Tags Posts tagged with "Kelantan"

Kelantan

4 6315

Selangor Tumpaskan Kelantan 3-0


Kedatangan Kelantan ke Stadium Shah Alam membawa padah setelah tumpas di tangan tuan rumah Selangor dengan jaringan mata 3-0. Gergasi Merah garang di tempat sendiri.

Kedua-dua pasukan pada awalnya menunjukkan corak permainan yang menarik, akan tetapi Selangor nampak lebih yakin di depan penyokong mereka sendiri, corak permainan mereka stable dari segi hantaran dan penguasaan bola. Kebanyakkan serangan dari pasukan tuan rumah menggunakan pemain sayap kiri dan kanan.

Pada minit ke 24, Selangor dihadiahkan sepakkan percuma. Sepakkan itu diambil oleh Azwan Bakri dan membuahkan hasil, sepakkan yang cantik meletakkan bola betul-betul disebelah tiang meletakkan Selangor di hadapan Kelantan 1-0.

Kelantan melakukan serangan tetapi arah bola kebayakkan tersasar dari sasaran. Kedudukan 1-0 pada separuh masa pertama.

Bermulanya separuh masa ke2.

Kelantan nampaknya semakin cemas dan teragak agak ketika memberi dan menerima hantaran. Kesempatan ini dapat digunakan oleh pemain import  Selangor Guilherme. Guilherme menggunakan kepantasan melepasi 2 pertahanan lawan, melakukan lob dari luar kotak penalti dan berjaya menewaskan penjaga gawang kelantan Sharizan Ismail pada minit ke 49.

Pemain Selangor berjersi 7 Andik nampaknya lebih lincah dari separuh masa pertama, gelecikkan dan lariannya sukar dipatahkan oleh pemain pertahanan Kelantan. Pada minit ke 63 Selangor dihadiahkan Penalti, akibat dari hadangan Sharizan Ismail. Guilherme berjaya menewaskan Sharizan Ismail buat kali kedua menerusi sepakkan penalti.

0 2446

Liga Super Malaysia bagi musim 2015 edisi yang ke-12.

Pada tahun ini, Setiap pasukan akan menunjukkan belang dan bisa pasukan masing masing, Sesetengah pasukan telah pun melabur kewangan mereka untuk mendapat kan pemain pemain handalan dan sesuai bersama pasukan mereka.

Pada tahun ini lebih mengujakan dengan kehadiran 3 pasukan iaitu, PDRM, SERAWAK dan SIME DERBY.
kehadiran ketiga-tiga pasukan ini sudah pasti akan memberikan impak yang besar kepada penyokong-penyokong bola tanah air, terutamnya dari pasukan DPRM yang menunjukkan prestasinya membangakan pada tahun lepas.

Pautan sumber : http://www.mysumber.com/jadual-perlawanan-dan-kedudukan-carta-liga-super-2013.html#ixzz3OmvVJ212

Jadual kedudukan liga super piala Malaysia

Didalam carta liga di atas terdapat dua belas pasukan bertanding iaitu enam pasukan negeri, lima pasukan dari kelab dan satu pasukan wakil dari Singapura.

PERLAWANAN YANG PERTAMA.

jadual-liga-super

Perlawanan yang pertama sudah mendebarkan untuk penyokong mahupun pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang. Perlawanan ini akan menentukan siapa yang lebih layak memperolehi  3 mata penuh atau mereka hanya sekadar mampu berkongsi 1 mata.

4 6568


sathianathan2

Saat Norfarhan menjaringkan gol kemenangan di Selayang, aku yang hanya berdua didalam kelompok ramai penyokong ATM bersorak girang tanpa mengira penyokong lawan bersebelahan dan dibelakang serta didepan. Selepas habis bersorak aku berdiri tegap dan tabik hormat kepada Paan dan teammates.

Tentera yang menjadi penyokong pasukan ATM melihat kaku. Kenapa aku lakukan tabik hormat? Kerana bagi aku perlawanan ini elemen kemuncaknya adalah kedisiplinan.

Disiplin adalah tunjang untuk merebahkan rejimen pemain bolasepak yang menerapkan budaya ini sebagai jatidiri, lawan disiplin mereka dengan disiplin kita.

ATM sebenarnya mempunyai perancangan rapi dalam susunan dan pemilihan pemain serta diadun corak gaya permainan untuk menewaskan Kelantan dengan berapa jaringan sekali pun. Saya lihat Bruno Martelotto seperti zaman beliau bermain untuk MPPJ, sayangnya gandingan beliau bukan Liew Kit Kong.

Bertindak selaku Arkitek pasukan dalam menjana gerakan, Zairo Anuar terkebil-kebil sahaja kepeningan melayan gerakan Bruno.

Sayang didepan Bruno ialah Hairuddin yang kelihatan seperti penat baru lepas membakar ikan bakar di restoran beliau, dikunci oleh Shakir hingga kedalam kotak penalti Kelantan. Diekori serapat mungkin, jarang Shakir bermain se deep ini.

Kita kerap disajikan dengan melihat Shakir bertugas sebagai Sweeper pasukan membantu Azizi dan Obinna.

Sathianathan sebenarnya mahu bermain pace yang laju dimana permukaan padang yang cantik walaupun selepas hujan. Selain kepelbagaian corak serangan, saya rasa kesilapan besar ialah menugaskan Fitri Omar banyak bermain Wide dan melakukan crossing, nampak kekok walaupun pemain ini serba boleh, tetapi bagi saya beliau merupakan kunci kelemahan utama ATM semalam.

Secara individu ramai pemain ATM yang tidak selesa seperti biasa hanya Jayaseelan dan Bruno benar-benar mengerah segalanya. Saya tidak mahu menuduh tetapi Sathia sangat bereksperimen dalam susunan pemain, sebenarnya Mind Game antara beliau dan Bojan, beliau mahu mengelak dari dihidu taktikal oleh Bojan.

Yang kedua, kecemerlangan Afizzie sebagai Defensive Mid yang tipikal membuka permainan dan bergerak merata sebagai untuk membuka banyak kebebasan kepada Bruno salah satu Masterpiece kehebatan Sathia, sayangnya Affizie sebenarnya gagal dalam menjalankan tugas defensifnya.

Ini kerana Counter Attack Bojan sangat laju, Affizie pancit apabila diserang balas, ini kena pada saatnya bagi gandingan Indra dan Farhan yang menggunakan kudrat kuda liar dengan langkahan yang tak terkejar.

Taktikal Sathia ialah menyerang, jadi defensive midfielder yang bertubuh kecil yang juga bukan di posisi utamanya disuruh lebih menyerang, termakan diri kerana gagal menyaingi fizikal dan kepantasan Indra terutamanya.

Afizzie sangat cemerlang tapi bukan didalam perlawanan setegang perlawanan semalam, belum cukup ilmu dan ketenangan oleh beliau untuk bermain diposisi baru menentang pasukan Kijang yang melompat tanpa henti, ini saya kesan sebagai kelemahan kedua taktikal Sathia yang terhidu oleh Bojan.

Ketiga, ketiadaan Amiridzuan di bek tengah diganti oleh Norfazly Alias. Ramai nampak pemain ini berjaya memikul tugas dengan baik. Tapi tidak pada saya. Sudah serasi selama ini Irwan dan Amir akhirnya Norfazly diberi tugas berat, berganding pula dengan Shukor Adan menunggu untuk menyekat Norfarhan berlari setiap kali terlepas perangkap offside yang tak pernah berlaku, mereka berdua diarah menunggu.

Dickson amat gemar jika benteng yang dihadapi jenis menunggu bukan memotong awal gaya Azizi. Persaingan Marlon dan Dickson akhirnya menjadi darjat level yang berbeza kerana gaya taktikal bertahan yang berlainan diterapkan oleh dua coach yang sama hebat, tetapi seorang dari mereka bernasib malang.

Irwan Fadli Idrus yang dulunya seorang bek flank kembali bermain diposisi lamanya menggantikan tempat Afizzie. Agak kekok untuk membuat Over-Lapping.

Antara kelemahan taktikal yang saya sebut sebenarnya kecemerlangan idea oleh Sathia tetapi gagal dimanfaatkan kerana faktor utama ialah disiplin.

Kebebasan pada pemain ATM diberikan seluasnya untuk mencorak gerakan tetapi disiplin penuh kesabaran yang matang digayakan oleh Bojan kepada anak buahnya sangat berhasil, paling tidak kita tidak nampak Kelantan sebagai bertahan di Selayang.

Ini gaya juara yang komposisinya tidak terhad kepada fokus semata-mata tapi menerapkan disiplin yang kuat dengan mengenali seorang demi seorang profil lawan diatas padang untuk menghidu kelemahan dan menanti peluang.

Akhirnya saya pergi kepada kekurangan ATM yang terakhir, ini semua kita boleh nampak. Hairuddin dan Marlon yang termangu dengan gerakan diluar box yang dipotong serta dirantai lebih awal sebelum mampu membuat apa-apa, sebelum boleh berfikir mengenai idea untuk meletakkan bola ke gawang mereka berdua dikerah untuk berfikir bagaimana mahu menembusi benteng seakan lilitan rantai besi yang dipegang seperti jala oleh Azizi, Shakir dan Obinna.

Gol mereka yang terhasil pun hanya kerana menambah sengat dilaluan tengah dengan memanggil Flanker mereka Christie masuk melalui tengah dan merembat cepat, kalau tidak tiada jasa langsung Hairuddin dan Marlon.

Tanpa mahu memperlekeh, saya rasa jika Marlon itu bukan Import luar biasa, pasti Nizaruddin akan masuk menggantikannya. Hairuddin pula tak akan mengajak Shakir ke restorannya lagi kerana geram beliau seakan dirantai oleh Makelele semalam.

Penutup musim yang hampir sempurna untuk penggerak serangan Kelantan. Indra-Piya-Norfarhan melakukan apperantis paling berkesan antara satu sama lain. Kalau kita tak rindukan salah seorang dari mereka kelak, kita akan ingat mereka seperti Hashim Mustapha-Marco Kraljevic-Micheal Roki.

Dickson hadir ketika mereka bertiga ini dikemuncak prestasi, ibarat sudah tidur bertindih lengan disorong lagi bantal sebagai pelapik. Walaupun tidak sesempurna gerakan menyerang bertubi-tubi tetapi aspek disiplin yang ditekankan tidak mengganggu kelancaran gerakan berantai.

Piya sedikit lemas kerana malam itu Bojan tidak memasang pemain sayap di Wide Angle, taktikal 4-1-3-2 tanpa flanker kerana Indra dan Piya berada diatas sedikit dari Zairo manakala Farhan dan Dickson tidak membuka ketepi malah lebih menguncup ketengah. Siapa lagi yang rindukan gerakan tepi Matyo atau Roya? Nobody.

Bojan juga mengarahkan Fullback kiri dan kanan jangan naik tinggi pertama kali kita tengok Zairul bermain betul-betul bertahan, Christie dirantainya dalam takungan lopak air disisi kiri separuh masa pertama, agak berjaya kerana satu aspek yang penting, iaitu disiplin santai.

Meminimakan kesilapan terlepas bola, saya rasa kalau fitness seperti sebelum cedera panjang dahulu kembali, Zairul yang dikenali sebagai Roypy ini mampu menjaga posisi bek kiri miliknya dari dirampas kembali oleh Adik Mat.

Pemain pertama yang disunting kembali dari Kedah ketika era kegemilangannya adalah pemain pertama diambil oleh Tan Sri Annuar selepas hari pertama menjawat tugasan sebagai Presiden KAFA, dalam keadaan percaturan pemancingan serba kelam kabut, Roypy dan Matchah kembali ke pangkuan Kelantan sebagai First signing of the season.

Selepas melihat ulangan perlawanan, saya amat kagum dengan Paan. Selepas terlepas 5-6 kali peluang keemasan, saya lihat wajah nya tidak runsing dan semangat berkobar tak pernah luruh dan sikapnya yang saya anggap paling memahami kehendak coach, beliau boleh berterima kasih kerana beliau dan Bojan ada sikap saling mempercayai antara satu sama lain.

Satu yang fans kena faham, kelibat beliau yang tidak bermain sebagai wide man kanan seperti biasa, beliau berganding dengan Dickson untuk sama-sama berlari mengejar bola Counter Attack yang perlu dilakukan seberapa segera dalam kemungkinan tidak boleh berfikir terlalu lama, merencatkan sedikit kehebatan Mr Ben10.

Kebanyakan pemain wide biasa nya berlari dan mempunyai banyak masa untuk berfikir apa decision yang perlu dipilih. Kali ini dia dan Dickson perlu menyegerakan tindakan, sehingga 2-3 kali kita lihat Dickson pun terburu-buru untuk membuat percubaan.

Salah satu sebab kenapa penyudah perlu disegerakan, ialah kerana setiap kali gerakan mengejut disambar dari tengah, penyerang lain tidak boleh mengekori dibelakang untuk menerima umpanan Cut Back yang tak akan berlaku, kedisiplinan menunggu ditengah kerana untuk mengelak serangan balas dibalas dengan serangan balas kembali.

Kalau itu berlaku ATM boleh menjadi segarang Bayern Munich yang kerap berbuat sebegitu. Dalam gerombolan gerakan berdisiplin ini hanya Piya diberikan sedikit kebebasan untuk membentuk gaya peribadi beliau iaitu hantaran ‘Gelembong Boya’ nya masih boleh dilakukan.

Namun yang kurang sengatnya, kerana tiada Wide Man maka bola hantaran lambung silang ketepi yang memerlukan ruang luas di Wide, Piya menjadi sedikit lost, apalagi beliau kerap kalah bertarung fizikal dengan Shukor dan pemain lawan yang lain.

Sepatutnya semalam Sathia banyak berharap pada Bek Flank beliau untuk memulakan gerakan dari bawah, tetapi kerana kesibukan terpaksa menjaga orang besi ditengah, Rueben dan Irwan banyak masuk ketengah lalu Bruno dan Affizie terpaksa bekerja dari bawah. Ini sebenarnya kunci kepada kemenangan Kelantan. 30 minit terakhir, Bruno sudah berjalan kaki.

Habis sudah kudrat yang dipasang kuda-kuda dari awal melompat laju. Affizie tenggelam saiznya terpana menyaksikan pemain seusia pakciknya iaitu Indra lebih bertenaga hingga kehujung perlawanan berbanding dirinya yang masih hijau.

Melihat Farhan tidak kecewa banyak ledakannya tersekat, Bojan menuntut gerakan lebih laju dari penyerang, Dickson yang banyak kali kecewa, kerap dipanggil ketepi padang untuk Bojan sampaikan hasratnya bermain disiplin yang terikat pada sesuatu tugas.

Lagi kesilapan akhir saya hidu dari Sathia, Saya minta maaf pada penyokong ATM atas artikel ini terutama Zaki yang saya kenali. Saya tak gunakan artikel ini untuk membaham ATM as tactically wrong, tapi tidak bernasib baik dan Kelantan yang tidak bermain Attacking mahupun Defensive tetapi disiplin gaya Bojan.

Taktik beliau hampir sama ketika melawan taktikal Azmi Mohamed di Larkin, tapi ketika itu benteng TRW seperti terkena panahan asmara, mabuk laut dan hilang daya kelakian. Kali ini Azizi yang dikaji karektor nya sebenar-benar oleh Bojan, membuatkan Marlon beberapa kali mengeluh.

Saya tak nampak kehebatan Obinna kerana betapa bersinarnya mutu permainan Azizi yang diletakkan sedikit depan dari garisan Obinna.

Azizi tidak menunggu untuk menerima kehadiran Marlon tetapi merapatiny setiap kali dia datang, Marking tidak lah kemas tapi pemain yang mempunyai langkah yang luas, gemar melakukan rampasan bola secara Robust dengan kelebihan langkah luas beliau, saya tidak lagi membebel kepada Matrem.

Kesilapan Fitri Omar yang terpaksa kembali bermain sebagai Bek Kiri selepas Norfazly dikeluarkan akubat kecederaan, ATM sudah tidak melakukan Crossing lagi, yang mana Marlon sendiri meminta gaya Crossing dikurangkan.

Mereka lebih fokus pada gerakan tengah, mengharap Hairuddin berubah semakin menjauhi Shakir, tapi itu tak berjaya. Mr.8 bermain cemerlang hingga ke saat terakhir.

Disiplinya Shakir ini tidak akan kita ketemui dalam diri Zairo Anuar apabila Shakir meninggalkan kita kelak. Bukan merendahkan keupayaan Zairo tapi gaya mereka berbeza, pembacaan teknik coach dan percaturan posisi Shakir lebih hebat.

bojan-hodak-kelantan

Zairo ada kelebihan lain. Walaupun gol Farhan hadir hasil kesilapan benteng lawan, tetapi untuk berkedudukan seri satu sama melawan Sathia di Selayang sudah satu kehebatan. Gol itu lebih kepada bonus tetapi dalam persaingan timbal balik tiada istilah gol bonus.

Pada saya, Sathia merupakan coach yang sangat dikagumi. Saya rasa Kelantan akan terima tentangan hebat di Kota Bharu dan Sathia satu-satunya coach yang menerapkan taktikal Attacking All Out di SSMIV. Hasilnya lebur rekod kekeramatan This Is Kota Bharu tempohari.

Datang dan hiburkan kami lagi dengan gaya taktikal Attacking All Out anda Sathia, kedai Popia Stadium menanti kunjungan anda, KTC yang anda pernah menginap sudah tentu anda rindukan.

Secara peribadi saya akan anggap Kekalahan pada anda adalah satu kepuasan. Walaupun saya tak akan mendoakan perkara begitu, bak kata Repvblik, ku terima walau sakit hati. Sekian.

 

Rujukan : http://kelate.net/wajib-baca-ulasan-ini-atm-12-kelantan/

 

0 1200

atm-vs-kelantan-oktober-2013

Kelantan menang tipis 2-1 menentang ATM di Stadium Selayang pada 18 Oktober 2013 pada peringkat separuh akhir piala Malaysia 2013. Kemenangan penuh bermakna ini adalah untuk buat bekalan Kelantan pada perlawanan kedua nanti di Stadium Sultan Mohammad IV nanti pada 25 Oktober 2013 nanti.

 

Gol 1 Kelantan

 

Gol ke 2 Kelantan jaringan Norfarhan

 

 

Gol ATM

0 839

 

atm-vs-kelantan-oktober-2013

Kuala Lumpur: Kehangatan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Tentera menentang Kelantan di Stadium Selayang kian dirasai dan penyokong kedua-dua pasukan yang tidak mahu terlepas menyaksikan aksi getir itu boleh mendapatkan tiket masing-masing yang mula dijual mulai jam 9 pagi esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, sebanyak 10,400 tiket akan dijual dengan sejumlah 3,000 tiket diperuntukkan kepada penyokong Tentera manakala bakinya dijual kepada masyarakat umum termasuk penyokong Kelantan.

Tiket bagi penyokong Tentera akan dijual di markas-markas Tentera sekitar Lembah Klang pada hari dan masa yang sama” Zulkifeli Mohd Zin, Presiden PBAT

“Jualan tiket bermula 9 pagi Jumaat ini di Stadium MP Selayang manakala tiket bagi penyokong Tentera akan dijual di markas-markas Tentera sekitar Lembah Klang pada hari dan masa yang sama,” katanya pada sidang media semalam.

Zulkifeli, yang juga Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berkata anggota tentera tidak dibenarkan membeli tiket yang diperuntukkan kepada masyarakat umum di stadium perlawanan.

Harga tiket untuk tempat duduk biasa dan grandstand masing-masing ditetapkan pada RM20 dan RM30.

Skrin gergasi

“Bagi mereka yang tidak sempat membeli tiket, kita akan sediakan dua skrin gergasi di sekitar stadium untuk membolehkan mereka mengikuti perlawanan itu,” kata Zulkifeli.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata kira-kira 1,000 anggota polis akan mengawal keselamatan di samping memastikan keadaan trafik terkawal.

“Kita minta semua penyokong yang hadir supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa termasuk tidak membawa sebarang bahan larangan seperti mercun dan suar,” katanya.

0 1139

Daniel Guiza, 32, tiba ke Johor Bahru, kelmarin menyatakan hasrat untuk muncul penjaring terbanyak Liga M musim depan sekali gus memburu Kasut Emas tatkala ingin mengulangi pencapaian ketika musim 2008 bersama Real Mallorca dalam saingan La Liga apabila meledak 27 gol daripada 37 perlawanan.

 

 

Menurut  Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim, “Saya mengesahkan Guiza sah milik Johor dan akan membuat penampilan pada saingan Liga Super dan bersama skuad bimbingan Fandi Ahmad menjalani latihan selepas sambutan Hari Krismas bulan depan. Buat masa ini beliau berada di Johor Bahru dalam tempoh dua atau tiga hari.

 

 

 

“Kita juga akan menilai prestasi Guiza dan jika beliau menunjukkan taring tidak mustahil Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan membeli kontrak pemain itu dari kelab Getafe CF dengan nilai pasaran terkini memandangkan beliau adalah pemain import termahal di Liga M musim depan,” katanya

 

 

0 1165

Mat Yo pasti ke Johor 2013 ? APAKAH Johor bakal muncul pasukan yang memiliki peledak berbisa gandingan Daniel Gonzales Guiza dan Norshahrul Idlan Talaha dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Persoalan sama ada pemain paling bernilai Liga M 2012, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bakal beraksi untuk Johor atau sebaliknya terus menjadi tanda tanya tatkala masih belum ada keputusan dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berhubung perpindahannya ke skuad Harimau Selatan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menjelaskan kontrak pemain bola sepak tempatan boleh ditamatkan secara sebelah pihak, sama ada oleh pemain atau pasukan mengikut peraturan yang tertera dalam Kontrak Pemain Bola Sepak.

Badan induk bola sepak negara itu menerusi satu kenyataan menjelaskan, mengikut Perkara 8.5 dan 8.6 kontrak terbabit, perkara itu boleh dilakukan dengan syarat pihak yang membatalkan kontrak hendaklah membayar ganti rugi keseluruhan baki nilai kontrak kepada pihak kedua.

“Pemain boleh memohon menamatkan kontrak secara sebelah pihak dan pasukan berhak mendapat ganti rugi menyeluruh baki nilai kontrak itu. Contohnya, jika jumlah baki kontrak adalah 12 bulan dan jumlah gaji pemain RM10,000 sebulan, pasukan berhak mendapat ganti rugi RM120,000,” menurut kenyataan itu
Selepas Guiza yang beraksi untuk kelab Getafe CF dalam saingan La Liga sah milik Johor selepas menandatangani kontrak selama semusim secara pinjaman kini harapan menggunung terletak kepada keputusan Mat Yo yang perlu menyelesaikan segala kemelut berhubung kontraknya bersama Kafa.

 

“Kita sudah menghantar surat tawaran kedua kepada Kafa, kini hanya menunggu maklum balas persatuan itu. Harapan kami urusan perpindahan Mat Yo lancar.

 

barisan kemungkinan JOHOR 2013

“Saya mengesahkan Guiza sah milik Johor dan akan membuat penampilan pada saingan Liga Super dan bersama skuad bimbingan Fandi Ahmad menjalani latihan selepas sambutan Hari Krismas bulan depan. Buat masa ini beliau berada di Johor Bahru dalam tempoh dua atau tiga hari.
“Kita juga akan menilai prestasi Guiza dan jika beliau menunjukkan taring tidak mustahil Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan membeli kontrak pemain itu dari kelab Getafe CF dengan nilai pasaran terkini memandangkan beliau adalah pemain import termahal di Liga M musim depan,” kata Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim.

 

 

Guiza, 32, tiba ke Johor Bahru, kelmarin menyatakan hasrat untuk muncul penjaring terbanyak Liga M musim depan sekali gus memburu Kasut Emas tatkala ingin mengulangi pencapaian ketika musim 2008 bersama Real Mallorca dalam saingan La Liga apabila meledak 27 gol daripada 37 perlawanan.
Skuad Harimau Selatan kini sudah mengikat kembar Mohd Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abd Radzak, Azmi Muslim serta Muslim Ahmad dan bakal memeterai perjanjian bersama kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim dan Nurul Azwan Roya yang kini dalam proses perbincangan terakhir.

 

Sementara itu, Muslim berharap perpindahannya ke skuad Harimau Selatan bakal beri cabaran baru dan kembali meningkatkan prestasi dalam usaha memikat hati ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal untuk disenarai semula dalam skuad kebangsaan selepas tidak terpilih menghadapi Piala AFF Suzuki bermula bulan ini.

“Ada satu lagi peluang untuk saya kembali beraksi bersama skuad kebangsaan iaitu saingan kelayakan Piala Asia dan saya akan buktikan kepada jurulatih masih mampu beri sumbangan kepada pasukan negara dan keputusan memilih Johor adalah tepat bagi meningkat mutu permainan,” kata Muslim.

 

 

0 1782
Neelefo peminat setia RedWarrior

Perlawanan yang wajib disaksikan tahun 2012. Perlawanan paling hebat 2012. Pertembungan dua juara. Juara Liga Super menentang  Juara Liga Perdana.

ATM VS KELANTAN
20 OKTOBER 2012 : 8.45 MALAM
STADIUM SHAH ALAM

SIARAN LANGSUNG DI ASTRO ARENA & RTM…

Live Streaming Kelantan vs ATM

 

Gambar Menarik Sempena Final Piala Malaysia 2012 :


Neelofa peminat Redwarrior

 

STADIUM SHAH ALAM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

dari kelantan ke stadium shah alam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5 2268

Jaringan gol Piya pada minit-minit terakhir menceriakan ribuan penyokong Kelantan. Biasanya Piya akan buat macam-macam aksi bila dapat jaringkan gol. Tapi yang ini lain sedikit, Selepas menjaringkan gol, Piya lantas buka baju dan tayangkan tulisan pada bajunya itu, Ajihs Nasi Lemak 80 sen. Terus kena kad kuning.. haha

 

 

 

Aksi Piya itu mengundang persoalan ramai pihak terutama penyokong Kelantan.. Apa kaitan Piya dan Ajihs Nasi Lemak 80 sen tue.. Ada yang kata, Ajihs Nasi Lemak 80 sen ni kedai milik bapa Piya. Lokasinya pula terletak di kawasan Guchil Bayam, menuju ke Kubang Kerian. Betul ke? kalau betul mesti ramai la orang berduyun-duyun datang ke kedai nasi lemak Ajihs tue.. dan yang penting.. murah aje tu 80 sen aje.

 

Siputhijau – Jom kita g ke Ajihs Nasi Lemak 80 sen

– kita layan gol Piya pada Separuh Akhir kedua Piala Malaysia

0 665

Perlawanan yang dinantikan oleh semua peminat Selangor dan Kelantan. Selangor ingin mencapai hajat misi 33 mereka yang sejak 2 3 tahun lepas tidak tercapai. Kelantan pula ingin memastikan semua piala dan kejuaraan liga disapubersih musim ini. Kelantan mempunyai bekalan 1 gol semasa perlawanan pertama di Kelantan. Selangor pasti bekerja keras untuk memastikan kemenangan di pihak mereka.  Umpama perlawanan akhir Stadium Shah Alam pasti dipenuhi penyokong kedua-dua pasukan.

 

Jumaat 12/10/2012
Selangor vs Kelantan
Stadium Shah Alam, 8:45 malam
~~>> Live Streaming di sini <<~~

~~>> Live Streaming di sini <<~~

Latest Articles

0 775
Kampung baru adalah satu – satunya kawasan perumahan lama yang terletak ditengah – tengah bandar Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan KLCC. Disini dapat...