bahan antioksida diperlukan bagi melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel.

 

raisins

  • Kismis

Buah anggur segar mengandungi kandungan vitamin C dan flavonoid yang tinggi. Vitamin C  banyak membantu menjaga kesihatan badan manakala flavonoid adalah antioksida yang membantu melawan radikal bebas. Anggur kering iaitu kismis pula kaya dengan pelbagai vitamin, riboflavin dan folat. Selain itu, mineral surih bernama boron membantu meningkatkan penumpuan, koordinasi tangan dan mata serta meningkatkan memori.

 

ec420d1e8a6b2bd5c5d932541b47a1ea

  • Kurma

Buah yang manis ini adalah suatu keajaiban untuk manusia. Memiliki mineral, vitamin, serat dan antioksida yang lengkap untuk kesihatan keseluruhan badan telah menjadikan buah kurma diiktiraf sebagai pengganti diet yang paling baik didunia terutamanya ketika proses penyembuhan penyakit.

 

figs

  • Buah Tin

Betapa hebatnya buah tin sehingga salah satu surah di dalam Qur’an dinamakan dengannya. Seperti kurma, kualiti buah tin bertambah seiring dengan kadar pengeringan buahnya. Buah ini ternyata memiliki kandungan vitamin, mineral, serat dan antioksida yang tinggi.

 

tumblr_inline_nxe0siqt9p1tes8iq_500

  • Minyak Zaitun

Minyak zaitun kaya dengan polyphenols antioksida semulajadi, lemak sihat, sumber bagi omega 3 dan omega 6 yang juga terdapat didalam ikan, avokado dan kekacangan. Antara khasiatnya adalah menurunkan paras kolestrol, mengelakkan masalah jantung, mengawal tekanan darah, mengurangkan tanda – tanda penuaan, menguatkan sistem imunisasi, melindungi dari kesan radikal bebas dan mengelak keradangan.

 

 

  • Habatus Sauda

Habatus sauda sering diamalkan oleh Rasulullah SAW kerana khasiat dan kepentingan dalam tubuh badan. Daripada Abu Huraurah ra, beliau pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda “ Pada Habatus Sauda terdapat ubat segala penyakit kecuali mati”.

 

milk-547x401

  • Susu kambing

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan fakulti mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmitter sekaligus memberi tenaga untuk otak.

Latest Articles

0 34
  Madu Madu merupakan satu – satunya makanan yang dihasilkan oleh lebah yang memiliki semua keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan...