Tags Posts tagged with "Piala Malaysia 2012"

Piala Malaysia 2012

0 1316

Kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi kini menjadi kapten paling berjaya dalam sejarah bola sepak negeri itu selepas berjaya mengemudi The Red Warriors meraih treble musim ini.

Selain mara ke suku akhir saingan Piala Konfederasi Bola Sepak (AFC) pada penampilan pertama, perancang tengah kreatif itu memastikan kabinet Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) musim ini lengkap dengan tiga trofi yang menjadi rebutan kancah bola sepak tempatan iaitu Piala Malaysia, Piala FA dan Liga Super.

 


Kali terakhir pasukan yang meraih treble adalah Kedah pada 2008 selepas turut menjulang tiga piala.

 

Lebih membanggakan pemain berusia 30 tahun itu, tiga gol yang dihasilkan Kelantan dalam pentas final Piala Malaysia malam kelmarin berpunca daripada hantarannya yang membolehkan Norshahrul Idlan Talaha meledak dua gol diikuti jaringan kemenangan Indra Putra Mahayuddin pada masa tambahan.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan yang lain kerana mencipta sejarah malam ini (malam kelmarin) dengan meraih treble buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Kelantan. Kejayaan yang diraih musim ini adalah sesuatu yang membanggakan,” katanya.
Tambahnya, semua pemain Kelantan jelas memberikan aksi bertenaga sepanjang perlawanan termasuk ketika masa tambahan 30 minit bagi memastikan Piala Malaysia kembali dirampas selepas dimenangi Negeri Sembilan musim lalu.

 

Namun dia mengakui kemenangan ke atas juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikendalikan bekas jurulatih Kelantan, B Sathianathan bukan sesuatu yang mudah.
“Pada 10 minit pertama kami bermain secara berhati-hati sehinggalah mendapat gol pertama namun kami terlalu yakin sehingga membenarkan ATM kembali menyamakan kedudukan (dua kali). Jadi saya harap pada musim depan kami akan terus memberikan aksi yang lebih baik,” katanya.

 

Kejayaan tiga piala musim ini melengkapkan transformasi Kelantan yang dimulakan Presiden Kafa yang kini menjalani penggantungan Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Annuar Musa bermula dengan gelaran naib juara Piala Malaysia dan FA pada 2009.

Sumber : Harian metro

0 1581
Neelefo peminat setia RedWarrior

Perlawanan yang wajib disaksikan tahun 2012. Perlawanan paling hebat 2012. Pertembungan dua juara. Juara Liga Super menentang  Juara Liga Perdana.

ATM VS KELANTAN
20 OKTOBER 2012 : 8.45 MALAM
STADIUM SHAH ALAM

SIARAN LANGSUNG DI ASTRO ARENA & RTM…

Live Streaming Kelantan vs ATM

 

Gambar Menarik Sempena Final Piala Malaysia 2012 :


Neelofa peminat Redwarrior

 

STADIUM SHAH ALAM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

dari kelantan ke stadium shah alam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

0 522

KETIADAAN dua penggempur utama Kelantan, Mohammed Ghaddar dan Norfarhan Muhammad memberi sedikit kelegaan kepada benteng pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 pada 20 Oktober 2012 nanti. (Final Piala Malaysia 2012)

Ghaddar dan Farhan telah menjaringkan gol pada separuh akhir Piala malaysia 2012

Dua pemain terbabit yang menjadi watak penting meledak jaringan kepada Kelantan pada musim ini tidak dapat beraksi pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada Sabtu ini akibat penggantungan perlawanan sekali gus menyaksikan jentera serangan The Red Warriors tempang menjelang pertemuan getir itu.

Paling dirasai Kelantan adalah ketiadaan penyerang import Lubnan, Ghaddar yang mempamerkan kemampuan tinggi pada separuh akhir kedua Jumaat lalu apabila bijak mengatasi beberapa pertahanan Selangor bagi membuka jaringan pada lewat perlawanan.

 

Final Piala Malaysia 2012

“Memang ketiadaan mereka terutamanya Ghaddar, seorang penyerang import yang berkualiti, memberi sedikit kelegaan kepada kami,” kata pemain pertahanan tengah ATM, Amirizwan Taj Tajuddin yang menjadi antara tonggak pasukan itu bergelar juara Liga Perdana musim ini.

 

Namun pemain berusia 26 tahun tidak mahu dibuai dengan ketiadaan dua pemain itu kerana Kelantan sememangnya tidak boleh dipandang ringan kerana mempunyai ramai pemain yang berkaliber untuk diturunkan pada Sabtu ini seperti pemain pinjaman dari Kuala Lumpur, Afiq Azmi dan Ramzul Zahini Adenan.

 

Pada kancah Piala Malaysia, Kelantan dan ATM bergelar juara dan naib juara Kumpulan B yang dianggap ‘maut’ dengan dua pertemuan peringkat itu menyaksikan mereka terikat 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang manakala pertemuan di Kota Bharu memihak kepada juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan dengan keputusan 4-3.

 

“Dua pertemuan terbabit akan membantu kami untuk lebih mengenali corak permainan lawan. Kami boleh menggunakannya untuk membaiki kesilapan yang dilakukan sebelum ini dan tidak mengulanginya dalam perlawanan penting itu (final),” kata pemain kelahiran Kota Bharu itu.

 

Bekas pemain UiTM FC itu mengalami kecederaan hamstring ketika ‘perlawanan rahsia’ antara skuad negara kendalian Datuk K Rajagobal menentang Kemboja pada bulan lalu antara pilihan utama untuk menggantikan Irwan Fadli Idrus (digantung perlawanan) bergandingan dengan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.

 

“Masih terasa sedikit kesakitan namun saya jangka ia mampu pulih sepenuhnya menjelang final nanti,” katanya.

 Sumber : harian metro

0 513

Perlawanan yang dinantikan oleh semua peminat Selangor dan Kelantan. Selangor ingin mencapai hajat misi 33 mereka yang sejak 2 3 tahun lepas tidak tercapai. Kelantan pula ingin memastikan semua piala dan kejuaraan liga disapubersih musim ini. Kelantan mempunyai bekalan 1 gol semasa perlawanan pertama di Kelantan. Selangor pasti bekerja keras untuk memastikan kemenangan di pihak mereka.  Umpama perlawanan akhir Stadium Shah Alam pasti dipenuhi penyokong kedua-dua pasukan.

 

Jumaat 12/10/2012
Selangor vs Kelantan
Stadium Shah Alam, 8:45 malam
~~>> Live Streaming di sini <<~~

~~>> Live Streaming di sini <<~~

0 539

Gol menarik dari Nor Farhan Mohd dari kelantan menceriakan penyokong Kelantan yang penuh membanjiri Stadium Sultan Mohammed Ke IV  pada perlawanan pertama separuh akhir Piala Malaysia 2012. Gol tunggal pada perlawanan itu memberi kelebihan Kelantan untuk dibawa ke Stadium Shah Alam pada 12 Oktober 2012 nanti.

 

 

 

siputhijau – Tahniah Kelantan –Datuk RajaGobal patut try Farhan dalam Team Harimau Malaya

0 551

 

1. Kelantan bermain seperti biasa dengan rentak perlawanan agak perlahan tetapi tersusun

2. Kelantan lebih mengawal perlawanan keseluruhan.

3. Kemasukkan Ghadar pada separuh masa kedua telah memberi semangat baru dan seterusnya Kelantan mula menjaringkan gol.

4. Lihat video dibawah gol-gol perlawanan ;

 

 

siputhijau – suka akhir banyak gol-gol cantik..

 

0 657

Perlawanan Kumpulan A ini menemukan Johor FC vs Selangor PKNS. Selangor PKNS pasti ingin memastikan kemenangan pada perlawanan ini untuk memberi sedikit harapan layak bersaing dalam Piala Malaysia 2012. Selangor PKNS masih tidak memenangi sebarang perlawanan dari 3 perlawanan terdahulu. Manakala Johor FC perlukan kemenangan untuk memastikan peluang mereka terus layak ke peringkat seterusnya.

Jangan lepaskan saksikan perlawanan ini . Link streaming Johor FC vs Selangor PKNS Klik disini.

Siputhijau – RTM TV1 terbaik streaming di Malaysia. Negara lain semua channel boleh streaming.

Latest Articles

0 253
Semua orang boleh berniaga tapi tak semua orang tahu ‘closing sale’. ‘Closing sale’ adalah satu strategi perniagaan bagi memastikan perniagaan kita akan mendapat sambutan...