Oct
15
2012

SPLG – Sistem Pengurusan Latihan Buat Para Cikgu.

splg

 

eSPLG adalah sistem pengurusan online yang dibangunkan untuk mengemaskini segala butiran maklumat kursus/latihan yang dihadiri oleh guru.Sistem pengurusan Latihan Guru (eSPLG) telah boleh diguna pakai disemua pejabat pelajaran daerah dan sekolah.

Menerusi aplikasi ini,segala maklumat dan proses pengumpulan data dapat dibuat dengan cepat,tepat dan efisien. Para pendidik dan staf hendaklam mendaftar dahulu sebelum mengunakan aplikasi ini.

 

Pada masa kini SPLG boleh dilayari menerusi Link di bawah, sila klik pada ikon dibawah untuk mengakses
ke Modul SULDP dan Modul Individu.

 

 

NOTIS PEMBERITAHUAN

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) kementerian pelajaran Malaysia bil 2/2012 yang dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada 4 Julai 2012 telah memutuskan bahawa Bahagian Pendidikan Guru dipertanggungjawabkan membangun dan mengurus Profil Induk Kepakaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.Sehubungan dengan itu modul eProfile telah dibangunkan bagi memeuhi keperluan tersebut dan dipohon YBhg Datuk/Dato’/tuan/puan memastikan semua PPPdibawah pentadbiran masing-masing mengemaskini dan melengkapkan maklumat e-profil secara dalam talian.Modul e-Profile boleh diakses menerusi modul Individu dalam aplikasi splg. Sila login ke Modul Individu dan klik pada e_profile. Sila kemaskini maklumat yang berkaitan dan tekan butang hantar disetiap ‘Page’.Semua ketua jabatan juga dipohon membuat pengesahan menerusi modul SULDP terhadap semua maklumat yang telah dikemaskini. Berikut dilampirkan surat siaran dan jadual pengemaskinian mengikut kumpulan Gred.

Surat Siaran Pengemaskinian e-Profile
Jadual Pengemaskinian e-Profile

Maklumat lanjut sila terus ke website rasmi dibawah :

~~>>  http://apps1.moe.gov.my/splg/

 

atoi

About the Author: Sam Mahdar

Leave a comment

CommentLuv badge

Iklan Anda

Facebook Page

Kongsi Artikel