Samsung Mengeluarkan Galaxy S6 Edge Version Iron Man

Samsung Iron Man Galaxy S6 Edge
Kepada peminat-peminat Iron Man dan Avengers samsung ada mengeluarkan telephone dengan rekaan yang menarik. Samsung Galaxy S6 yang berunsur Iron Man ini sangat unik dan lain dari yang lain, warna merah dan emas meluputi telephone tersebut. Perghtt cantik gila.. teringin teringin.

Baru di tayangkan kepada pihak media dan orang ramai semalam, Admin tak tahu bila akan dijual tapi yang Admin tahu ia sangat la limited. Yang bestnya charger phone ini pun wireless bentuk charger dia pun dah cantik baru charger belum lagi telepon.

Admin setuju dengan pemilihan Samsung memilih Iron Man. Kerana, semua tahu Tony Stark mempunyai cara penampilan yang stylish, menonjol dan berteknologi. Jadi padan la dengan rekaan bentuk Samsung Galaxy S6 ni. Kalau pakai phone ni rasa macam Tony Stark dah, rasa diri ini dah sempurna. Hahahaa.. menunjuk dekat kawan sedara supupu sepipit semua.

Warna telephone ini yang memainkan peranan, ada corak topeng emas di belakang telephone. Bukan hanya luaran dalaman pun sedikit berbeza, Tema phone sudah pasti Iron Man la kan.. Itu yang menarik tu.

Pasal harga memang Admin tak tahu, kalau Galaxy S6 biasa pun dah 2 ribu lebih yang ini Admin tak tahu la, tapi siapa yang mampu beli tu beli laa. Bukan membazir sebab benda ni pun limited Edition tapi kalau yang lagi mampu tu beli bagi la dekat Admin. Hehehehee..

Ni ha video korang boleh tengok sendiri

https://www.youtube.com/watch?v=wB6MId15cpo

NO COMMENTS

Leave a Reply