IMG-20150204-WA0311

Sembilan dikhuatiri maut selepas sebuah pesawat membawa 58 penumpang terbang rendah dan melanggar jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai di luar bandar Taipei pada Rabu.

10 orang berjaya diselamatkan manakala berpuluh-puluh lagi masih terperangkap di dalamnya, lapor berita televisyen tempatan.

Pesawat TransAsia ATR 72-600 ini sedang terbang dalam satu perjalanan domestik apabila ia terlanggar sebuah jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai, menurut laporan itu.

Kumpulan penyelamat sedang cuba menyelamatkan penumpang yang terperangkap.

Rakaman televisyen menunjukkan pasukan penyelamat berdiri di atas serpihan bangkai pesawat yang besar cuba untuk menarik penumpang keluar dari fiuslaj dengan tali.

Mereka yang telah diselamatkan – termasuk dua kanak-kanak – dibawa ke pantai.

Kesemua 17 mangsa yang terselamat dibawa ke hospital, menurut laporan.

Rakaman video amatur yang tersebar di media sosial menunjukkan pesawat TransAsia ATR 72-600 itu melanggar jambatan serta sebuah teksi sebelum terjunam ke dalam sungai.

Sumber – Astro Awani

Gambar penyelamat menyalankan tugas.

628x471218189-3d697ce8-ac43-11e4-8880-5b7e88842fd6

133417-b4dd08aa-ac37-11e4-8880-5b7e88842fd6

064765-cfa28df2-ac2f-11e4-8880-5b7e88842fd6

192624-f34cb222-ac3f-11e4-8880-5b7e88842fd6

Satu lagi kejadian pesawat ATR 72 yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan yang sama berpangkalan di Taipei, terhempas di pulau-pulau
terpencil pada 23 julai yang lepas. Kejadi ini telah menyebabkan kematian seramai 48 orang, ia atas sebab-sebab yang masih di siasat dan berkemungkinan kerana tiupan aingin yang kuat.


Kejadian yang dapat dirakam kan.

NO COMMENTS

Leave a Reply