Tags Posts tagged with "cendol terbaik lembah klang"

cendol terbaik lembah klang

0 66

 

Cendol adalah sajian kegemaran pelbagai bangsa, terdiri daripada melayu, cina, indian mahupun masyarakat luar. Ia mudah dijumpai dikawasan taman rekriasi, perumahan, dan ditepi jalan. Ia enak dinikmati ketika cuaca panas kerana ia bersifat sejuk. Disini saya kongsikan lokasi cendol terbaik tumpuan ramai disekitar lembah klang.

pj-1

  1. Cendol & Rojak Mustaffa, Seksyen 17 Petaling Jaya

Sering dikunjungi penduduk sekitar Petaling Jaya. Tempat duduk adalah terhad sehingga ramai yang sanggup makan sambil berdiri ataupun membungkus sahaja. Ia terletak di jalan 17/41a, seksyen 17 46400 Petaling Jaya , Selangor. Beroperasi pada 12 tengahari hingga 5 petang.

logo

  1. Restoran Wahab’s The Best Cendol

Mula berniaga sejak tahun 1986. Selain pelbagai jenis cendol, restoran ini juga menjual makanan penang seperti kuey teow, mee rojak dan mee kari yang menjadi rebutan pelanggan. Terletak di no.43, jalan rampai niaga 5, rampai business park, 53300 setapak, kuala lumpur. Beroperasi 10 pagi sehingga 12 malam.

378f52dd15bbdbbab99c80442a0cff1a

  1. Penang Road Famous TeoChew Chendul

Ia mempunyai banyak cawangan yang tidak tertumpu disatu kawasan sahaja. Ini memudahkan pelanggan untuk datang ke cawangan berdekatan. Selain cendol, ia turut menjual pelbagai makanan contohnya laksa, mee kari, dan rojak penang. Setiap cawangan beroperasi dari 10 pagi sehingga 10 malam.

img_20160327_160536

  1. Uncle cendol

Cendol disini agak istimewa kerana menunya. Antaranya ialah cendol nata de coco dan attap seed. Terdapat juga pelbagai jenis makanan yang boleh anda nikmati bersama cendol.Harganya tidak semurah cendol ditepi jalan tetapi agak berbaloi kerana keselesaan tempat duduk yang berhawa dingin. Terletak di Brem Mall, jalan kepong, jinjang selatan, 52000 kepong , kuala lumpur. Beroperasi dari 10 pagi hingga 11 malam.

khan

  1. Khan Cendol

Menjual pelbagai jenis cendol yang boleh dipilih selain cendol pulut dan durian. Ia menjadi pilihan ramai kerana harga yang berpatutan. Terletak di khan cendol anjung melawati, jalan taman melawati, taman melawati, 53100 kuala lumpur. Beroperasi dari 11 pagi hingga 7 malam.

Latest Articles

0 47
Banyak bertanya Bersyukurlah kalau anak anda jenis suka bertanya banyak soalan. Jangan cepat herdik atau menyuruhnya diam. Layankan sahaja soalan daripadanya. Sebenarnye anak anda...