Tags Posts tagged with "atasi kemarahan"

atasi kemarahan

0 47

questioning-child

  1. Banyak bertanya

Bersyukurlah kalau anak anda jenis suka bertanya banyak soalan. Jangan cepat herdik atau menyuruhnya diam. Layankan sahaja soalan daripadanya. Sebenarnye anak anda sedang cuba mendapatkan perhatian daripada anda.

anak-makan-bersepah-di-kedai

  1. Bermain dengan makanan

Secara spontan anda pasti akan menjerit apabila melihat si kecil sudah comot satu muka dengan makanan yang anda hidangkan kepadanya. Tetapi jika anda boleh bertenang sekiranya berhadapan dengan situasi ini, ketahuilah anak anda seorang yang bijak. Perasaan ingin tahu anak anda terlalu tinggi hingga membuatkan dia terasa hendak mencuba sesuatu yang dirasakan menyeronokkan.

toddler

  1. Membaling objek

Pernahkah anda mengalami situasi dibaling objek seperti botol susu, telefon bimbit, remote control TV dan sebagainya oleh sikecil ? kalau ikutkan hati mahu sahaja anda pukul, tapi melihat wajah si comel yang tidak bersalah terpaksalah anda mengawal perasaan geram dan sakit. Ia sebenarnya salah satu cara anak kecil mengekspresikan perasaan sayangnya kepada ibu atau ayah. Sebaiknya anda beritahu anak jangan ulang perkara itu lagi dan dalam masa yang sama, ajarkan dia cara yang betul untuk memanggil orang lain.

kanak-kanak-melukis2

  1. Menunjukkan kreativiti

Kadangkala sudah puas anda memuji dan menyatakan kekaguman atas hasil lukisan atau kerja kretifnya tetapi dia tetap bertanyakan samada cantik atau tidak. Anak anda sebenarnya sedang mencari keyakinan diri. Pujian anda memberikan dia keyakinan untuk menjadi lebih baik. Sekurang-kurangnya dia akan bersa bangga kerana hasil usahanya melukis objek yang sudah tentu diri anda mendapat pujian.

10032-chuteira-baby-10032-bom-de-bola

  1. Bermain bersama

Adakalanya anak suka mengajak anda bermain dengannya. Janganlah anda menolak ajakan anak. Sesekali apa salahnya layan dia bermain walaupun anak perempuan anda mengajak si ayah bermain masak masak atau makeup sementara anak lelaki pula mengajak ibu bermain bola. Itu tandanya anak sangat sayang akan ibu dan ayah dan ingin memasukkan anda dalam watak alam permainannya.

1

  1. Buat ragam

Diakala anada sedang mengejar masa, anak pula buat hal seperti enggan turun dari kereta apabila suudah sampai ke taska atau tertinggal barang sekolah dan menangis dalam perjalanan dan bermacam ragam lagi. Semuanya dilakukan semata-mata mahukan perhatian dan masa yang lebih bersama anda. Jadi janganlah segera menghukumnya kerana ia hanya akan menambahkan lagi kesedihannya. Pujuk dan cakaplah dalam nada yang lembut supaya anak belajar memahami situasi anda.

Latest Articles

0 47
Banyak bertanya Bersyukurlah kalau anak anda jenis suka bertanya banyak soalan. Jangan cepat herdik atau menyuruhnya diam. Layankan sahaja soalan daripadanya. Sebenarnye anak anda...