Pada musim perayaan terutama hari raya aidilfitri tidak sah jika tidak pulang ke kampung. Jalan raya utama penuh sesak dengan kenderaan terutama pada 2 3 hari sebelum hari raya dan juga 2 3 hari selepas hari raya. Pada  tahun ini 2012 macam biasa kami sekeluarga akan balik beraya ke Kelantan. Oleh kerana cuti awal penjawat awam terutama guru, memberikan kami kelebihan untuk pulang ke kampung lebih awal daripada orang lain iaitu 5 hari sebelum raya. Jadi, jalanraya masih lagi tidak terlalu sesak. best.. sempat lagi berpuasa di Kelantan.

Apa yang aku nak ceritakan perjalanan aku pulang selepas hari raya. Kami pulang dari Kelantan ke Perak pada Khamis 23/08/2012 iaitu pada Hari Raya ke 5. Harapan kami agar perjalanan kami lancar dan tidak jem sebab masih lagi ramai yang bercuti sehingga hari Ahad. Dari Chabang empat, Tumpat, Kami akan melalui jalan ke Rantau Panjang, melalui kawasan jualan Bukit bunga, melepasi simpang ke Jeli, menyeberangi Jambatan Pulau Banding, Bandar Grik terus ke tol Kuala Kangsar. Dari Tol Kuala Kangsar terus masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).  Dari situ, doa kami termakbul sebab tidak jem. hanya sesak sebelum terowong sebelum sampai Ipoh, selepas torowong Ipoh perjalan lancar terus ke Sungkai. Jauh juga perjalanan kami. Bertolak Jam 10 pagi, singgah sebentar di Rantau Panjang membeli buah Pauh dan cucuk2. Dan juga singgah di Jeli makn tengah hari dan Grik untuk sembahyang. Sampai di Sungkai dalam jam 6 petang, kira-kira 8 jam. huh.. lama tu dalam kereta. Dek kerana jem sebelum terowong menyebabkan kami lambat sampai, biasanya jam 4 atau 5 dah boleh sampai Sungkai.

Pulau Banding

 

Petronas di Bandar Grik

Perjalanan dari Grik ke Tol Kuala Kangsar agak mencabar.. banyak kereta tapi lancar. biasalah lori dan van buruk orang kampung sekitar cukup menguji kesabaran pemandu berhemah seperti aku .. haha.. kalau dah ada lori di depan, 6 7 kereta ikut belakang lori tue, panas beb.. masing2 xnak potong. aku pun mencari kawasan yang terbaik nak potong, cari jalan yg lurus, apabila dah jumpa jalan  terbaik dan boleh potong. apalagi aku pecut sampai 120 KM/j.. habis 3 4 kereta dah aku potong ..haha.. puas hati.  tiba2 nampak org lambai tangan di tengah2 jalan suruh aku masuk tepi jalan.. aduh.. polis.. dah terkena kali ni..

Melayang la RM150 jika bayar dalam masa 2 minggu ini. Jika tidak RM300. aduh rm150 pun dah banyak tu nak bayar. boleh beli mcm2 kat giant atau tesco.

Pesan abang polis;

Jangan bawa kereta laju-laju, Sentiasa beringat, sekarang ni banyak kawasan polis letak kemera speed trap. Jika di lebuhraya 110 aje, kalau lebih 115 pun kena tembak speedtrap dah. Bayar dalam masa 2 minggu dari sekarang jika nak murah.

SiputHijau – Berhati-hati di jalanraya. Sabar aje ikut belakang lori. haha

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge