Tags Posts tagged with "Jdt"

Jdt

0 806

13103371_617045758458727_2897790324770027614_n-696x463

Piala FA perlawanan suku akhir antara Johor DT dan Kedah bermula dengan suasana yang hangat di Stadium Larkin, kali ini kelebihan lebih berpihak kepada Johor DT walaupun sukar kerana memandangkan Kedah mempunyai kelebihan daripada perlawanan pertama.

Pada minit awal lagi JDT telah memberikan tekanan kepada barisan pertahanan Kedah. Serangan demi serangan bertubi-tubi melalui Jorge Diaz, Azinee Taib, Syafiq Rahim dan juga Lucero. Namun setiap serangan masih dapat di kawal oleh benting pertahanan.

Tetapi pada minit ke-23, Jorge Diaz, berjaya menjaringkan gol dengan mudah akibat dari kesilapan pemain kedah sendiri. Perebutan bol menyebabkan gawang terhidang luas dengan tenang Diaz berjaya menjadikan kedudukan 1-0 dan 2-2 secara agregat.

Selepas jaringan Diaz, Kedah kelihatan semakin hilang tempo perlawanan, Kedah lebih banyak bertahan. JDT berjaya menguasai padang dengan rentak yang lebih baik, hantaran demi hantaran, percubaan demi percubaan berjaya di hasilkan. Tamat separuh masa pertama dengan jaringan 1-0.

i

Kedah bermula separuh masa kedua, dengan rentak yang agak baik, mereka berjaya mengawal bahagian tengah dengan lebih yakin berbanding pada separuh masa pertama.

Walaupun Kedah mewujudkan banyak peluang pada separuh masa kedua, namun tidak dapat mencari sentuhan jaringan, semasa Kedah sibuk mencari jaringan penyamaan JDT berjaya melakukan serangan balas, serangan bermula daripada Diaz di sebelah kiri. Diaz berjaya meloloskan diri masuk ke dalam kotak penalti dan melakukan hantaran kepada Lucero, hantaran dengan mudah meletakkan JDT di hadapan 2-0.

Johor kembali yakin mendominasi permainan, Kedah berjaya merapatkan jurang jaringan melalui gerakan sola Fakri Saarani. Kedudukan 2-1 dengan agreget 4-3

Sebelum tamat perlawanan Diaz berjaya menjaringkan gol kemenangan, dengan agreget 4-3.

Perlawanan Tamat JDT 3(4) 1(3)

 

0 17911

Di Johor, Malaysia mempunyai pelbagai aktiviti yang luar biasa dan menarik. Terdapat banyak aktiviti yang dapat dilakukan di Johor, dan anak-anak tidak pernah bosan apabila bercuti mana-mana sahaja di selatan semenanjung Malaysia. Bagi pasangan muda, single dan baru berkahwin, Johor menawarkan kehidupan malam yang menarik dan pelbagai dan dianggap sebagai salah satu ibu masakan Malaysia.

Antara 5 tempat terbaik untuk bermandi-manda di Johor.

1. Air Papan Beach Resort


-Air Papan Beach Resort yang terletak kira-kira 12 km sebelah utara dari Mersing telah lama dikenali sebagai salah satu resort yang cukup menarik untuk dilawati di kalangan pengunjung tempatan dan antarabangsa. Pantai-pantai pasir putih yang bersih dan udara segar sering dipilih sebagai destinasi percutian untuk keluarga setiap hujung minggu.

 

2.Batu Layar

-Johor yang tidak asing dengan tempat percutian yang menarik sekali lagi menwarkan tempat percutian yang indah dan menenangkan untuk seise keluarga, rakan-rakan mahupun seorang diri. Batu Layar menawarkan pengalaman yang memuaskan kepada pencinta alam kerana panorama indah yang ditawarkan.

3.Desaru

“Desaru” bermaksud “Village Of Casuarinas” atau tapak tangan. Perkataan malay “Desa” yang bermaksud kampung dan “Ru” adalah nama tempatan untuk Casuarinas. Walaupun Desaru mungkin tidak sebagai terpencil kerana ia digunakan untuk menjadi, atau yang tidak berpenduduk, masih ada sifat murni yang belum terjamah dan jelas tentang tempat itu. Lokasinya 88 kilometre dari Johor Bahru.

Hotel murah melalui siputhijau.com agoda diskaun sehingga 60%. Klik disini untuk lihat senarai hotel di sekitar Desaru 

 

4.Legoland

LEGOLAND Malaysia Resort juga menjanjikan pengalaman yang menarik di  Taman Tema Air dan Hotel di lokasi bertemakan LEGO. Ia adalah destinasi percutian keluarga dengan lebih daripada 2 juta pengunjung setiap tahun. Terletak di Nusajaya, Johor.

Dapatkan hotel murah melalui Agoda di Siputhijau.com. Diskaun sehingga 60%. Klik disini

5. Kolam Air Panas Labis

Pekan Air Panas adalah sebuah pekan kecil di dalam daerah Segamat. Pekan ini terkenal dan mendapat nama sempena kolam air panas yang terdapat di sini. Terletak kira-kira 14 kilometer dari Pekan Labis melalui jalan raya persekutuan. Pekan ini juga dikenali sebagai Tenang (jangan keliru dengan Tenang Stesen, salah satu pekan lain di dalam daerah Segamat juga).

Hotel sekitar Segamat diskaun sehingga 65% melalui blog ini sahaja. Klik disini.

0 1275

Keputusan penuh AFC 2015 Kumpulan F

JDT (Malaysia) 4
East Bengal (India) 1

Bojan Hodak membariskan pemain-pemain tempatan ternyata berbaloi apabila rangkaian serangan JDT menemui rentak jaringan sekaligus membenam cabaran pasukan naib juara Liga India , East Bengal dengan jaringan 4-1. Rekod kubu kebal Larkin terus gah dengan kecemerlangan skuad Harimau Selatan itu mengawal permainan dan menggembirakan puluhan ribu penonton yang hadir di stadium . Gol-gold JDT dihasilkan Nazrin Nawi , Safiq , Safee dan S Chanturu. Sokongan padu penyokong tuan rumah yang  turut memainkan peranan membakar semangat pasukan tuan rumah menghasilkan kemenangan di bumi sendiri. Dan gol yang paling mengujakan pastinya sepakan gunting “bicycle kick” yang dihasilkan Safee Sali untuk gol ke- 4 JDT ! Gol tercantik perlawanan.

Syabas JDT !!! Kemenangan yang turut mengharumkan nama negara di pentas bolasepak Asia. – harimaumalaya

Jom tengok video-video gol pada perlawanan tersebut:

GOL PERTAMA JDT

GOL PERTAMA EAST BENGAL

GOL KEDUA JDT

GOL KETIGA JDT

GOL KEEMPAT JDT

0 983
Johor-tile

B8sDe8LCAAAvprK
Johor Bahru: Jaringan pemain gantian S Chanturu pada babak pertama masa tambahan memastikan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) melangkah ke pusingan kedua selepas Johor menewaskan Bengaluru FC 2-1 pada saingan kelayakan pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 di Stadium Larkin malam tadi.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada 90 minit perlawanan dan Chanturu ibarat ‘wira tidak berdendang’ apabila jaringannya memastikan skuad Harimau Selatan meneruskan perjuangan dengan berdepan Bangkok Glass FC di Bangkok, 10 Februari ini.

Tanpa kelibat Jorge Pereyra Diaz yang diletak sebagai simpanan, ketua jurulatih Johor DT Bojan Hodak membuat rombakan apabila mempertaruhkan kelibat pemain tempatan menggempur benteng juara Liga India (Liga-I) itu dengan formasi 4-2-3-1.

Percubaan awal skuad Harimau Selatan nyaris menghadiahkan gol sendiri pada minit ketujuh selepas pertahanan pasukan pelawat nyaris tertanduk ke gawang mereka ketika cuba mengeluarkan bola daripada keadaan berbahaya di dalam kotak penalti, berpunca daripada sepakan percuma Nazrin Nawi.

Kapten Johor DT Safiq Rahim seharusnya mampu mencipta jaringan gol pada minit ke-32 selepas menerima umpanan Amirul Hadi Zainal namun sepakan lencongnya hanya sekadar sipi dari gawang gol.

Kemasukan Diaz pada babak kedua menggantikan Amirul Hadi nyata mempertajamkan barisan serangan yang tampak kurang berkesan, sekali gus menguatkan kembali serangan Harimau Selatan.

Johor DT tidak menunggu lama untuk meleraikan kebuntuan jaringan apabila pada minit ke-46 bola sepakan sudut Nazrin tepat kepada Hariss Harun yang tidak dikawal dan pemain itu mudah menanduk masuk menewaskan penjaga gol Bengaluru Lalthuammawia Ralte.

Pelawat yang tertekan dengan jaringan tunggal itu mula mengasak ke kubu tuan rumah namun benteng pertahanan diterajui Marcos Antonio dan Junior Eldstal tampak sukar ditembusi.

Namun berbaki satu minit untuk tamat pasukan pelawat berjaya mencipta gol penyamaan selepas bola sepakan sudut kapten Sunil Chhetri melencong tepat menerjah jaring menewaskan penjaga gol Mohd Farizal Marlias untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Bagaimanapun jaringan Chanturu pada minit ke-97 menyebabkan Sorakan Larkin kembali bergema dan Johor DT terus bertahan untuk kemenangan 2-1 sekali gus memastikan tiket ke pusingan kedua.

Sumber – Metro

larkin01.transformed

0 1551

Tarikh-Perlawanan-Piala-Sumbangsih-2015


Perlawanan sumbangsih atau dikenali juga sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah, merupakan perlawanan pembuka tirai bagi dalam musim Liga Malaysia.

AK1_0723

 

Pada tahun lepas ke dua dua pasukan ini telah bertungkus lumus untuk mengumpul setiap piala yang di tandingkan.

Pada tahun ini Pasukan Johor telah pun berjaya menjulang piala Subangsih pada tahun 2015 dengan menewaskan Pahang sebanyaak 2-0. Kedua-dua pasukan telah pun menunjukan permainan yang cantik. Kesebelasan Utama pasukan.

Johor DT first XI: Farizal, Marcos, Safiq (C), Diaz, Kunalan, Hariss, Shakir, Mahali, Figueroa, Junior, Fadhli.

Pahang first XI: K.Azhan, Razman, Zesh, Damion, Shahrizan, Azidan, Hafiz, Gopinathan, Fauzi, Matias, Dickson.

Juara Piala Subangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015

Pada separuh masa pertama corak permainan lebih kepada pasukan JDT, JDT menunjukan corak permaian yang berbeza pada tahun ini berbanding tahun lepas, kawalan bola dari setiap pemain sunguh cantik selain itu pergerakan meneyerang JDT lebih teratur. Pahang kelihatan sedikit gopoh dan teragak agak untuk melakukan serangan, dengan kelemahan yang di tunjukkan oleh pasukan Pahanag, JDT melakukan serangan bertali arus. Pada minit ke-35 JDT  mendahului dengan hasil tandukan Marcos Antonio.

Pada separuh masa kedua. Pahang telah menunjukkan corak permainan yang berbeza, serangan bertukar ganti,  namun masih tiada penyudah untuk pahang. JDT pula menjaringkan gol ke-2 melalui tandukan Luciano Figueroa daripada sepekan penjuru. JDT 2-0 Pahang. Pada minit minit terakhir Pahang masih lagi menunjukkan pemainan yang matang dan bersungguh-sungguh.

Johor-tile

Masa tamat: JDT menjuarai Piala Sumbangsih 2015 menewaskan Pahang dengan jaringan 2-0. Tahniah pasukan JDT!

B8sDe8LCAAAvprK

Comment daripada para pemnat bola tanah air.

Juara Piala Subangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2015
JDT

Tahniah JDT.

Latest Articles

0 253
Semua orang boleh berniaga tapi tak semua orang tahu ‘closing sale’. ‘Closing sale’ adalah satu strategi perniagaan bagi memastikan perniagaan kita akan mendapat sambutan...