Tags Posts tagged with "kesihatan"

kesihatan

0 1025

wajah-putih

Wajah yang indah bermula dari kulit yang bersih. Namun terlalu banyak pencuci muka dan sabun yang mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai di kulit muka dan akan menyebabkan jerawat dan kulit berminyak.

Anda disarankan menggunakan cara semulajadi untuk mengurangkan risiko kerosakan kulit. Terdapat banyak bahan semulajadi  boleh digunakan. Antaranya adalah :

BUAH JERUK

Mengandungi vitamin c yang sangat bermanfaat bagi kulit wajah. Ia dapat dijadikan scrub untuk wajah yang berjerawat. Cara membersihkan  wajah dgn buah jeruk ialah :

  • Tumbuk kulit jerukyang sudah dikeringkan hingga halus.
  • Campur dengan krim susu secukupnya.
  • Bersihkan wajah dgn campuran yg sudah dibuat sebelumnya.
  • Bilas wajah dgn air hangat hingga bersih.

manfaat-buah-strawberry

BUAH STRAWBERRY

Strawberry selain dapat dibuat jus , ia juga bermanfaat sebagai pembersih wajah. Caranya :

  • Buatlah campuran antara dua senduk teh yogurt plain dan lima buah strawberry hingga terbentuk seperti pasta.
  • Bersihkan wajah dengan pasta tersebut dua kali sehari.
  • Lakukan secara rutin untuk hasil yang optimal.

minyakzaitun

MINYAK ZAITUN

Untuk anda yang inginkan kulit yang sentiasa lembab. Bersihkan muka menggunakan minyak zaitun. Caranya :

  • Campurkan minyak jarak dan minyak zaitun.
  • Gunakan campuran tadi untuk membersihkan wajah sambil diurut.
  • Bilas wajah menggunakan air suam.

Selain untuk membersihkan wajah, minyak zaitun boleh digunakan untuk menghilangkan bekas jerawat.

img_1845

BUAH EPAL

Sesuai dijadikan pencuci wajah untuk masalah kulit kering. Caranya :

  • Satu senduk teh minyak zaitun, satu buah epal, satu senduk teh air perasa lemon, dan satu senduk teh susu murni.
  • Rebuslah epal bersama dua gelas air sampai ia mula lembut.
  • Hancurkan buah epal dan campur dengan bahan-bahan lainnya.
  • Pakailah pasta ini untuk membersihkan wajah.
  • Bersihkan wajah dengan air hingga bersih.

manfaat-dan-khasiat-madu-bagi-kesehatan-menurut-islam

MADU

Manfaat masker dari madu bagus untuk menghilangkan jerawat dan menghalang ia tumbuh semula.

  • Campurkan air lemon dan madu
  • Sapukan di wajah secara merata dengan cara mengurut wajah anda.
  • Bilas menggunakan air suam.

0 479

Senaman adalah asas untuk orang yang inginkan kesihatan tubuh badan . Ia juga sering dilakukan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan. Namun tidak ramai yang ingin bersenam atas faktor malas dan berasa penat. Namun anda harus tahu , selain diet , senaman juga adalah perkara harian yang WAJIB dilakukan untuk kekal sihat bertenaga.

Bagi mereka yang malas bersenam , di sini saya sertakan tips senaman paling mudah dan “rare”. Anda pasti akan melakukannya sebagai rutin harian.

Parking kereta jauh

senaman-paling-mudah-dan-rare

Jika kita keluar ke shopping mall , atau ke majlis , parking di kawasan yang agak jauh. Ini kerana berjalan juga salah satu senaman yang sihat. Jadi, kurangkan masa anda mencari parking yang berdekatan pintu masuk.

Naik turun tangga 

senaman-paling-mudah-dan-rare-2

Jika rumah kita di tingkat yang tinggi , cuba amalkan tekan lift separuh dari tingkat rumah. Lagi separuh cubalah naik tangga. Amalkan setiap hari. Pasti dalam tak sedar kita dah pun membakar sebanyak 5 kalori.

 

Kemas rumah 

senaman-paling-mudah-dan-rare-3

Dalam duduk diam di rumah , cubalah bangun dan kemas rumah. Boleh membasuh baju , mop lantai , cuci pinggan mangkuk, lipat baju, sapu sampah. Aktiviti kemas rumah ini boleh mengeluarkan peluh dalam masa yang sama mmembakar kalori. Selain tu , rumah juga kemas dan cantik . Kan tak rugi bersenam dengan cara ni 🙂

 

 

Window shopping

senaman-paling-mudah-dan-rare-5

Perempuan memang suka aktiviti ni . So , tiap kali window shopping, pusing satu mall . Biar kaki lenguh , peluh keluar , anda sihat. Berjalan kan satu senaman.

 

Beriadah di taman 

senaman-paling-mudah-dan-rare3
Hujung minggu jangan terperap di rumah. Bawa anak bersiar-siar. Boleh ke Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Shah Alam , Taman Layang-layang dan banyak lagi. Boleh menaiki basikal , berjalan tengok keindahan tasik dan taman permainan. Selain boleh eratkan silaturahim , peluh pun keluar juga.

 

Berenang / gym

senaman-paling-mudah-dan-rare-4

Tahukah anda bahawa berenang adalah senaman yang baik kerana kita menggerakkan keseluruhan anggota badan? Rugilah kalau tinggal di apartment yang menyediakan gym atau kolam renang tetapi tak menggunakannya . Maintainance bayar dengan kadar yanga gak tinggi setiap bulan. Jadi, jangan lepaskan peluang bersenam di kawasan yang hanya berada di bawah rumah.

 

Itu lah  tips senaman paling mudah yang boleh kita amalkan dan tidak memerlukan modal pun. Kalau ada sapa-sapa yang nak tambah pun boleh. Benda ni mungkin nampak simple tapi BESAR impaknya. Jadi, jangan beralasan lagi untuk bersenam. Jagalah kesihatan kita bersama dalam jangka masa yang panjang. Health is wealth!

Selamat bersenam!

Virus zika semakin dikenali ramai dan menjadi sebutan. Virus ini dikatakan telah menyerang lebih 30 wilayah di seluruh dunia dan berkemungkinan akan terus tersebar di banyak tempat lagi.  Virus ini berbahaya untuk ibu mengandung. Kesan dari virus ini akan menyebabkan bayi yang dikandungkan tidak normal , gugur atau mempunyai saiz kepala yang kecil dari badan.

ancaman-virus-zika-4

 Organisasi Kesihatan Dunia(WHO) telah mengkategorikan penyakit ini sebagai merbahaya dan mematikan . Penyebaran virus ini sangat cepat dan sangat mengancam keselamatan. Antara fakta-fakta zika adalah :

1- tersebar melalui gigitan nyamuk

Individu yang mempunyai virus zika dan digigit nyamuk Aedes , sekiranya nyamuk itu menggigit individu lain , virus itu akan tersebar pada individu berkenaan.

2- tersebar melalui hubungan intim

Jika individu itu mempunyai virus zika dan melakukan hubungan intim tanpa alat pelindung dengan pasangan , maka pasangannya itu berisiko dijangkiti virus zika juga.

3- mengalami beberapa gejala di bahagian tubuh

Beberapa gejala di tubuh yang dapat dirasa individu berkenaan adalah sakit kepala, demam, lenguh otot, sakit sendi, ruam di permukaan kulit dan kekejangan. Gejala ini berterusan 2-7 hari . Individu disarankan segara bertemu doktor untuk memeriksa dan memastikan penyakit yang dialami.

4- belum ada vaksin

Sehingga sekarang , virus zika ini belum menemui vaksin atau penawar yang sesuai. Peneliti dunia sedang berusaha untuk menghasilkan vaksin virus zika. Anda disarankan agar tidak bercuti ke tempat yang mempunyai bilangan virus zika yang tinggi dan anda juga dinasihatkan agar memakai pakaian yang  tertutup seperti seluar panjang dan baju lengan panjang. Ini adalah untuk mencegah dari terkena gigitan nyamuk pembawa virus zika.

ancaman-virus-zika-2

5- mempengaruhi bayi dalam kandungan

Sekiranya ibu hamil terkena virus zika , kesan akan terkena pada bayi dalam kandungannya . Bayi berisiko terkena penyakit  microcephaly (kepala kecil), yang menyebabkan bayi berkenaan mempunyai mental yang slow dan tidak boleh hidup normal seperti bayi lain.

RECIFE, BRAZIL - JUNE 02: Dr. Stella Guerra performs physical therapy on an infant born with microcephaly at Altino Ventura Foundation on June 2, 2016 in Recife, Brazil. Microcephaly is a birth defect linked to the Zika virus where infants are born with abnormally small heads. The Brazilian city of Recife and surrounding Pernambuco state remain the epicenter of the Zika virus outbreak, which has now spread to many countries in the Americas. A group of health experts recently called for the Rio 2016 Olympic Games to be postponed or cancelled due to the Zika threat but the WHO (World Health Organization) rejected the proposal. (Photo by Mario Tama/Getty Images)
RECIFE, BRAZIL – JUNE 02: Dr. Stella Guerra performs physical therapy on an infant born with microcephaly at Altino Ventura Foundation on June 2, 2016 in Recife, Brazil. Microcephaly is a birth defect linked to the Zika virus where infants are born with abnormally small heads. The Brazilian city of Recife and surrounding Pernambuco state remain the epicenter of the Zika virus outbreak, which has now spread to many countries in the Americas. A group of health experts recently called for the Rio 2016 Olympic Games to be postponed or cancelled due to the Zika threat but the WHO (World Health Organization) rejected the proposal. (Photo by Mario Tama/Getty Images)

6- mempunyai nama pertama ZIKV

Virus ini mempunyai nama pertama ZIKV yang ditemui di salah satu hutan yang bernama Zika di Uganda 1947. Virus ini tersebar ke Asia dan Afrika pada tahun 1951 hingga 1981. Namun pada tahun 2007 virus ini mula mempunyai pengaruh 73%. Pada tahun 2014 virus ini masuk ke Amerika Latin dan sekarang ia mula tersebar ke Indonesia , Malaysia dan Singapura.

7-  mencegah dengan cara memusnahkan pembiakan nyamuk

Cegah virus ini dengan cara memusnahkan tempat pembiakan nyamuk seperti takunagn air di pasu bunga , toilet dan banyak lagi . Selain itu sediakan alat penyembur nyamuk di rumah . Tetapi jangan sembur terlalu banyak kerana ia berisiko untuk kesihatan.

ancaman-virus-zika

Latest Articles

0 40
  Madu Madu merupakan satu – satunya makanan yang dihasilkan oleh lebah yang memiliki semua keperluan hidup manusia termasuk enzim, vitamin, mineral, kandungan air dan...