Tags Posts tagged with "tanjung malim"

tanjung malim

0 2406

Pau Melayu Tanjung Malim dah Kena Beratur kalau nak beli pau situ. Terletak berhadapan bangunan telekom tanjung malim tengah bandar tanjung malim. Hanya dengan dengan berbasikal beca yang agak antik dah.. berpayung besar saiz gerai.. pakcik tu pun dah nampak agak tua juga .. tapi pengunjung dia agak ramai sekarang.. tahniah.. dulu saya nak beli pau situ, senang aje, parking kat tempat tunggu bas tu dan beli terus..

telekom-tanjung-malim
Terletak depan ibusawat telefon Tanjong Malim
kueh-pau-tanjung-malim
Dulu tidak ramai pun.. senang aje nak beli.. pakcik tu seorang aje situ.. xde pembantu..

Setelah TV3 buat siaran berkaitan daerah baru Perak, daerah Mualim, TV3 ada buat laporan berkaitan Tanjung Malim termasuklah kedai Kueh Pau Melayu tanjung Malim ni..  ok kat bawah ni ni ada skit sedutan Majalah 3.

Lepas tu.. segalanya dah berubah dah.. pakcik Kueh Pau tu mungkin dah bertukar wajah sekarang. Mungkin Pakcik tu penat dah skit sebab orang beratur panjang tak sempat nak berehat.. tapi mungkin seronok la kot sebab hari-hari stok abis.

 

img_1581
img_1577

2 9103

Baru-baru ini tercapai juga hajat Isteri saya untuk menukar tayar kereta Myvi nya yang baru. Dua tayar dibahagian depan sudah botak. Ditakuti perkara yang tidak dingini berlaku. Rumah kami berdekatan dengan pekan Tanjung Malim. Kami mencari kedai-kedai jual tayar di sekitar Tanjung Malim sahaja. Kalau hendak ke Kuala Lumpur agak malas dan jauh. Sebelum masuk bandar Tanjung Malim ada satu kedai jual tayar. Dari jauh nampak agak ramai pelanggan kedai tu. Kami terus singgah dan tanyakan harga tayar myvi.

 

Lepas kautim sama itu bos cina.. dia kasih harga menarik. Harga tayar kereta myvi lebih kurang RM130 sahaja..  Harga menarik untuk tayar yang biasanya jual mahal. Sebelum sampai ke kedai ini,  bajet kami sekitar RM180 sehingga RM250. Harga dah terbaik buat kami. 🙂

Harga paparan pada tayar Myvi tersebut. Tetapi, harga yang ditawarkan RM130 cukup menarik buat kami.

 

Bila dah setuju dengan harga tayar kereta myvi itu, bermulalah proses penukaran tayar kereta.  Disebabkan kedai ni terlalu ramai pelanggan pada hari itu, kereta kami hanya ditempat kan di lorong kecil belakang kedai tayar tersebut.

 

 

Tayar depan yang dah haus.. dah abis licin. dah tidak ada bunga tayar lagi. Bahaya untuk perjalanan jauh dan pemanduan ketika waktu hujan.

 

 

 

Kepada sesiapa yang berminat hendak tukar tayar di Tanjung Malim, boleh la datang kedai ini. Saya sertakan dengan peta skali dibawah.

 

Latest Articles

0 253
Semua orang boleh berniaga tapi tak semua orang tahu ‘closing sale’. ‘Closing sale’ adalah satu strategi perniagaan bagi memastikan perniagaan kita akan mendapat sambutan...