Tags Posts tagged with "Johor"

Johor

0 21285

Di Johor, Malaysia mempunyai pelbagai aktiviti yang luar biasa dan menarik. Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan di Johor, dan anak-anak tidak pernah bosan apabila bercuti mana-mana sahaja di selatan semenanjung Malaysia. Bagi pasangan muda, single dan baru berkahwin, Johor menawarkan kehidupan malam yang menarik dan pelbagai dan dianggap sebagai salah satu ibu masakan Malaysia.

Antara 5 tempat terbaik untuk bermandi-manda di Johor.

1. Air Papan Beach Resort


-Air Papan Beach Resort yang terletak kira-kira 12 km sebelah utara dari Mersing telah lama dikenali sebagai salah satu resort yang cukup menarik untuk dilawati di kalangan pengunjung tempatan dan antarabangsa. Pantai-pantai pasir putih yang bersih dan udara segar sering dipilih sebagai destinasi percutian untuk keluarga setiap hujung minggu.

 

2.Batu Layar

-Johor yang tidak asing dengan tempat percutian yang menarik sekali lagi menwarkan tempat percutian yang indah dan menenangkan untuk seise keluarga, rakan-rakan mahupun seorang diri. Batu Layar menawarkan pengalaman yang memuaskan kepada pencinta alam kerana panorama indah yang ditawarkan.

3.Desaru

“Desaru” bermaksud “Village Of Casuarinas” atau tapak tangan. Perkataan malay “Desa” yang bermaksud kampung dan “Ru” adalah nama tempatan untuk Casuarinas. Walaupun Desaru mungkin tidak sebagai terpencil kerana ia digunakan untuk menjadi, atau yang tidak berpenduduk, masih ada sifat murni yang belum terjamah dan jelas tentang tempat itu. Lokasinya 88 kilometre dari Johor Bahru.

Hotel murah melalui siputhijau.com agoda diskaun sehingga 60%. Klik disini untuk lihat senarai hotel di sekitar Desaru 

 

4.Legoland

LEGOLAND Malaysia Resort juga menjanjikan pengalaman yang menarik di  Taman Tema Air dan Hotel di lokasi bertemakan LEGO. Ia adalah destinasi percutian keluarga dengan lebih daripada 2 juta pengunjung setiap tahun. Terletak di Nusajaya, Johor.

Dapatkan hotel murah melalui Agoda di Siputhijau.com. Diskaun sehingga 60%. Klik disini

5. Kolam Air Panas Labis

Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil di dalam daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena kolam air panas yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang (jangan keliru dengan Tenang Stesen, salah satu pekan lain di dalam daerah Segamat juga).

Hotel sekitar Segamat diskaun sehingga 65% melalui blog ini sahaja. Klik disini.

0 1259
Johor-tile

B8sDe8LCAAAvprK
Johor Bahru: Jaringan pemain gantian S Chanturu pada babak pertama masa tambahan memastikan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) melangkah ke pusingan kedua selepas Johor menewaskan Bengaluru FC 2-1 pada saingan kelayakan pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 di Stadium Larkin malam tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan dan Chanturu ibarat ‘wira tidak berdendang’ apabila jaringannya memastikan skuad Harimau Selatan meneruskan perjuangan dengan berdepan Bangkok Glass FC di Bangkok, 10 Februari ini.

Tanpa kelibat Jorge Pereyra Diaz yang diletak sebagai simpanan, ketua jurulatih Johor DT Bojan Hodak membuat rombakan apabila mempertaruhkan kelibat pemain tempatan menggempur benteng juara Liga India (Liga-I) itu dengan formasi 4-2-3-1.

Percubaan awal skuad Harimau Selatan nyaris menghadiahkan gol sendiri pada minit ketujuh selepas pertahanan pasukan pelawat nyaris tertanduk ke gawang mereka ketika cuba mengeluarkan bola daripada keadaan berbahaya di dalam kotak penalti, berpunca daripada sepakan percuma Nazrin Nawi.

Kapten Johor DT Safiq Rahim seharusnya mampu mencipta jaringan gol pada minit ke-32 selepas menerima umpanan Amirul Hadi Zainal namun sepakan lencongnya hanya sekadar sipi dari gawang gol.

Kemasukan Diaz pada babak kedua menggantikan Amirul Hadi nyata mempertajamkan barisan serangan yang tampak kurang berkesan, sekali gus menguatkan kembali serangan Harimau Selatan.

Johor DT tidak menunggu lama untuk meleraikan kebuntuan jaringan apabila pada minit ke-46 bola sepakan sudut Nazrin tepat kepada Hariss Harun yang tidak dikawal dan pemain itu mudah menanduk masuk menewaskan penjaga gol Bengaluru Lalthuammawia Ralte.

Pelawat yang tertekan dengan jaringan tunggal itu mula mengasak ke kubu tuan rumah namun benteng pertahanan diterajui Marcos Antonio dan Junior Eldstal tampak sukar ditembusi.

Namun berbaki satu minit untuk tamat pasukan pelawat berjaya mencipta gol penyamaan selepas bola sepakan sudut kapten Sunil Chhetri melencong tepat menerjah jaring menewaskan penjaga gol Mohd Farizal Marlias untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Bagaimanapun jaringan Chanturu pada minit ke-97 menyebabkan Sorakan Larkin kembali bergema dan Johor DT terus bertahan untuk kemenangan 2-1 sekali gus memastikan tiket ke pusingan kedua.

Sumber – Metro

larkin01.transformed

0 1864

Tarikh-Perlawanan-Piala-Sumbangsih-2015


Perlawanan sumbangsih atau dikenali juga sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, merupakan perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim Liga Malaysia.

AK1_0723

 

Pada tahun lepas ke dua dua pasukan ini telah bertungkus lumus untuk mengumpul setiap piala yang di tandingkan.

Pada tahun ini Pasukan Johor telah pun berjaya menjulang piala Subangsih pada tahun 2015 dengan menewaskan Pahang sebanyaak 2-0. Kedua-dua pasukan telah pun menunjukan permainan yang cantik. Kesebelasan Utama pasukan.

Johor DT first XI: Farizal, Marcos, Safiq (C), Diaz, Kunalan, Hariss, Shakir, Mahali, Figueroa, Junior, Fadhli.

Pahang first XI: K.Azhan, Razman, Zesh, Damion, Shahrizan, Azidan, Hafiz, Gopinathan, Fauzi, Matias, Dickson.

Juara Piala Subangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015

Pada separuh masa pertama corak permainan lebih kepada pasukan JDT, JDT menunjukan corak permaian yang berbeza pada tahun ini berbanding tahun lepas, kawalan bola dari setiap pemain sunguh cantik selain itu pergerakan meneyerang JDT lebih teratur. Pahang kelihatan sedikit gopoh dan teragak agak untuk melakukan serangan, dengan kelemahan yang di tunjukkan oleh pasukan Pahanag, JDT melakukan serangan bertali arus. Pada minit ke-35 JDT  mendahului dengan hasil tandukan Marcos Antonio.

Pada separuh masa kedua. Pahang telah menunjukkan corak permainan yang berbeza, serangan bertukar ganti,  namun masih tiada penyudah untuk pahang. JDT pula menjaringkan gol ke-2 melalui tandukan Luciano Figueroa daripada sepekan penjuru. JDT 2-0 Pahang. Pada minit minit terakhir Pahang masih lagi menunjukkan pemainan yang matang dan bersungguh-sungguh.

Johor-tile

Masa tamat: JDT menjuarai Piala Sumbangsih 2015 menewaskan Pahang dengan jaringan 2-0. Tahniah pasukan JDT!

B8sDe8LCAAAvprK

Comment daripada para pemnat bola tanah air.

Juara Piala Subangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015
JDT

Tahniah JDT.

0 2593

Liga Super Malaysia bagi musim 2015 edisi yang ke-12.

Pada tahun ini, Setiap pasukan akan menunjukkan belang dan bisa pasukan masing masing, Sesetengah pasukan telah pun melabur kewangan mereka untuk mendapat kan pemain pemain handalan dan sesuai bersama pasukan mereka.

Pada tahun ini lebih mengujakan dengan kehadiran 3 pasukan iaitu, PDRM, SERAWAK dan SIME DERBY.
kehadiran ketiga-tiga pasukan ini sudah pasti akan memberikan impak yang besar kepada penyokong-penyokong bola tanah air, terutamnya dari pasukan DPRM yang menunjukkan prestasinya membangakan pada tahun lepas.

Pautan sumber : http://www.mysumber.com/jadual-perlawanan-dan-kedudukan-carta-liga-super-2013.html#ixzz3OmvVJ212

Jadual kedudukan liga super piala Malaysia

Didalam carta liga di atas terdapat dua belas pasukan bertanding iaitu enam pasukan negeri, lima pasukan dari kelab dan satu pasukan wakil dari Singapura.

PERLAWANAN YANG PERTAMA.

jadual-liga-super

Perlawanan yang pertama sudah mendebarkan untuk penyokong mahupun pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Pahang. Perlawanan ini akan menentukan siapa yang lebih layak memperolehi  3 mata penuh atau mereka hanya sekadar mampu berkongsi 1 mata.

0 1219

Daniel Guiza, 32, tiba ke Johor Bahru, kelmarin menyatakan hasrat untuk muncul penjaring terbanyak Liga M musim depan sekali gus memburu Kasut Emas tatkala ingin mengulangi pencapaian ketika musim 2008 bersama Real Mallorca dalam saingan La Liga apabila meledak 27 gol daripada 37 perlawanan.

 

 

Menurut  Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim, “Saya mengesahkan Guiza sah milik Johor dan akan membuat penampilan pada saingan Liga Super dan bersama skuad bimbingan Fandi Ahmad menjalani latihan selepas sambutan Hari Krismas bulan depan. Buat masa ini beliau berada di Johor Bahru dalam tempoh dua atau tiga hari.

 

 

 

“Kita juga akan menilai prestasi Guiza dan jika beliau menunjukkan taring tidak mustahil Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan membeli kontrak pemain itu dari kelab Getafe CF dengan nilai pasaran terkini memandangkan beliau adalah pemain import termahal di Liga M musim depan,” katanya

 

 

0 1249

Mat Yo pasti ke Johor 2013 ? APAKAH Johor bakal muncul pasukan yang memiliki peledak berbisa gandingan Daniel Gonzales Guiza dan Norshahrul Idlan Talaha dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Persoalan sama ada pemain paling bernilai Liga M 2012, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo bakal beraksi untuk Johor atau sebaliknya terus menjadi tanda tanya tatkala masih belum ada keputusan dari Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berhubung perpindahannya ke skuad Harimau Selatan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam menjelaskan kontrak pemain bola sepak tempatan boleh ditamatkan secara sebelah pihak, sama ada oleh pemain atau pasukan mengikut peraturan yang tertera dalam Kontrak Pemain Bola Sepak.

Badan induk bola sepak negara itu menerusi satu kenyataan menjelaskan, mengikut Perkara 8.5 dan 8.6 kontrak terbabit, perkara itu boleh dilakukan dengan syarat pihak yang membatalkan kontrak hendaklah membayar ganti rugi keseluruhan baki nilai kontrak kepada pihak kedua.

“Pemain boleh memohon menamatkan kontrak secara sebelah pihak dan pasukan berhak mendapat ganti rugi menyeluruh baki nilai kontrak itu. Contohnya, jika jumlah baki kontrak adalah 12 bulan dan jumlah gaji pemain RM10,000 sebulan, pasukan berhak mendapat ganti rugi RM120,000,” menurut kenyataan itu
Selepas Guiza yang beraksi untuk kelab Getafe CF dalam saingan La Liga sah milik Johor selepas menandatangani kontrak selama semusim secara pinjaman kini harapan menggunung terletak kepada keputusan Mat Yo yang perlu menyelesaikan segala kemelut berhubung kontraknya bersama Kafa.

 

“Kita sudah menghantar surat tawaran kedua kepada Kafa, kini hanya menunggu maklum balas persatuan itu. Harapan kami urusan perpindahan Mat Yo lancar.

 

barisan kemungkinan JOHOR 2013

“Saya mengesahkan Guiza sah milik Johor dan akan membuat penampilan pada saingan Liga Super dan bersama skuad bimbingan Fandi Ahmad menjalani latihan selepas sambutan Hari Krismas bulan depan. Buat masa ini beliau berada di Johor Bahru dalam tempoh dua atau tiga hari.
“Kita juga akan menilai prestasi Guiza dan jika beliau menunjukkan taring tidak mustahil Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) akan membeli kontrak pemain itu dari kelab Getafe CF dengan nilai pasaran terkini memandangkan beliau adalah pemain import termahal di Liga M musim depan,” kata Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim.

 

 

Guiza, 32, tiba ke Johor Bahru, kelmarin menyatakan hasrat untuk muncul penjaring terbanyak Liga M musim depan sekali gus memburu Kasut Emas tatkala ingin mengulangi pencapaian ketika musim 2008 bersama Real Mallorca dalam saingan La Liga apabila meledak 27 gol daripada 37 perlawanan.
Skuad Harimau Selatan kini sudah mengikat kembar Mohd Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abd Radzak, Azmi Muslim serta Muslim Ahmad dan bakal memeterai perjanjian bersama kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim dan Nurul Azwan Roya yang kini dalam proses perbincangan terakhir.

 

Sementara itu, Muslim berharap perpindahannya ke skuad Harimau Selatan bakal beri cabaran baru dan kembali meningkatkan prestasi dalam usaha memikat hati ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal untuk disenarai semula dalam skuad kebangsaan selepas tidak terpilih menghadapi Piala AFF Suzuki bermula bulan ini.

“Ada satu lagi peluang untuk saya kembali beraksi bersama skuad kebangsaan iaitu saingan kelayakan Piala Asia dan saya akan buktikan kepada jurulatih masih mampu beri sumbangan kepada pasukan negara dan keputusan memilih Johor adalah tepat bagi meningkat mutu permainan,” kata Muslim.

 

 

0 896

 

Johor berjaya membenam PKNS 2:0 tetapi masih tersingkir di saingan Piala Malaysia 2012. Ini disebabkan Johor berada di tangga ke 3 dibelakang Johor FC dan Lion XII. Berikut adalah video kejayaan mereka

 

 

Siputhijau – Tahniah Tengku Mahkota Johor kerana telah memberi semangat baru kepada pasukan Johor

0 960

Berikut adalah keputusan perlawanan pada malam 22/08/2012. Keputusan yang agak mengejutkan. Beberapa nama besar kalah dengan pasukan underdog. Seperti biasa perlawanan antara Terengganu dan Kelantan berlangsung penuh dengan kontroversi dengan 1 kad merah telah dilayangkan kepada Daud Su kerana mengutup 2 kad kuning. Kelantan tewas di bumi terengganu 2 – 0. Begitu juga dengan Selangor tewas di tangan Sarawak 1 -2 . Selangor yang dikatakan mudah menjinakkan sarawak sebaliknya tewas dengan taktikal sarawak.

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan;

 

Keputusan perlawanan malam ini 22/08/2012  masih lagi tidak menjamin mana-mana pasukan untuk ke separuh akhir. Ada beberapa perlawanan lagi harus ditempuh dan perlawanan terdekat adalah pada sabtu 25/08/2012. Marilah kita beramai-ramai ke stadium untuk menyokong pasukan kegemaran anda.

Sedutan Video Perlawanan Piala Malaysia akan disiarkan sedikit masa lagi.

SiputHijau – Nasib baik perak seri malam ni.. teringin nak tgk bagaimana Coach dari Korea Selatan mengolah pasukan Perak.

Latest Articles

0 184
Assalamualaikum.. baru-baru ini ada jumpa Doktor sebab tak berapa sihat, doktor pesan kolestrol dalam darah tinggi.. sebab mungkin banyak makan makanan berminyak .. memang...