Tags Posts tagged with "Perak"

Perak

0 3680

Pau Melayu Tanjung Malim dah Kena Beratur kalau nak beli pau situ. Terletak berhadapan bangunan telekom tanjung malim tengah bandar tanjung malim. Hanya dengan dengan berbasikal beca yang agak antik dah.. berpayung besar saiz gerai.. pakcik tu pun dah nampak agak tua juga .. tapi pengunjung dia agak ramai sekarang.. tahniah.. dulu saya nak beli pau situ, senang aje, parking kat tempat tunggu bas tu dan beli terus..

telekom-tanjung-malim
Terletak depan ibusawat telefon Tanjong Malim
kueh-pau-tanjung-malim
Dulu tidak ramai pun.. senang aje nak beli.. pakcik tu seorang aje situ.. xde pembantu..

Setelah TV3 buat siaran berkaitan daerah baru Perak, daerah Mualim, TV3 ada buat laporan berkaitan Tanjung Malim termasuklah kedai Kueh Pau Melayu tanjung Malim ni..  ok kat bawah ni ni ada skit sedutan Majalah 3.

Lepas tu.. segalanya dah berubah dah.. pakcik Kueh Pau tu mungkin dah bertukar wajah sekarang. Mungkin Pakcik tu penat dah skit sebab orang beratur panjang tak sempat nak berehat.. tapi mungkin seronok la kot sebab hari-hari stok abis.

 

img_1581
img_1577

0 18389

Anda pernah sampai Sungkai Perak? Sungkai terletak di sebelah selatan Negeri Perak. Kalau dari Kuala Lumpur tu selepas Tanjung Malim, Slim River dan seterusnya Sungkai lah. Sungkai menjadi tumpuan ramai pengunjung sejak adanya Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai. Terutamanya pada waktu cuti sekolah dan cuti-cuti sabtu ahad. Mula la penuh taman rekreasi tu. Anda mungkin juga akan berkunjung ke Sungkai sebab ada kenduri kahwin kot.. atau mungkin anda melewati kawasan sungkai untuk lari dari kesesakan teruk lebuhraya utara selatan terutama waktu cuti-cuti besar macam hari raya dan hari raya cina. Anda mungkin tertanya, dimana tempat makan sedap di Sungkai ? Mana tempat makan best di Sungkai, Perak ni?

1. Mus Tomyam

Terletak di jalan besar Sungkai. Waktu operasi hanya di siang hari dari kul 10 pagi sehingga 3 petang setiap hari kecuali hari Ahad. Apa yang istimewa disini? mestilah sup burung unta 🙂 dan nasi ayam. Secara peribadi saya paling menggemari Nasi ayam di Mus Tomyam. Kelainannya adalah pada nasinya itu. Rasa nasi nya sahaja dah sedap dan apabila makan bersama ayamnya terus lebih nikmat lain macam.. hehe.. saya suka bungkus aje nasi ayam dan makan di rumah sbb boleh makan dengan kicap ABC di rumah . perh..

mus-tomyam-sungkai
nasi goreng ayam
mus-tomyam-burung-unta-sungkai
sup daging burung unta disediakan hanya pada hari Rabu sahaja

mus-tomyam-sungkai-burung-unta mus-tomyam-sungkai-2 mus-tomyam-sungkai-siputhijau

 

 

 

Lokasi StreetView Mus Tomyam

Terletak di depan Petronas Sungkai

mus-tomyam-dekat-petronas

mus-tomyam-street-view
terletak betul-betul di tepi jalan berhadapan dengan Petronal Sungkai

Ingat.. jangan datang waktu malam, sebab Mus Tomyam hanya buka pada waktu siang sahaja..

Book hotel dan homestay murah di Agoda siputhijau.com, diskaun sehingga 65% . Klik disini

 2. Sarapan di Warung Nam Cheng

Jika anda inginkan kelainan sebelah pagi.. bersarapan lah di warung Nam Cheng.  Menyediakan sarapan pagi ala Kelantan seperti Nasi Kerabu, nasi dagang, laksam dan juga nasi lemak. Disamping itu warung ini menyediakan pelbagai jenis kuih-muih dan lauk pauk lain. Terletak di bulatan pekan Sungkai. Lihat peta dibawah.
image

image
image

 

 

Untuk lebih nampak jelas anda boleh lihat streetview berikut..

 

 

 

 

3. Nasi Buluh atau Nasi Bamboo Sg Klah, Sungkai, Perak

Rasanya tempat ni paling femes kat area Sungkai ni. Sejak masuk kat Majalah3 hari tu, orang berpusu makan sini. Terutamanya pada hujung-hujung minggu. Parking kereta punya la jauh dan terpaksa menapak ke warung Nasi Bamboo ni. Silap-silap nak duduk makan pun kena menunggu.

Dari segi makanan dan lauk pauk dia, bagi saya memang sedap terutama penggemar masakan nasi kukus dan ayam kampung. Tarikan utama untuk ke warung ni adalah Nasi Buluh atau Nasi Bamboo.

 

nasi-bamboo-sg-klah-sungkai

 

nasi-bamboo-sg-klah-sungkai-makanan

 

nasi-bamboo-sg-klah

 

nasi-bamboo

 

Nak tau lokasi dimana? ok dibawah ada peta ke Restoran Nasi Bambo Sg Klah Sungkai

 

 

ps – ok.. mungkin ada lagi tempat makan menarik di sungkai ni .. jika ada tempat  makan yang best di sungkai harap dapat berkongsi dengan saya.. boleh komen dikotak dibawah ni.

Book hotel dan homestay murah di Agoda siputhijau.com, diskaun sehingga 65% . Klik disini

 

 

0 2852

Negeri Perak adalah satu negeri yang menarik dikunjungi. Serta negeri tersebut cukup dengan adab berbahasa yang lembut dan manis. Perak juga mempunyai sejarah tersendiri yang menarik seperti Biji Timah dan getah serta yang lain-lain. Kali ini, saya nak citer 10 Tempat Menarik Untuk Dikunjungi Sekitar Perak. Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi adalah,

1. Gua Tempurung

-Harga tiket untuk Gua Tempurung adalah sekitar RM6.00 ke RM20.00

1

2.Lata Kinjang

-Merasai antara air terjun yang panjang di Malaysia.

2

3. Sungai Klah Hot Spring

-Suasana Hot Spring yang pasti memenuhi kehendak masing-masing yang ingin relax.

3

4. Zoo Taiping

-Antara Zoo yang besar dan menarik

Saya biasa akan booking guna agoda untuk ke Taiping sebab murah dari biasa. Klik disini.

4

5. Pulau Pangkor

Pangkor, sebuah pulau kecil tropika yang terletak di pantai barat Malaysia, berada di antara Kuala Lumpur dan Penang, Dahulu ia hanya dihuni oleh nelayan dan lanun tetapi sekarang ia merupakan destinasi pelancongan yang menawarkan percutian damai dan pemandangan indah. Walaupun ia tidak sepopular pantai resort lain di Malaysia akan tetapi populasi penduduk yang tidak begitu ramai di pulau ini menyebabkan destinasi ini sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan. Hotel yang terdapat di pulau Pangkor Laut hanya boleh dihubungi dengan menaiki feri dari Lumut. Terdapat juga beberapa penerbangan dari Kuala Lumpur yang mendarat di lapangan trbang yang baru di buka di Pangkor.

Selain berenang dan berjemur di pantai-pantai Coral Bay, Teluk Belanga dan Pasir Bogak, pulau ini memiliki peninggalan sejarah dari zaman penjajah yang tidak rugi untuk diterokai. Kubu Belanda dari abad ke-17 adalah salah satu tarikan di sini, walaupun hanya terdapat sedikit sahaja binaan yang masih wujud tetapi tapak itu sahaja memberi banyak maklumat bersejarah. Batu Bersurat adalah sebuah tablet granit yang menceritakan kisah sejarah dan mitologi tempatan yang penuh dengan cabaran dan bahaya.

Nikmati suasana pandai yang indah di Pangkor. Tempah hotel dan homestay murah disini. Dapatkan diskaun sehingga 70% tempahan melalui agoda. Klik disini untuk lihat senarai hotel

5

6. Taman Negeri Royal Belum

-Berjalan-jalan sekitar hutan.

6

7. Taman Herba Negeri Perak

-Melihat dan merasai ketenangan Taman Herba.

7

8. Kuala Kangsar Bandar Diraja

-Melihat dan kunjungi sejarah Diraja Negeri Perak

8

9. Kellie’s Castle

-Sejarah keluarga Scotland yang menarik.

9

10. Menara Condong Teluk Intan

-Menikmati pemandangan yang menarik Menara Condong ini.

Jika nak bermalam di Teluk intan saya biasa menggunakan Agoda nak booking hotel di Teluk Intan. Klik disini.

10

 

Ps – Banyak lagi tempat-tempat best di Perak ni. Nanti kami akan update lagi dengan episod lain. Jika anda ada berita lain harap boleh kongsi dibahagian komen dibawah

0 1614

perak fa

Berikut merupakan senarai barisan baru pemain bola sepak Liga Super 2014 yang telah dipertanggungjawabkan oleh coach, Abu Bakar Fadzim bagi menghadapi liga musim ini..

Penjaga Gol 

1. Mohd Nor Haziq Ariz

2. Razi Effendi Suhit

Pertahanan

1. Mohd Haizal Faquan Sadarudin

2. Azmeer Yusof

3. Mohd Syazwan Mohd Roslan

4. Muhamad Tuah Iskandar

5. Martin Kafando (Bukina Faso)

6. Mohd Fazli Zulkifli

7. Noor Hazrul Mustafa

8. Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha’ari

9. Muhd Syahmil Khairi

10. Mohd Norhizwan Hassan

Pemain Tengah

1. Yoganathan a/l Munusamy

2. Mohd Nasir Basharuddin

3. Kyaw Zayar Win (Myammar)

4. Mohammad Hardi Jaafar (Captain)

5. Ahmad Sukri Abdul Hamid

6. Mohd Idris Ahmad

7. Mohd Hidayat Amaruddin

8. Partiban a/l K.Janasekaran

9. Mohd Nazri Mohd Kamal

10. Mohd Rozi Ismail

11. Muhammad Ridzuan Azly Hussham

Penyerang

1. Shahrizal Saad

2. Zelimir Terkes (Bosnia)

3. Eliel Da Cruz Guardino (Brazil)

GOOD LUCK ! KEJOR YOB KEJOR !

0 1422

Pemain tengah Selangor, Azidan Sarudin, 26, menjadi pemain luar yang ketujuh diikat oleh Perak bagi Liga Super musim 2013 akan datang.

Pengurus Pasukan Perak, Khairul Azwan Harun mengesahkan pengambilan Azidan bagi menguatkan bahagian tengah bersama-sama Shahrulnizam Mustapa.

Sebelum ini, penyerang Kelantan, S. Chanturu menjadi pemain keenam yang diikat oleh Perak walaupun masih menghadapi masalah kecederaan.

Walau bagaimanapun Perak tetap percaya Chanturu mampu pulih daripada kecederaannya dan mampu memulakan latihan bersama-sama pemain lain pada bulan Disember ini.

Sebelum ini, skuad Seladang sudah menyambar lima pemain luar iaitu Mohd Farizal Marlias, Abdul Hadi Yahya, Yong Kuong Yong, V.Thirumurugan dan Mohd Khairi Kiman.

Perak semakin rancak menyambar pemain luar setelah menggugurkan 13 pemain yang gagal mempamerkan persembahan berkesan musim lalu.

Jurulatih baru Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah dijangka membawa beberapa pemain lagi untuk beraksi bersama-sama Perak kelak.

Azraai akan bersama-sama para pemain skuad Seladang pada bulan November nanti.

Sementara itu, sesi pemilihan pemain Liga Super dalam kalangan pemain tempatan telah diteruskan di Padang Ipoh hari ini.

Sebelum ini, lebih 70 pemain telah menghadiri sesi pemilihan yang dijalankan pada 20 dan 21 Oktober yang lalu.

Sesi pemilihan tersebut diselia oleh penolong pengurus skuad Liga Super, Ishsam Shahrudin yang dibantu oleh beberapa ahli jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Perak (Pafa).

Penolong jurulatih Liga Super, Chong Yee Fatt mengendalikan sesi pemilihan bersama-sama Syamsol Saad dan jurulatih Piala Presiden, Abu Bakar Fadzim.

Aksi  menarik dari S. Canturu 
gol 1

gol 2

 

peluang jaringkan gol

0 1214

Azraai Khor Jurulatih Perak Untuk Musim 2013 | PERSOALAN siapa yang menjadi ketua jurulatih skuad Liga Super Perak terjawab dengan pelantikan jurulatih berwibawa, Mohd Azraai Khor Abdullah bagi mengendali persiapan skuad Seladang bagi menghadapi kempen musim 2013. Perlantikan ini telah memastikan lagi desas-desus dan khabar angin yang sebelum ini menyatakan Azrai Khor akan berpindah, maka betullah Azraai Khor Jurulatih Perak Untuk Musim 2013 yang baru bagi menggantikan Cikgu Zan.

Azraai Khor Jurulatih Perak Untuk Musim 2013

Bekas pemain kebangsaan kelahiran Kedah itu yang menjulang nama negeri asalnya serta Negeri Sembilan memeterai ikatan selama dua musim dengan pasukan barunya itu. Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang mengesahkan pelantikan itu berkata, Azraai yang masih mempunyai kontrak dengan Negeri Sembilan hingga hujung bulan depan akan menyertai Perak selepas menguruskan pelepasannya daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).
“Azraai akan bertanggungjawab secara tidak langsung terhadap perjalanan pasukan lain iaitu Piala Presiden dan Belia,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pertama Pafa di pejabat persatuan itu malam kelmarin.

 

Menurutnya, Azraai akan dibantu dua penolong jurulatih iaitu Chong Yee Fatt dan Syamsol Saad. Sementara itu, Timbalan Presiden, Khairul Azwan Harun dilantik semula sebagai pengurus pasukan Liga Super manakala Isham Shahruddin selaku penolong pengurus.
Rizal Ali Naizali dilantik pengurus Piala Presiden manakala Zainal Anuar Abdul Rashid pengurus pasukan Belia.

0 1076

 

Perlawanan yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak Perak dan Felda United. Perak bersama dengan jurulatih baru dari Korea Selatan, Jang Jung menjanjikan perlawanan menghiburkan dan berhasrat untuk memenangi perlawanan kali ini. Sebelum ini, Perak hanya mampu seri apabila bertandang ke Sarawak.

Senarai link streaming Perlawanan Perak vs Felda United 25 Ogos 2012 ;

link 1 TV1

0 881

Berikut adalah keputusan perlawanan pada malam 22/08/2012. Keputusan yang agak mengejutkan. Beberapa nama besar kalah dengan pasukan underdog. Seperti biasa perlawanan antara Terengganu dan Kelantan berlangsung penuh dengan kontroversi dengan 1 kad merah telah dilayangkan kepada Daud Su kerana mengutup 2 kad kuning. Kelantan tewas di bumi terengganu 2 – 0. Begitu juga dengan Selangor tewas di tangan Sarawak 1 -2 . Selangor yang dikatakan mudah menjinakkan sarawak sebaliknya tewas dengan taktikal sarawak.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan;

 

Keputusan perlawanan malam ini 22/08/2012  masih lagi tidak menjamin mana-mana pasukan untuk ke separuh akhir. Ada beberapa perlawanan lagi harus ditempuh dan perlawanan terdekat adalah pada sabtu 25/08/2012. Marilah kita beramai-ramai ke stadium untuk menyokong pasukan kegemaran anda.

Sedutan Video Perlawanan Piala Malaysia akan disiarkan sedikit masa lagi.

SiputHijau – Nasib baik perak seri malam ni.. teringin nak tgk bagaimana Coach dari Korea Selatan mengolah pasukan Perak.

Latest Articles

0 775
Kampung baru adalah satu – satunya kawasan perumahan lama yang terletak ditengah – tengah bandar Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan KLCC. Disini dapat...