Hari ni aku dengan family pergi barang dapur di Ipoh.. kebiasaannya kami pergi Giant Ipoh sebab senang akses dari lebuhraya. Maklumlah kami dari Sungkai ni biasanya melalui lebuhraya utara selatan, dari lebuhraya terus masuk ke jalan yang terus ke Giant Ipoh. Seperti biasa, di Giant Ipoh ni ada satu kedai jual Sizzling Mee yang menjadi kegemaran kami sekeluarga..  kadang-kadang kami ke Ipoh tak beli barang apa pun di Giant tu, hanya semata-mata nak makan Mee Sizzling cendawan ni.. haha.. jauh tu 100km gak dari Sungkai ke Ipoh.

Apa yang sedap Sizzling mee ni dari tempat lain? bagi aku, rasa dia lain dari tempat lain dan cendawan dia yang sedap dan banyak. Dan untuk sedapkan lagi rasa sizzling dia, pastikan anda masukkan cili jeruk .. bagi rasa masam-masam skit tu yang sedap.

Harga Sizzling Mee RM5.00 + RM0.50 telur = RM5.50 .. harga standard la dimana-mana pun.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

cendawan dia banyak.. itu lah yang menambahkan lagi kesedapan sizzling mee ni..

 

Lokasi giant ipoh:

 

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge