Senaman adalah asas untuk orang yang inginkan kesihatan tubuh badan . Ia juga sering dilakukan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan. Namun tidak ramai yang ingin bersenam atas faktor malas dan berasa penat. Namun anda harus tahu , selain diet , senaman juga adalah perkara harian yang WAJIB dilakukan untuk kekal sihat bertenaga.

Bagi mereka yang malas bersenam , di sini saya sertakan tips senaman paling mudah dan “rare”. Anda pasti akan melakukannya sebagai rutin harian.

Parking kereta jauh

senaman-paling-mudah-dan-rare

Jika kita keluar ke shopping mall , atau ke majlis , parking di kawasan yang agak jauh. Ini kerana berjalan juga salah satu senaman yang sihat. Jadi, kurangkan masa anda mencari parking yang berdekatan pintu masuk.

Naik turun tangga 

senaman-paling-mudah-dan-rare-2

Jika rumah kita di tingkat yang tinggi , cuba amalkan tekan lift separuh dari tingkat rumah. Lagi separuh cubalah naik tangga. Amalkan setiap hari. Pasti dalam tak sedar kita dah pun membakar sebanyak 5 kalori.

 

Kemas rumah 

senaman-paling-mudah-dan-rare-3

Dalam duduk diam di rumah , cubalah bangun dan kemas rumah. Boleh membasuh baju , mop lantai , cuci pinggan mangkuk, lipat baju, sapu sampah. Aktiviti kemas rumah ini boleh mengeluarkan peluh dalam masa yang sama mmembakar kalori. Selain tu , rumah juga kemas dan cantik . Kan tak rugi bersenam dengan cara ni 🙂

 

 

Window shopping

senaman-paling-mudah-dan-rare-5

Perempuan memang suka aktiviti ni . So , tiap kali window shopping, pusing satu mall . Biar kaki lenguh , peluh keluar , anda sihat. Berjalan kan satu senaman.

 

Beriadah di taman 

senaman-paling-mudah-dan-rare3
Hujung minggu jangan terperap di rumah. Bawa anak bersiar-siar. Boleh ke Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Shah Alam , Taman Layang-layang dan banyak lagi. Boleh menaiki basikal , berjalan tengok keindahan tasik dan taman permainan. Selain boleh eratkan silaturahim , peluh pun keluar juga.

 

Berenang / gym

senaman-paling-mudah-dan-rare-4

Tahukah anda bahawa berenang adalah senaman yang baik kerana kita menggerakkan keseluruhan anggota badan? Rugilah kalau tinggal di apartment yang menyediakan gym atau kolam renang tetapi tak menggunakannya . Maintainance bayar dengan kadar yanga gak tinggi setiap bulan. Jadi, jangan lepaskan peluang bersenam di kawasan yang hanya berada di bawah rumah.

 

Itu lah  tips senaman paling mudah yang boleh kita amalkan dan tidak memerlukan modal pun. Kalau ada sapa-sapa yang nak tambah pun boleh. Benda ni mungkin nampak simple tapi BESAR impaknya. Jadi, jangan beralasan lagi untuk bersenam. Jagalah kesihatan kita bersama dalam jangka masa yang panjang. Health is wealth!

Selamat bersenam!

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge