Tags Posts tagged with "makan"

makan

Masakan Thai memang sukar untuk ditolak lebih – lebih lagi bagi mereka yang sukakan masakan pedas. Kalau nak diikutkan sudah banyak restoran masakan Thai di Lembah Klang ini seperti, Absolute Thai, Amarin, Sri Ayutthaya dan Boat Noodle yang sememangnya diketahui ramai. Tapi terdapat beberapa restoran masakan Thai  yang perlu dicuba jika anda peminat masakan Thai. Jom kita tengok restoran masakan Thai yang terkenal di Kuala Lumpur

 

  1. Street Thai

streat-003

Konsep disini sedikit berbeza kerana menggunakan gerai kecil untuk menjual makanan. Setiap gerai dijaga oleh chef yang didatangkan khas dari Thailand. Fried chicken wings dan braised beef noodle disini agak istimewa. Dibuka setiap hari dari 11.30 pagi hingga 10 malam, bertempat di jalan universiti, seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

 

  1. Bangkok Beat Bistro

bangkok-beat-bistro-empire-subang-thai-restaurant1

Beroperasi sejak 2012, Bangkok Beat Bistro bukan sahaja menghidangkan makanan Thai malah beberapa makanan tempatan juga. Pastikan tidak ketinggalan untuk mencuba green curry dan spicy papaya with soft-shell crab disini. Bertempat di Empire shopping Gallery, jalan SS 16/1, SS 16, Subang Jaya, 47500 Selangor. Waktu beroperasi pada 10 pagi hingga 9.30 malam dan dibuka setiap hari.

 

  1. Bangkok House Restaurant

restaurant-exterior-and

Setiap menu diberi pilihan saiz sama ada anda mahukan saiz kecil, sederhana, atau besar. Restoran yang diuruskan sebuah keluarga ni juga menyediakan set berbuka puasa setiap tahun untuk pelanggan yang beragama Islam. Terdapat beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang dan waktu beroperasi pada 11 pagi hingga 11 malam. Dibuka setiap hari.

 

  1. Little Rara Thai Noodle

thai-noddle-house

Suasana kedai ini pasti akan membuatkan anda merasakan seolah – olah sedang berada di Thailand menikmati street food. Anda juga patut mencuba daging/kambing bakar dan tomyam talay disini. Bertempat di jalan kia peng, 50450 Kuala Lumpur, beroperasi 5 petang hingga 12 malam, isni hingga sabtu.

 

 

 

  1. Mango chili

16499349906_ac0f924df5_b

Dekorasi dikedai ini kelihatan ringkas tetapi boleh menimbulkan rasa ceria dan lively. Selain tomyam dan padthai, deep fried shrimp cake, dan green mango salad juga perlu anda cuba disini. Lokasi GF nexus, bangsar south city, no.7 jalan kerinchi, 59200 Kuala Lumpur. Beroperasi 10 pagi hingga 10 malam dibuka setiap hari.

NAK BUAT BISNES LUNCHBOX ?

tips-bisnes-lunchbox

5 langkah PENTING sebelum buat duit dengan bisnes Lunch Box.

  1. Pilih masakan yang anda rasa boleh buat terbaik
  2. Cari USP (Unique Selling Prosposition), apa kelebihan beli lunch box dengan anda
  3. Mula dengan mendapatkan order dari kawan- kawan dan keluarga terdekat
  4. Sediakan PACKAGING yang memukau pada pandangan pertama setiap pembeli
  5. Bagi kupon pada pembeli (cth: setiap 10 pembelian dapat 1 kotak percuma)

lunch-box-25x19x5cms01

Bagaimana nk menarik lebih ramai pembeli ?

PRESENTATION produk anda mesti nampak menarik!

02

Sebab biasanya pembeli lunch box ni adalah orang-orang yang kerja di pejabat

Bila PACKAGING kita power, officemate mereka tengok pun mesti MELELEH tengok makanan anda.

Kalau nak buat bisnes lunchbox ni kena usaha betul-betul .

Rasa makanan dan packaging kena bagi TIP TOP, baru la orang MELELEH AIR LIUR tengok makanan anda.

Disni saya sertakan contoh-contoh packaging yang sesuai untuk lunch box dan pasti menarik minat pembeli .

Selamat maju jaya dalam perniagaan anda
!

 

0 11704

Anda pernah sampai Sungkai Perak? Sungkai terletak di sebelah selatan Negeri Perak. Kalau dari Kuala Lumpur tu selepas Tanjung Malim, Slim River dan seterusnya Sungkai lah. Sungkai menjadi tumpuan ramai pengunjung sejak adanya Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai. Terutamanya pada waktu cuti sekolah dan cuti-cuti sabtu ahad. Mula la penuh taman rekreasi tu. Anda mungkin juga akan berkunjung ke Sungkai sebab ada kenduri kahwin kot.. atau mungkin anda melewati kawasan sungkai untuk lari dari kesesakan teruk lebuhraya utara selatan terutama waktu cuti-cuti besar macam hari raya dan hari raya cina. Anda mungkin tertanya, dimana tempat makan sedap di Sungkai ? Mana tempat makan best di Sungkai, Perak ni?

1. Mus Tomyam

Terletak di jalan besar Sungkai. Waktu operasi hanya di siang hari dari kul 10 pagi sehingga 3 petang setiap hari kecuali hari Ahad. Apa yang istimewa disini? mestilah sup burung unta 🙂 dan nasi ayam. Secara peribadi saya paling menggemari Nasi ayam di Mus Tomyam. Kelainannya adalah pada nasinya itu. Rasa nasi nya sahaja dah sedap dan apabila makan bersama ayamnya terus lebih nikmat lain macam.. hehe.. saya suka bungkus aje nasi ayam dan makan di rumah sbb boleh makan dengan kicap ABC di rumah . perh..

mus-tomyam-sungkai
nasi goreng ayam
mus-tomyam-burung-unta-sungkai
sup daging burung unta disediakan hanya pada hari Rabu sahaja

mus-tomyam-sungkai-burung-unta mus-tomyam-sungkai-2 mus-tomyam-sungkai-siputhijau

 

 

 

Lokasi StreetView Mus Tomyam

Terletak di depan Petronas Sungkai

mus-tomyam-dekat-petronas

mus-tomyam-street-view
terletak betul-betul di tepi jalan berhadapan dengan Petronal Sungkai

Ingat.. jangan datang waktu malam, sebab Mus Tomyam hanya buka pada waktu siang sahaja..

Book hotel dan homestay murah di Agoda siputhijau.com, diskaun sehingga 65% . Klik disini

 2. Sarapan di Warung Nam Cheng

Jika anda inginkan kelainan sebelah pagi.. bersarapan lah di warung Nam Cheng.  Menyediakan sarapan pagi ala Kelantan seperti Nasi Kerabu, nasi dagang, laksam dan juga nasi lemak. Disamping itu warung ini menyediakan pelbagai jenis kuih-muih dan lauk pauk lain. Terletak di bulatan pekan Sungkai. Lihat peta dibawah.
image

image
image

 

 

Untuk lebih nampak jelas anda boleh lihat streetview berikut..

 

 

 

 

3. Nasi Buluh atau Nasi Bamboo Sg Klah, Sungkai, Perak

Rasanya tempat ni paling femes kat area Sungkai ni. Sejak masuk kat Majalah3 hari tu, orang berpusu makan sini. Terutamanya pada hujung-hujung minggu. Parking kereta punya la jauh dan terpaksa menapak ke warung Nasi Bamboo ni. Silap-silap nak duduk makan pun kena menunggu.

Dari segi makanan dan lauk pauk dia, bagi saya memang sedap terutama penggemar masakan nasi kukus dan ayam kampung. Tarikan utama untuk ke warung ni adalah Nasi Buluh atau Nasi Bamboo.

 

nasi-bamboo-sg-klah-sungkai

 

nasi-bamboo-sg-klah-sungkai-makanan

 

nasi-bamboo-sg-klah

 

nasi-bamboo

 

Nak tau lokasi dimana? ok dibawah ada peta ke Restoran Nasi Bambo Sg Klah Sungkai

 

 

ps – ok.. mungkin ada lagi tempat makan menarik di sungkai ni .. jika ada tempat  makan yang best di sungkai harap dapat berkongsi dengan saya.. boleh komen dikotak dibawah ni.

Book hotel dan homestay murah di Agoda siputhijau.com, diskaun sehingga 65% . Klik disini

 

 

0 19130

Tempat makan best di cherating

Cherating terkenal dengan makanan-makanan yang menarik perhatian masyarakat mahupun pelancong.

Masa perjalanan:

– Dari KL dgn Lebuhraya Pantai Timur ke exit jabor (tganu) tu dlm 3-4 jam… 
– dari exit jabor tu tak jauh dalam 20-30 minit je sampai ke cherating…. 
– dari cherating pulak 20-30 minit ke kemaman

 

Salam sejahtera saya ucapkan. harini saya nak cerita tentang makan di Cherating. so agenda utama selain tidur dan lepak dalam bilik adalah makan..kenyang perut makan breakfast yang pelbagai..malam ngan tengah hari pun perut tetap diisi dengan makanan menarik di Cherating..

 

1.warung awang ikan bakar.

warung awang ikan bakar ini memang terkenal dengan ikan bakar dia. sesiapa yang pergi cherating kalau tak singgah ke sini tak puas la bercuti.

selain ikan bakar warung ini juga ada pelbagai makanan seafood dan pelbagai lagi.

WAIB

 

IMG_8867.JPG2

IMG_6760

IMG_7022

2.Warung Pok Su & Mok Su di Peramu

warung ini terkenal dengan seafood disaluti tepung dan digoreng rangup. daripada ikan, ketam ,sotong dan macam macam lagi. selain itu warung ini juga terkenal dengan satar dan otak otak.

P1000611

P1000768_zpsda518738

P1000605_zpsa49df814

3.warung aziz satar

warung aziz satar ini jauh sedikit dari cherating. rugi kalau tak singgah, kalau dah habis bercuti nak balik ke halaman singgah lah di warung aziz satar. warung aziz satar terkenal dengan satar, otak otak, pulut, keropok lekor dan macam macam ada.

IMG_0781

IMG_0788

IMG_0786

IMG_0787

rugi tak cuba makanan makanan pantai timur ni. alang alang bercuti tu terus je singgah mana mana warung di atas tadi. sekian dari saya AMIN :).

 

Apa lagi jom gi booking hotel sekitar cherating. Diskaun serendah 70% jika tempah melalui link saya ni.. Jika x tau cara booking boleh rujuk artikel cara buat booking

agodabanner

Latest Articles

0 291
Masakan Thai memang sukar untuk ditolak lebih – lebih lagi bagi mereka yang sukakan masakan pedas. Kalau nak diikutkan sudah banyak restoran masakan Thai...