Tags Posts tagged with "bearing kereta"

bearing kereta

35 28007
Bearing rosak

Selepas 3 tahun lebih bawa kereta Honda Civic, iaitu sekitar 140k kilometer, kereta aku dah buat masalah. Tayar kereta berbunyi. Bunyi kuat tayar kereta dari  bahagian belakang sebelah kiri. Bunyi humming tu pada awal 3 bulan lepas tidaklah terlalu kuat, tetapi setelah 3 bulan, bunyi semakin kuat macam bunyi lori pun ada.. haha..

Aku rasa dah tak sempat pergi ke Kuala Lumpur nak survey bearing, bunyi dah terlalu kuat, tak berani bawa kereta jauh ke Kuala Lumpur. Sempat buat survey workshop di Slim River Perak, tanya di 2  buah kedai di sekitar situ, masalahnya adalah berpunca daripada  tayar kereta yang berbonggol. Tapi yang peliknya tayar aku tu tak sampai lagi setahun tukar, takkan dah berbonggol. Bunga tayar pun lebat lagi.. Cukup tak puas hati dengan jawapan disebabkan tayar kereta aku. Cari workshop lain. Jumpa kedai yg ke 3 , baru lah katanya masalah pada bearing tayar yang rosak. So bincang harga. Harga bearing tayar Honda Civic RM450, campur Servis charge RM50. Total RM500 katanya. Aduh kopak duit aku, ingatkan dlm RM300 ke harga dia. Itu harga di Slim River, Perak. Sudah pasti harga di Kuala Lumpur lebih murah.

Aku terus setuju dengan harga dan bermula lah proses pemasangan bearing.

Kereta dah siap sedia untuk dibaiki.

 

Ni lah ruper bearing yang rosak tu

 

 

Bearing rosak

 

Tip untuk dapatkan bearing yang murah.

Anda perlu pergi ke supplier sparepart kereta anda dan dapatkan terus dengan harga yang rendah tanpa perlu berurusan dengan orang tengah. Untuk kereta Hondo Civic boleh pergi ke kedai berikut :

Kean Tat Auto Parts Sdn Bhd 
No. 355, Batu 2 1/2, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4042 6833
Front : RM120
Rear : RM400

Hingan Auto Parts Sdn Bhd
44, Jalan Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9222 8868
Front : RM140
Rear : RM270

Exceptional Auto Parts Sdn. Bhd 
13, Jalan Pendidik U1/31
Hicom Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam
Tel : 03-5569 3538 / 03-5569 3638
Front :RM120
Rear :RM270

Bayaran servic pemasangan sekitar RM50 hingga RM100.

Siputhijau – Abis duit aku.. tapi yang penting keselamatan diri lebih utama.. nanti jangan pulak tengah bawak kereta, tayar belakang aku tercabut dan lagi laju dari kereta aku..

Latest Articles

0 541
Kampung baru adalah satu – satunya kawasan perumahan lama yang terletak ditengah – tengah bandar Kuala Lumpur yang berlatar belakangkan bangunan KLCC. Disini dapat...