Hutan Lipur Bukit Wang terletak dalam Hutan Simpan Bukit Perangin yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Keistimewaan disini ialah terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Tosak mempunyai batu-batan yang unik. Hutan Lipur ini terdapat pelbagai flora dan fauna dari Hutan Dipterokarp Pamah. ‘Permatang Seraya’ yang merupakan deretan pokok Meranti seraya (Shorea curtisii) yang berukuran melebihi 120 cm diameter tumbuh secara semulajadi. – Jabatan Perhutanan Negeri Kedah

 

riadah-rekriasi-bukit-wang-2

 

Bukit wang dijadikan kawasan mandi manda dan riadah para pengunjung yang tinggal di Kedah. Selain tersimpan banyak jenis pokok di hutan simpan ini , airnya juga bersih dan jernih. Kawasan ini dijaga rapi dari aspek kebersihan dan keselamatan.
Para pengunjung tidak dibenarkan berada di kawasan itu selepas pukul 7 malam.

riadah-rekriasi-bukit-wang-3

Untuk pengetahuan anda , nama Bukit Wang bukanlah bermaksud wang ringgit , tetapi nama ini berasal dari bahasa Thai yang bermaksud lembah yang dikelilingi bukit bukau. Maknanya  Wang Kelian bermaksud lembah Kelian, dan memang tempat Wang Kelian dikelilingi bukit bukau .

Cara untuk ke Bukit Wang ?

  •  Anda boleh menggunakan Lebuh Raya Utara Selatan dan susur keluar di Jitra Utara (Exit 182). Kemudian, belok ke arah Malau dan Kuala Nerang dan memandu terus ke lokasi peranginan ini.
  • Jika datang sekitar Julai atau Disember, pelawat berpeluang menikmati durian yang dijual di tepi jalan selain rambutan dan manggis dengan harga berpatutan.
  • Rimba Rekreasi Bukit Wang hanya kira-kira 40km dari Alor Setar dan 12km dari pekan Jitra.

riadah-rekriasi-bukit-wang-4

Walaupun tempat ini agak popular dan dijaga , namun tiada sebarang bayaran yang dikenakan sekiranya anda ingin mandi-manda di sana . Caj parking juga adalah percuma walaupun parking disediakan.

Jika anda ke negeri Kedah Darulaman , anda bolehlah cuba mengunjungi kawasan ini untuk aktiviti riadah yang santai.

 

Dapatkan harga hotel murah sekitar Alor Star hanya melalui Siputhijau.com. Klik disini

NO COMMENTS

Leave a Reply