Tags Posts tagged with "kuala lumpur"

kuala lumpur

Masakan Thai memang sukar untuk ditolak lebih – lebih lagi bagi mereka yang sukakan masakan pedas. Kalau nak diikutkan sudah banyak restoran masakan Thai di Lembah Klang ini seperti, Absolute Thai, Amarin, Sri Ayutthaya dan Boat Noodle yang sememangnya diketahui ramai. Tapi terdapat beberapa restoran masakan Thai  yang perlu dicuba jika anda peminat masakan Thai. Jom kita tengok restoran masakan Thai yang terkenal di Kuala Lumpur

 

  1. Street Thai

streat-003

Konsep disini sedikit berbeza kerana menggunakan gerai kecil untuk menjual makanan. Setiap gerai dijaga oleh chef yang didatangkan khas dari Thailand. Fried chicken wings dan braised beef noodle disini agak istimewa. Dibuka setiap hari dari 11.30 pagi hingga 10 malam, bertempat di jalan universiti, seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

 

  1. Bangkok Beat Bistro

bangkok-beat-bistro-empire-subang-thai-restaurant1

Beroperasi sejak 2012, Bangkok Beat Bistro bukan sahaja menghidangkan makanan Thai malah beberapa makanan tempatan juga. Pastikan tidak ketinggalan untuk mencuba green curry dan spicy papaya with soft-shell crab disini. Bertempat di Empire shopping Gallery, jalan SS 16/1, SS 16, Subang Jaya, 47500 Selangor. Waktu beroperasi pada 10 pagi hingga 9.30 malam dan dibuka setiap hari.

 

  1. Bangkok House Restaurant

restaurant-exterior-and

Setiap menu diberi pilihan saiz sama ada anda mahukan saiz kecil, sederhana, atau besar. Restoran yang diuruskan sebuah keluarga ni juga menyediakan set berbuka puasa setiap tahun untuk pelanggan yang beragama Islam. Terdapat beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang dan waktu beroperasi pada 11 pagi hingga 11 malam. Dibuka setiap hari.

 

  1. Little Rara Thai Noodle

thai-noddle-house

Suasana kedai ini pasti akan membuatkan anda merasakan seolah – olah sedang berada di Thailand menikmati street food. Anda juga patut mencuba daging/kambing bakar dan tomyam talay disini. Bertempat di jalan kia peng, 50450 Kuala Lumpur, beroperasi 5 petang hingga 12 malam, isni hingga sabtu.

 

 

 

  1. Mango chili

16499349906_ac0f924df5_b

Dekorasi dikedai ini kelihatan ringkas tetapi boleh menimbulkan rasa ceria dan lively. Selain tomyam dan padthai, deep fried shrimp cake, dan green mango salad juga perlu anda cuba disini. Lokasi GF nexus, bangsar south city, no.7 jalan kerinchi, 59200 Kuala Lumpur. Beroperasi 10 pagi hingga 10 malam dibuka setiap hari.

1 1264

Sebut tentang percutian keluarga, semestinya ramai yang memikirkan tempat peranginan yang istimewa, tempat yang selesa, pemandangan indah, sesuai untuk menenangkan fikiran dan memenuhi masa bersama keluarga tersayang setelah penat bekerja. Apabila merancang sesuatu percutian kita sering mencari tempat penginapan seperti hotel dan chalet, sudah tiba masanya untuk tukar selera. Banglo dan vila mewah untuk percutian keluarga.

Terdapat banglo mewah atau vila yang boleh disewa untuk dijadikan tempat tinggal semasa percutian. Bagi sesiapa yang meminat atau ingin merasai tinggal di banglo, rumah-rumah ini seperti rumah idaman dan selesa untuk didiami.

 

 

  1. Bamboo Village | Ulu Langat | Kuala Lumpur

bamboo-village1

Rumah yang diperbuat daripada buluh, sesuai menjadi destinasi pilihan bagi penduduk dibandar untuk merasai alam semula jadi yang terletak berdekatan dengan bandar.

bamboo-village2 bamboo-village

Alamat | Lorong Serai 4, sungai serai batu 11, hulu langat, 43100 Kuala Lumpur

 

  1. Sekeping Tenggiri | Bangsar | Kuala Lumpur

tenggiri

Agak sukar dipercayai kerana banglo 7 bilik ini terletak di tengah kota.Namun berkonsepkan banglo dalam hutan, banglo ini mampu menambat hati sesiapa sahaja yang berkunjung.

tenggiri1 tenggiri2 tenggiri3 tenggiri4 tenggiri5

Alamat | No.48, off Kuala Lumpur, jalan tenggiri, 59100 Kuala Lumpur

 

Booking hotel melalui Siputhijau.com diskaun sehingga 60%

 

  1. De Shahruls | Port Dickson | Negeri Sembilan

shahrul

Mempunyai seni bina unik seperti sebuah bot dilengkapi 3 bilik berserta dapur dan kawasan ruang tamu yang besar. Rumah ini terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan Port Dickson dan Melaka, dengan pemandangan laut nyaman dan dikelilingi pokok palma yang subur dan daya tarikan tropika.

shahrul1 shahrul2 shahrul3

Alamat | Jalan pantai, port dickson, Negeri Sembilan

 

  1. The Shorea | Seremban | Negeri Sembilan

shorea3

Dibina dalam hutan tropika di Seremban, vila yang dibina dengan laluan berliku – liku menuju ke hutan ini disertakan dengan air terjun dam hutan Simpan Berembun. Merupakan percutian hutan yang pasti tidak mahu dilepaskan.

shorea shorea1 shorea2

Alamat | Village kolam air, mukin pantai, jalan jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan

 

Booking hotel di Negeri Sembilan disini diskaun sehingga 60% 

 

  1. Limastiga | Umbai | Melaka

limas3

Konsep menggabungkan seni bina moden dan gaya kampung, mempunyai 6 bilik keluarga dan terletak dalam 3 buat vila dengan pemandangan yang mengagumkan di sekitarnya. Sebuah kolam renang besar terletak di tengah – tengah kawasan banglo yang penuh dengan kehijauan.

limas limas2 limas4

Alamat | 2046 jalan bukit tembakau, 77300 umbai, Melaka

 

Booking Limastiga disini sekarang. Diskaun booking online berbanding jika anda walkin booking.

 

  1. Desa Balqis | Kuala Linggi | Melaka

balqis

Menampilkan rekaan rumah kayu unik yang direka mengikut inspirasi rumah Melayu tradisional. Dengan persekitaran yang tenang dan mendamaikan, Desa Balqis adalah tempat sempurna bagi menganjurkan apa – apa acara atau hari keluarga mahupun perkahwinan.

balqis2 balqis3 balqis4

Alamat | Kuala linggi, kampung kuala linggi, Melaka

 

  1. Rumah Perak Boutique Villa | Batu Feringghi | Pulau Pinang

perak

Rumah Perak Boutique Villa mempunyai 6 unit bilik tidur dengan pemandangan laut.

perak2 perak3 perak4

Alamat | No.72, jalan batu feringghi, 11100 Pulau Pinang

 

  1. Michelle’s Villa | Batu Feringghi | Pulau Pinang

michelle

Dimiliki seorang wanita bernama Michelle, vila mewah ini mempunyai 4 tingkat sesuai untuk penginapan sekeluarga. Memiliki 3 bilik tidur dengan tema yang unik, ruang tamu, ruang makan, dan dapur dengan kelengkapan penuh.

michelle2 michelle3 michelle4

Alamat | Jalan moonlight bay, batu feringghi, Pulau Pinang

 

Booking hotel disini hari ini. Diskaun hebat sehingga 60% hanya booking melalui sipuhijau.com dan agoda

0 595

12038374_1009915702362789_1293377541104387431_n

Titiwangsa merupakan sebuah tasik atau tempat istirehat yang sering dikunjungi pada hujung minggu mahaupun setiap hari untuk aktiviti riadah seperti bersenam , memancing , menunggang kuda , berkayak dan banyak lagi aktiviti menyeronokkan . Disamping itu , tak kurang juga keluarga yang turut membuat majlis kecil seperti makan bersama di bawah pokok ditemani angin petang di kawasan itu .

Selain membawa bekal makanan yang dimasak sendiri dari rumah , mereka juga boleh membeli makanan dan minuman dari peniaga peniaga kecil di taman tasik tersebut . Antara makanan yang sering dijual pada hari minggu di kawasan itu adalah makanan ringan seperti sate , keropok lekor , sosej , aiskrim , air dan buah buahan .

Bagi golongan yang kerap beriadah di situ pasti tahu akan kewujudan gerai makanan di bahagian hadapan tasik . Gerai terserbut juga menyediakan banyak pilihan menu makanan panas . Namun , terdapat satu jenis perniagaan yang agak mendapat sambutan tidak kira bangsa . Dapat dilihat setiap hujung minggu di kawasan parkir kereta bahagian belakang , terdapat sebuah van yang menjual dua menu iaitu laksa utara dan cendol yang sentiasa dikerumuni orang . Pelanggan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan laksa dan cendol yang agak lazat tersebut .

1383383_854922654569923_6904022279235657234_n 10351762_854922634569925_2593767209855004647_n

Van berwarna biru tersebut terpampang besar sebuah banner yang menunjukkan nama komersial “Che Ita Laksa Van Biru”. Van tersebut akan tiba di kawasan Titiwangsa sekitar jam 5 petang untuk memulakan perniagaan . Namun , seawal jam 7 malam , mereka sudah sedia untuk beredar dari lokasi kerana kehabisan stok laksa dan cendol . Namun hal ini berlaku bukan kerana stok yang dibawa sedikit , tetapi kerana permintaan pelanggan yang terlalu banyak setiap kali mereka membuka gerai .

Dengan berniaga secara bergerak dan hanya membawa sebuah van sederhana , mereka tidak dapat menyediakan meja dan kerusi untuk pelanggan menjamu selera . Tetapi mereka masih mampu menyediakan tikar gulung untuk pelanggan yang ingin duduk menjamu selera di bahagian bawah pokok berdekatan van . Sebut tentang keenakan laksa utara tersebut , rasanya sangat unik , mungkin kerana resepi turun temurun . Kuah laksa yang sering kita dapat apabila makan di mana mana gerai luar hanya kuah laksa yang agak cair dan hanya rasa masam . Tetapi istimewanya laksa ini , kuah yang dihasilkan agak pekat , hingga terasa isi ikan yang berada di dalam kuah ditambah pula dengan potongan timun , salad , dan juga cili api yang dipotong kecil untuk rasa pedas . Dengan harga RM 4 , anda dapat menikmati semangkuk laksa yang asli . Sekali rasa , pasti anda nak lagi .

11073571_861239027271619_6313575607965078566_n

Keistimewaan cendol pula , mereka bukan sekadar menyediakan cendol biasa , tetapi cendol tersebut mempunyai tambahan jagung sweetcorn yang agak banyak dari kebiasaan . Santan yang dimasukkan ke dalam cendol tersebut juga agak pekat . Pelanggan juga boleh memilih sama ada ingin cendol jagung , cendol pulut atau cendol durian . Juga disediakan di dalam cawan plastik atau mangkuk pakai buang  . Dengan hanya RM 3 , anda dapat menyegarkan tekak anda setelah menikmati laksa . Dua gabungan menu yang mendapat perhatian ini boleh anda cuba pada setiap petang hujung minggu di kawasan Taman Tasiki Titiwangsa .

Selamat Mencuba !

0 1804

VitalyTv Di Malaysia.

Vitaly Zdorovetskiy atau lebih dikenali sebagai VitalyTv di sosial media Youtube. Nama beliau belum cukup dikenali di Malaysia, namun beliau masih mempunyai peminat di Malaysia, sehingga ramai yang meminta beliau ke sini untuk melalukan video prank prank beliau.

VitalyTv yang dikenali sebagai Prankstar di youtube, telah pun berada di Malaysia. Vitaly terkenal dengan video  gold digger prank, ATM prank robbery dan lain lain lagi, Selain itu dia juga telah menunjukkan keberanian yang luar biasa, dengan berlari di atas padang semasa world cup final di brazil.

hqdefaultcy7Rs

Vitaly yang dilahirkan dan dibesarkan di Rusia telah memberikan suatu impak yang baru kepada masyarakat dengan cara baru yang agak berani di youtube, Vitaly juga telah kerap di tangkap oleh pihak polis dan dia juga pernah dipenjarakan. Beliau juga telah membuka mata masyarakat mengenai prank prank ini, selain itu aktiviti prank beliau juga telah menjadi ikutan ramai.

05

Okey la, info dah bagi gambar dah bagi, takkan taknak bagi video kot kan, Takyah susah susah Admin sapot korang korang sapot Admin okey. Naahhh Videoo..

VitalyzdTv in Malaysia

Nahh ni ada la sedikit prank prank dia yang kelakar gilaa.

Banyak lagi video yang menarik ada boleh tengok

Youtube: http://www.youtube.com/user/VitalyzdTv

 

0 4023

Tempat Tempat Percutian Yang Menarik Di Malaysia

Sudahkah anda merancang percutian ? Cuti sekolah tak lagi akan datang, para ibu bapa yang ada anak sekolah tu dah rancang ker percutian bersama keluarga anda? Inilah masa yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga masing-masing. Berikut adalah 5 tempat yang menarik untuk meluangkan masa semasa cuti 1. VILLA SAMADHI, KUALA LUMPUR villa samadhi, kuala lumpur

Kuala Lumpur: Suite 6.01B, Level 6 (South Block), The AmpWalk, 218 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur T +603 2161 0769 F +603 2166 0604

reservations@villasamadhi.com.my

Booking Melalui Agoda diskaun sehingga 70% . Klik banner dibawah ini:

agodabanner

villa samadhi:

No. 8, Jalan Madge, 55000 Kuala Lumpur, Malaysia T +603 2143 2300

2.LIMASTIGA, UMBAI, MELAKA

limastiga-umbai-melaka-2

Limastiga 
2046 Jalan Bukit Tembakau,
77300 Umbai, Melaka

For Reservation Or Inquiries. Call Us

Tel: (06) 2832082 (office hour)
Fax: (06) 2832082

Booking Melalui Agoda diskaun sehingga 70% . Klik banner dibawah ini:

agodabanner

 

3.SEKEPING SERENDAH, SELANGOR
sekepingserendah

Tel*: 012-324 6552 (Ms Ping) Email: serendah@sekeping.com

Booking Melalui Agoda diskaun sehingga 70% . Klik banner dibawah ini:

agodabanner

 

4.IMPIANA RESORT, CHERATING

impiana

TEL: +60 (9) 581 9000 TOLL FREE: 1800 88 8828     

 FAX: +60 (9) 581 9090/9451     

info.irc@impiana.com

IMPIANA RESORT CHERATING
KM 32 Jalan Kuantan/Kemaman,
26080 Pahang Darul Makmur, Malaysia.

Booking Melalui Agoda diskaun sehingga 70% . Klik banner dibawah ini:

agodabanner

5.LAGUNA REDANG ISLAND RESORT, PULAU REDANG

LAGUNA

Laguna Redang Island Resort, Pasir Panjang, Redang Island, Malaysia. Tel: +609-630 7888 Fax: +609-630 7878

Latest Articles

0 426
Masakan Thai memang sukar untuk ditolak lebih – lebih lagi bagi mereka yang sukakan masakan pedas. Kalau nak diikutkan sudah banyak restoran masakan Thai...