Tags Posts tagged with "pelancongan"

pelancongan

1 639

34fc77077dee9c6f8a43e46ffc3d3284

Melancong merupakan salah satu aktiviti merehatkan diri dan minda setelah penat bekerja. Melancong berseorangan mahupun menikmati percutian bersama keluarga atas sebab kurang bersama keluarga dirumah kerana sibuk bekerja. Apabila membuat suatu perancangan untuk melancong kemana-mana tempat sama ada didalam Malaysia mahupun diluar negara, kita hendaklah merancang dengan teliti tentang percutian tersebut sebelum dikhuatiri terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.

Kita tidak mahu rancangan percutian ini menjadi percutian yang merunsingkan, merancang dari segi kewangan, kelengkapan dan lebih utama keselamatan. Ada beberapa tip yang boleh digunakan jika kita merancang untuk melancong.

95eb87884dca8334a06e5cc378c86336

Tabung Kewangan

Mempunyai tabung kewangan yang secukupnya sangat penting untuk melancong. Mula menabung seawal mungkin sebelum mula merancang destinasi percutian, asingkan duit persiapan percutian kedalam tabung. Dengan kewangan yang secukupnya, kita tidak perlu runsing untuk perbelanjaan ketika melancong.

fabba8f92e4169d88259781814686a27

Perancangan Destinasi

Sebelum melancong, kita perlu membuat persiapan diri dan perancangan yang rapi dan teliti. Penentuan destinasi juga perkara utama sebelum melancong kemana-mana negara, kota atau tempat peranginan sebagai kepastian keselamatan sesuatu tempat, jika terdapat sebarang kemungkinan yang tidak diingini.

Buat pendaftaran di tempat tinggal yang kita akan dikunjungi untuk menjimatkan tenaga, perbelanjaan , masa serta dapat maklumat tentang kekosongan yang ada.

Pakej Promosi

Apabila memilih untuk bercuti diluar negara, pilih negara yang mengadakan promosi pelancongan. Lihat promosi yang disediakan oleh agensi pelancongan. Selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik di sesebuah negara, supaya percutian kita diisi dengan aktiviti dan memberikan kepuasan kepada percutian kita.

 

 

13151377_1097254053653499_796936189_n

Bajet Semasa Bercuti

Sediakan anggaran perbelanjaan harian semasa bercuti, termasuk kos penginapan, makan, pengangkutan dan cenderamata yang akan dibeli. Anggaran perbelanjaan semasa bercuti adalah satu langkah wajib bagi mengawal perbelanjaan semasa bercuti, terutama bagi yang bercuti di luar negara.

Apabila bercuti di luar negara, haruslah mengetahui kadar pertukaran wang negara yang ingin dilawati supaya percutian tersebut bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan. Ini juga penting bagi mengelakkan kita tertipu semasa menukar wang. Mengetahui kadar pertukaran wang asing memudahkan perancangan perbelanjaan, terutama ketika membeli belah.

fotolia_76809582_subscription_monthly_xxl-2048x1365

Tempahan Awal

Industri pelancongan banyak bergantung kepada keadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancongan tempatan atau asing. Oleh itu, adalah lebih baik jika menempah tiket penerbangan atau bas lebih awal, bagi mendapatkan harga yang murah. Tempahan saat akhir adalah sangat mahal dan merugikan terutama ketika musing perayaan dan cuti sekolah.

Begitu juga dengan tempahan penginapan. Kita juga haruslah membuat lebih awal bagi mengelakkan kesesakan atau sebarang masalah semasa percutian.

fed7773acb7599c8263d2b9591c3c590

Peta

Sebaik sahaja sampai ke destinasi percutian, pastikan untuk membeli peta tempat tersebut. Ini akan memudahkan kita untuk merancang jenis pengangkutan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah ditetapkan sebelumnya.

paris-vintage-hd-wallpaper-9

Buah Tangan

Buat penyelidikan di internet atau dalam kalangan rakan atau keluarga yang pernah berkunjung ke tempat percutian yang dirancangkan. Dapatkan maklumat tentang kawasan yang menjual buah tangan yang murah. Senaraikan juga kesemua nama ahli keluarga dan rakan supaya tidak membeli buah tangan secara berlebihan. Senarai ini membantu anda berbelanja dengan bijak.

emergency-money

Dana Kecemasan

Simpan 20 peratus daripada anggaran perbelanjaan percutian untuk dana kecemasan. Dana ini amat berguna jika berlakunya sebarang perkara yang tidak disangka. Dana ini juga membantu kita untuk menampung perbelanjaan sekiranya kita telah terlebih belanja daripada anggaran perbelanjaan.

Latest Articles

0 426
Masakan Thai memang sukar untuk ditolak lebih – lebih lagi bagi mereka yang sukakan masakan pedas. Kalau nak diikutkan sudah banyak restoran masakan Thai...