Tags Posts tagged with "travel"

travel

0 1482

Berbangga, sangat berbangga, .Malaysia Mempunyai Resort Termewah Di Asia Haa.. korang percaya tak ? mungkin ada yang pernah dengar dan pernah pergi ke Club Med Cherating.

Club Med ni adalah sebuah resort yang sangat cantik dan mewah. Club Med ni bukan tak popular tertapi tak silap Admin la kan Club Med ni tak terbuka kepada orang luar, maksudnya tak boleh pergi suka-suka je, tapi hanya members sahaja yang boleh menginap dekat resort tersebut, setahu Admin la.

Resort ini mempunyai keunikan dan keindahannya yang tersendiri, panoramanya yang indah, pantainya di jaga rapi pasirnya soalah-olah tidak diusik. Kecantikannya sangat menakjubkan dengan alam semulajadi, banyak hidupan liar, aktiviti yang menarik dan santai. Sesuai untuk keluarga-keluarga yang meminati aktiviti luar.

club-med-cherating-beach
Zen-Space-Club-Med
Pantai-Club-Med

Haaaa tengok lah, Admin tngok dalam gambar pun dah jatuh cinta yang dapat pergi lagi la kan,  untungnya.
Jadi tidak sangka la Club Med boleh menduduki tempat ke 5, resort termewah di Malaysia.

Top 10 Resorts Termewah di Asia:

1. Kurumba Maldives, Vihamanafushi, Maldives

2. Maafushivaru, South Ari Atoll, Maldives

3. Banyan Tree Vabbinfaru, Vabbinfaru, Maldives

4. Club Med Kani, North Male Atoll, Maldives

5. Club Med Cherating Beach, Kuantan, Malaysia

6. Hotel Mermaid & Club, Kalutara, Sri Lanka

7. Centara Grand Island Resort & Spa, Centara Grand Island, Maldives

8. Club Med Bali, Nusa Dua, Indonesia

9. Club Med Bintan Island, Bintan Island, Indonesia

10. Heritage Village Club Goa, Cansaulim, India

SAMSUNG CSC
deluxe-rooms
Haaa kalau korang ada sebarang cerita ataupun info-info yang menarik mengenani Club Med ni, comment la boleh share share story.

0 1034

Assalamualaikum, dah salam sejahtera kepada semua pembaca-pembaca SiputHijau. Lama tak update web ni sebab sebok sikit dengan urusan lain.. ada yang mintak dekat Admin list kan hotel hotel yang berpatutan dekat Bali Indonesia. Maklum la cuti sekolah dah nak dekat, mungkin ada yang nak mula saving duit sikit untuk bercuti kan. Harga Hotel Terbaik Di Bali Bawah RM100 khas untuk percutian budget

Jadi Admin akan listkan nama hotel yang selesa, mesra alam dan berpatutan untuk kunjungan korang sekeluarga.

1. POP! Hotel Nusa Dua


Review:
1. Harga yang sangat berpatutan untuk budget hotel sebegini – Ada Wifi – Sarapan pagi yang menyelerakan.
2. Mudah untuk dapat Teksi.
3. – Kualiti Katil 4/5 – Kawasan 3/5 – Bilik 4/5

Tempah hotel POP ini dengan harga diskaun disini. 

 

2. Keramas Surf Camp

Keramas Surf Camp terletak di Keramas, Bali.  Khas kepada penggemar Surfing.. Berdekatan dengan laut.. Memang cantik. Lanskap berlatarbelakangkan suasana desa dengan bendang luas terbentang.. Yang paling penting, lokasi tempat ini cukup strategi untuk akses ke mana jua di Negeri Bali ini.

Hotel ini nampak aje macam ni, tetapi servis dan kemudahan cukup memuaskan. Ada wifi percuma setiap bilik, ada aircond, beranda/teres, pancuran, kawasan santai, kemudahan pengangkutan dari airport, restoran berkelas 5 bintang, kemudahan kereta sewa dan banyak lagi..

keramasbalihotel

keramasbali-hotel-itik keramas-bali-hotel-bilik7 keramas-bali-hotel-6 keramas-bali-hotel-5 keramas-bali-hotel-4 keramas-bali-hotel-bilik6 keramas-bali-hotel-3 keramas-bali-hotel-2 keramas-bali-hotel-bilik5 keramas-bali-hotel-bilik4 keramas-bali-hotel-bilik3 keramas-bali-hotel-bilik2 keramas-bali-hotel-bilik

 

0 2687

Tidak dinafikan bahawa melancong merupakan aktiviti yang disukai ramai. Malah, ramai yang sanggup menghabiskan wang yang banyak semata-mata untuk mendapatkan tempat perlancongan yang sempurna. Apabila tibanya musim cuti persekolahan, tempat perlancongan mesti dipenuhi dengan orang ramai.

Tetapi dalam sebab tertentu, melancong di tempat yang tidak diketahui ramai mempunyai tarikan menarik yang luar biasa. Sudah tentunya ramai yang teruja apabila melancong di tempat yang seolah olah anda sahaja yang merupakan pelancong di sana.

Sudah tentu tempat perlancongan yang menarik dan terkenal seperti Paris, Tokyo, London, Hawaii merupakan tarikan utama pelancong di seluruh negara. Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa selain daripada tempat-tempat yang menarik ini, terdapat destinasi perlancongan lain yang dapat memukau mata anda. Antaranya ialah..

1. Koh Lanta, Thailand

Ko-Lanta-Phi-phi-Island-Krabi-ProvinceThailand-11 KohLanta2

Walaupun Thailand bukan tempat perlancongan yang tidak diketahui ramai lagi, namun di sini terdapat beberapa tempat yang pasti mempunyai kurang pelancong, tidak seperti di Phuket yang sememangnya merupakan daya tarikan pelancong. Tempat ini sangat susuai kepada pelancong “backpaker” yang singgah sementara untuk menikmati suasana yang tenang dan indah. Tempat ini juga  sesuai kepada pasangan yang ingin menikmati suasana yang romantis.

Tempat penginapan: Crown Lanta Resort

2. Las Pozas, Xilitla, Mexico

Las-Pozas-Xilitla11 pozas

Walaupun Xilitla tidak dianggap sebagai “off the beaten path” kepada warga Mexico, tetapi ia merupakan satu destinasi unik dan akan membuat percutian anda tidak dapat dilupakan. Di bandar ini, anda akan mendapati satu tempat bernama Las Pozas, iaitu taman yang dibina sebagai “eden surrealist” di tengah-tengah hutan. Dibina oleh bangsawan british yang aneh, Edward James, taman ini menjadi taman permainan beliau di mana beliau membina “istana” yang dilengkapi puluhan patung surrealist pada tahun 1960-an. Ia dikelilingi oleh tangga spiral yang membawa kepada pelbagai tempat, air terjun, dan Cenotes. Xilitla adalah tempat yang sempurna dan benar-benar akan menarik perhatian anda. Apabila anda selesai menerokai taman, anda boleh berkunjung ke pasar atau local markets dan restoran tempatan di bandar sebelum anda kembali ke hotel James.

Tempat Penginapan: Posada El Castillo 

3. Palawan, Philipines

1413967486137_wps_6_BR6YN7_Split_level_of_sno Ko-Lanta-Phi-phi-Island-Krabi-ProvinceThailand-11

Terletak di bahagian paling barat di Palawan, Filipina, anda akan mendapat gabungan landskap yang menakjubkan, pantai yang bersih dan penuh dengan kehidupan marin yang eksotik. Oleh kerana terdapat begitu banyak benda untuk dilihat di sini, cara terbaik untuk mendapatkankan yang terbaik di Palawan ialah dengan Tao Expeditions. Dalam ekspedisi unik ini, anda boleh menerokai keindahan Palawan dalam cara yang anda tidak akan merasai di mana mana tempat perlancongan lain. Pada siang hari, anda akan melawat kampung-kampung kecil atau bersnorkel di beberapa terumbu terbaik di Palawan sebagai membuat jalan anda ke pulau kecil di hadapan. Tao berlaku selama lima hari empat malam dan anda boleh memlilih sama ada ingin menjadikannya sebagai pihak swasta ataupun menyertai orang lain dari seluruh dunia dengan ekspedisi kumpulan terbuka mereka.

4. Koh Rong, Cambodia

wpid2383-IMG_3928 song-sai-resort-overview

Kuil-kuil Angkor Wat adalah tempat yang mesti dilawati di sini. Kemboja juga mempunyai rahsia pantai yang cantik yang dikenali sebagai Koh Rong. Walaupun ia mudah diakses melalui feri, berpuluh-puluh pelancong yang datang dan pergi setiap hari, pulau ini menyegarkan seolah-olah anda hilang dalam masa ( kecuali wifi , yang telah menyelinap di sini, sudah tentu)

Tiada jalan raya, yang bermaksud semua barang-barang yang datang dari tanah besar perlu ditarik ke atas dan ke bawah pantai oleh kerbau . Beberapa penduduk tempatan yang tinggal di sini, yang sudah tentunya bukan seperti dalam filem. Penduduk tempatan mengatakan bahawa pulau ini tidak akan kelihatan sama dalam tempoh lima atau sepuluh tahun akan datang, jadi lebih baik jika anda merancang untuk pergi tidak lama lagi sebelum pusat peranginan utama bergerak!

Tempat penginapan: Bongs Guesthouse

5. Cartagena, columbia

Atardecer_en_Cartagena_de_Indias_desde_La_Popa. Cartagena-Colombia

Merupakan sebuah bandar impian yang menarik dan mempunyai seni bina kolonial Sepanyol dan dipenuhi biru Caribean. Dengan seni yang cantik, dan tempat kediaman yang aman sejahtera, bandar ini telah memukau setiap pelancong yang datang. Cartagena telah berjaya memelihara warisan dahulu dan pada masa yang sama menjaga keduniaan yang moden. Di sini, anda boleh menghabiskan hari anda bersantai di tepi pantai, atau mengembara dan berjalan di jalan-jalan yang bewarna-warni.

Tempat penginapan: Amanda Hotel Boutique

 


 

0 8545

Mungkin anda terfikir bahawa semua tempat yang menarik anda sudah pun lawati di negara kita ini. Tetapi mungkin anda tidak tahu bahawa di Malaysia juga mempunyai tempat percutian yang unik dan cantik seperti di negara luar. Di sini disenaraikan beberapa lokasi percutian yang menarik yang mungkin anda jarang dengar dan jarang disiarkan di mana-mana dada akhbar atau televisyen. Ketahuilah tempat percutian yang menarik dan unik di Malaysia,

1. Casa Titik, Cherating, Pahang

Anda inginkan situasi dan permandangan seperti di Sepanyol? Tidak perlu ke Madrid atau Barcelona semata-mata untuk merasai pengalaman itu. Anda boleh sahaja terus perg ke Casa Titik di Cherating, Pahang.

27026733 10333721_10152431643793846_8105344936635997904_o

Rating: 8.4/10

Web: casatitik.com

Dapatkan harga hotel di Cherating dengan diskaun sehingga 60% di Siputhijau.com Agoda. Klik disini

2. Villa Samadhi, Kuala Lumpur

Anda mahukan suasana seperti di Bali? Di Villa Samadhi ini tempat yang cukup mendamaikan dan sesuai untuk merehatkan diri. Kepada anda yang tinggal di Kuala Lumpur, anda tidak perlu pergi ke tempat percutian yang berjauhan dari kediaman anda.

Villa-Samadhi-Pool villa samadhi

Web: villasamadhi.com.my

3. Eight Acres. Raub, Pahang

Eight Acres merupakan tempat percutian yang eco-friendly. Amat unik kerana berdekatan dengan kebun buah-buahan, kelapa sawit dan pokok getah.

casabrina-vacation-villas casabrina-vacation-villas (1) tanah-aina-resortWeb: eightacres.net

Tempah hotel di Eight Acres dengan diskaun sehingga 65% di Siputhijau.com Agoda. Klik disini untuk melihat tawaran ini

4. Tanah Aina Farouq, Raub, Pahang

Tanah Aina ada 4 lokasi yang berlainan iaitu di Bentong dan Raub, Pahang and Desaru, Johor.

-Tanah Aina Farrah Soraya di Bentong, Pahang

-Tanah Aina Farhana di Desaru, Johor

-Tanah Aina Fareena di Lentang, Karak, Pahang

tanah-aina-raub-pahang-2 10653788_741201049251404_8581523586489303041_n-e1413183950332 _MG_0078Web: tanah-aina.com

Dapatkan harga penginapan istimewa di resort Tanah Aina di Siputhijau.com. Klik disini.

5. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan

Juga terletak di hutan simpan. Akan mendekatkan lagi diri kita dengan alam semulajadi.

9435060117_50db8223b6_b the-shorea

Web: theshorea.com

Hotel dengan harga diskaun di sekitar Seremban klik disini. 

6. Belum Eco Resort, Grik, Perak

Sebuah pulau terletak di tengah-tengah Tasik Belum, Perak. Kawasan persekitarannya ialah hutan hujan tropika yang berusia 300 tahun!

16.-Rainforest-Resort 9279821173_4aa37757c2 eco-tourism-pic Web: belumecoresort.com.my

Dapatkan diskaun hebat Belum Eco Resort melalui Siputhijau.com Agoda. Klik disini

7. Limastiga, Umbai, Melaka

Jika anda inginkan suasana kampung yang moden, ini lah tempat yang paling tepat untuk dikunjungi.

limastiga-umbai-melaka-2blog1kecil23Nota: Limastiga hanya untuk kunjungan muslim sahaja

Web: limastiga.blogspot.com

Book Limastiga Sekarang diskaun sehingga 65%. Klik disini

8. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka

Suasana di Tepi Selat Melaka seperti kampung zaman dahulu.

wpde9fed9c_05_06 wp93e4f266_05_06 desa-balqis-kuala-linggi-melaka-5-1024x678Web: desabalqis.com

9. D’Ark Training & Resort, Janda Baik, Pahang

d-ark-training-resort-hotel d-ark-training-resort-chalet Picture-1Web: darkresortjandabaik.blogspot.com

Dapatkan resort di Janda baik dengan harga potongan sehingga 65% di Siputhijau Agoda. Klik disini

10. Sekeping Serendah, Selangor

Bagai kediaman mewah di dalam hutan.

photos_14018_322335 gb2-03 JWL_8462 sekepingserendah

Web: sekeping.com/serendah/

0 2432
Malaysia’s Adventure (Skytrex Adventure Shah Alam)

5941707325_c3b5a762a5
skytrex-adventure-shah-alam
big_thumb_77d1
metd_sg_0505_9d
10706942_1547172882172973_1828706724_n

Anda seorang yang lasak? Adakah anda seorang yang berani mencuba sesuatu yang mencabar? Jika ada masa yang terluang, anda mungkin tidak mahu untuk bedesak-desak di mall atau jalan raya, bukan? Di Shah Alam terdapat satu tempat yang mungkin anda boleh mencuba aktiviti yang menyeronokkan. Di SKYTREX ADVENTURE, anda boleh mengisi masa terluang dengan pelbagai aktiviti. Di sini, anda juga boleh menguji ketahanan fizikal dan mental. Aktiviti-aktiviti disini dikatakan agak mencabar lagi lagi kepada mereka yang takut pada ketinggian atau gayat.

Tetapi anda tidak perlu risau tentang keselamatan, disini mereka akan menerangkan langkah-langkah semasa melakukan aktiviti dan apa yang perlu anda elak semasa itu. Disini anda akan mendapat pengalaman yang menarik. Di samping itu, anda boleh menambahkan keberanian dalam diri dan menguji tahap ketahanan diri sendiri. Untuk pengetahuan anda, disini terdapat 3 cabaran yang disediakan iaitu Little Adventure, Big Thrill dan Extreme Challenge. Untuk kanak-kanak yang berumur bawah 8 tahun, perlu diawasi oleh orang dewasa. Jika anda berminat, alamat adalah seperti berikut:

SKYTREX ADVENTURE PARK

Taman Pertanian Malaysia

Bukit Cahaya Seri Alam

40000 Shah Alam

Selangor, Darul Ehsan

Kadar bayaran yang dikenakan pula ialah:

Little Adventure: RM 35.00

Big Thrill: RM 45.00

Extreme Challenge: RM 55.00

0 2495
Bestnya Bercuti di Pulau Boracay Filipina. Pulau Boracay dikenali dengan tempat menarik seperti Boracay Tourist Center. Agoda.com memberi jaminan kadar terendah bagi hotel berdekatan dengan Maklumat Perlancongan yang lain. Boracay Tourist Center adalah berdekatan dengan pelbagai variasi hotel, dengan pilihan seperti Morning Star Beach Resort dan Sundown Beach Studios.
Borang tempahan dalam talian Agoda.com yang selamat memudahkan tempahan hotel berdekatan dengan Boracay Tourist Center. Penginapan boleh ditemui dengan mudah di laman Pulau Boracay kami, dengan carian yang mesra pengguna dan maklumat hotel yang menyeluruh. Agoda.com dipercayai oleh lebih daripada 3,500,000 pelancong yang menempah penginapan mereka berhampiran dengan tempat terkenal seperti Boracay Tourist Center
Boracay adalah sebuah pulau kecil di Filipina yang terletak kira-kira 315 km (196 batu) selatan Manila dan 2 km dari hujung barat laut Pulau Panay di rantau Barat Visayas di Filipina.
Pada tahun 2012, Boracay telah dianugerahkan sebagai pulau yang terbaik di dunia dari antarabangsa majalah pelancongan (Travel + Leisure)
Borang tempahan dalam talian Agoda.com yang selamat memudahkan tempahan hotel berdekatan dengan Boracay Tourist Center. Klik disini utk tempahan diskaun sehingga 60% untuk pengunjung siputhijau.com
boracay1
boracay5
boracay2
boracay3

Latest Articles

0 300
Kampung baru adalah satu – satunya kawasan perumahan lama yang terletak ditengah – tengah bandar Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan KLCC. Disini dapat...