Anda ingin mengunjungi melaka? Berikut adalah senarai tempat-tempat menarik di Melaka untuk anda lawati — lengkap dengan ulasan, harga tiket dan waktu ia dibuka.

1. Taman Tema A Famosa Resort

AFamosa-Condotel-July-2011-7 afowater2 wKgB6lPN5omAfvfOAACoV3kiqzw49.rbook_comment.w1920

cowboy-town

Ada apa di sini?

1. Taman Tema Air
Taman Tema Air di sini adalah antara yang terbaik di Melaka. Ia dikatakan sebagai taman tema terbesar di Malaysia dan mempunyai tarikan seperti pantai buatan dan luncur air setinggi 7 tingkat yang cukup menggerunkan.

Dan tidak seperti taman tema lain yang lazimnya hanya mempunyai slide air dan lain-lain, di sini anda juga akan menjumpai halangan air seperti dalam Ninja Warrior — sesuatu yg cukup menyeronokkan untuk dicuba seisi keluarga.

2. Safari Wonderland
Jika anda sukakan binatang dan ingin merasa keseronokan menaiki jeep sambil masuk ke dalam habitat haiwan liar seperti harimau, Safari Wonderland bakal mengujakan anda.

Sebelum anda masuk ke kawasan Safari, anda akan melalui kawasan haiwan peliharaan, atau zoo mini dengan petting zoo. Di sini anda boleh menyentuh haiwan seperti kambing, burung dan lain-lain lagi.

Kemudian, anda boleh melihat pertunjukan haiwan yang lebih menarik dari kebanyakan pertunjukan haiwan di mana-mana zoo Malaysia. Ini kerana anda bakal dihiburkan bukan sahaja oleh haiwan kecil, tetapi hingga haiwan besar seperti gajah yang mengurut dengan kakinya.

3. Bandar Koboi
Di kawasan ini anda akan masuk ke dalam dunia koboi — dengan Red Indian, koboi dan bangunan Wild West dikeliling anda. Ia bakal melekakan dan anda akan terasa seolah-olah anda benar-benar berada di sana.

Di sini, anda boleh bermain bowling, masuk ke taman tema kanak-kanak, melihat pertunjukan bunga api dan melihat pertunjukan wayang 4D. Jika itu belum cukup, anda juga boleh melihat pertunjukan lagak ngeri koboi dan perarakan karnival ala parti jalanan pada waktu malam.

Penginapan

Terdapat penginapan keluarga di kawasan ini yang boleh anda tempah untuk memudahkan anda menikmati semua tarikan di sini. Walaubagaimanapun, anda masih boleh menempah hotel di luar dan masuk hanya untuk ke taman-taman temanya.

Dapatkan harga diskuan sehingga 60% hotel-hotel di Melaka hanya melalui Siputhijau.com Agoda. Klik disini.

Harga tiket

Semua harga di bawah datang dengan set makan.
Isnin – Jumaat
Dewasa : Safari wonderland RM 47, Taman Tema Air RM 37 , Old West RM 73
Kanak-kanak : Safari wonderland RM 37, Taman Tema Air RM 32 , Old West RM 53

Hujung Minggu
Dewasa : Safari wonderland RM 50, Taman Tema Air RM 42 , Old West RM 75
Kanak-kanak : Safari wonderland RM 40, Taman Tema Air RM 37 , Old West RM 48

Waktu Operasi: 9.00 am – 9.45 pm

 

2. Zoo Melaka dan Night Safari

IMG_1862 zoo-melaka-53830 TM_20326 copy

Tarikan

Mini Safari
Mini Safari di sini ialah satu kawasan di mana anda boleh melihat haiwan-haiwan dari Afrika seperti zirafah, impala dan kuda belang bergerak bebas dalam kawasan lapang. Anda akan melalui kawasan ini melalui platform tinggi di atas haiwan liar ini.

Tunggang Kuda & Gajah
Jika anda ke sini pada hujung minggu, anda juga boleh menunggang beberapa ekor kuda di dalam kawasan kandangnya dan gajah. Kadar bayaran tunggangan bermula dari RM2. Waktu tunggangan adalah dari 10 pg – 12 tgh dan 2 ptg – 4 ptg

Kompleks Harimau Besar
Kompleks ini memuatkan beberapa spesis harimau — dari harimau belang ke harimau bintang yang dipelihara di dalam rumah kaca.

Saiz harimau di sini juga cukup besar dan menggerunkan.

Zoo Melaka Sebagai Pusat Pemulihan

Zoo ini juga berjaya membesarkan 40 ekor anak harimau yang dilahir dan dibesarkan di dalam kawasan zoo. Dua dari harimau itu, Mak Degong dan Awang Relak telah dihantar ke zoo San Diego pada tahun 2004.

Tips

Mereka yang tidak sanggup berjalan (ya, zoo ini sangat besar) boleh menaiki trem dengan bayaran RM2

Jika anda datang pada hujung minggu, jangan lupa melawat Lily — si gajah yang comel dan manja. Anda juga mungkin boleh memberinya makan dalam sessi yang bermula pada pukul 11:30 pagi.

Nota 1: Harga tunggangan & tren yang dipaparkan adalah harga sebelum zoo siap dinaiktaraf. Pada masa panduan ini ditulis, harga ini masih belum dinaikkan.

Nota 2: Night safari lebih sesuai untuk mereka yang tidak tahan panas. Haiwan juga lebih aktif pada waktu ini (termasuklah si nyamuk).

Tarikh Terdekat

Bertentangan dengan zoo ini adalah Taman Buaya dan Melaka Wonderland.

Harga Tiket

Zoo
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM6

* Nota : Harga baru ini berkuatkuasa selepas zoo siap dinaiktaraf. Harga tiket sebelum naiktaraf adalah seperti di bawah

Harga Tiket Zoo
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM4

Harga Tiket Night Safari
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5

Waktu Operasi

Zoo : 9 pg – 6 ptg
Safari : 8 mlm – 11 mlm (dibuka pada hujung minggu sahaja)

Kredit gambar : Phalinn

 

3. Muzium Baba Nyonya

3 2-Pinang-Peranakan-Museum_2 images

 

Nota

Anda tidak dibenarkan merakam atau mengambil gambar di dalam muzium peribadi ini tanpa kebenaran pemiliknya.

Harga Tiket

Dewasa : RM12
Kanak-kanak: RM7

Waktu Operasi

Tutup sewaktu makan tengahari: 1-2 ptg
Dibuka setiap hari: 10 pg – 5 ptg

Sejarah Ringkas

Baba dan Nyonya adalah satu keturunan kaum Cina di Melaka yang menerapkan budaya Cina, Melayu serta penjajah Belanda, Portugis dan Inggeris dalam hidup mereka.

Mulanya datang sebagai pengikut Puteri Hang Li Po yang dihantar oleh Maharaja Cina ke Melaka sebagai tanda penghormatan, kaum Cina ini akhirnya sedikit demi sedikit menerapkan unsur budaya tempatan dalam hidup mereka.

Asimilasi selama 400 tahun akhirnya menyebabkan keturunan ini memakai pakaian seperti kebaya dan kain sarong serta makan menggunakan tangan seperti orang Melayu.

Namun begitu, keturunan kaya yang rata-ratanya pedagang ini rata-ratanya masih mengamalkan adat Cina dan menyambut Tahun Baru Cina. Mereka juga amat setia kepada penjajah British sehingga digelar the King’s Chinese.

Oleh kerana status yang tinggi, rata-rata mereka mendapat pendidikan Inggeris atau Belanda. Walaupun begitu, mereka masih memakai tocang seperti kaum Cina terdahulu dan mengadakan perkahwinan berwarna-warni dan berdondang-sayang yang tidak terdapat dalam budaya masyarakat lain.

Dapatkan harga diskuan sehingga 60% hotel-hotel di Melaka hanya melalui Siputhijau.com Agoda. Klik disini. 

4. Kota A Famosa

a-famosa a famosa 1

Sejarah Kota A Famosa

Sewaktu zaman kegemilangannya, kota empat segi ini mempunyai 8 menara kawalan setinggi bangunanan 4 tingkat, 70 meriam yang dihala ke seluruh arah serta dikawal oleh 80 pengawal sepoi yang lengkap bersenjata.

Kota tebal ini juga menempatkan beberapa bangunan untuk kediaman kapten Portugis, stok menyimpan senjata dan makanan selain dari tempat kediaman pengawal dan kuda perang.

Kekuatan kota ini terbukti apabila Portugis berjaya menahan serangan berterusan dari Belanda, Johor dan Acheh selama 130 tahun. Kota ini hanya jatuh setelah Belanda dan Johor bersatu mengepungnya dari laut dan darat selama 7 bulan.

Kejatuhan A Famosa

Sewaktu kepungan dibuat selama lebih setengah tahun, dikatakan lebih 7,000 orang di dalam kota mati akibat kecederaan dan kebuluran. Dikatakan sesetengah mereka terpaksa makan apa sahaja — dari kucing dan anjing kepada bayi kecil.

Kota ini akhirnya jatuh kepada gabungan Belanda-Johor pada awal tahun 1961.

Pada tahun 1795, tanah jajahan Belanda di Asia telah diserahkan kepada pentadbiran Inggeris untuk sementara. Bimbang ia akan dijadikan kubu kuat oleh Belanda apabila ia diserah semula kelak, Inggeris bertindak memusnahkan sebahagian besar kota ini pada tahun 1806.

Kota A Famosa sekarang

Apa yang tinggal kini ialah pintu kota ini di kaki bukit St. Paul. Walaupun ia sebenarnya Porta de Santiago, orang ramai kerap memanggil pintu ini sebagai A Famosa.

Jika anda mendaki bukit hingga ke puncak, anda akan sampai ke Gereja St. Paul — sebuah gereja Portugis yang kemudiannya ditukar menjadi kubur orang-orang bangsawan oleh Belanda.

Kini penutup-penutup kubur ini telah di alih dari lantai ke dinding kota.

Terdapat juga patung St. Francis Xavier, iaitu mubaligh Kristian yang bertanggungjawab menyebarkan Kristian ke Asia Tenggara di tepi gereja ini.

Harga Tiket

Masuk Percuma

Kredit Gambar: ChanC, Isriya, AriffJr

Waktu Operasi: 8 am – 10 pm

 

Dapatkan harga diskuan sehingga 60% hotel-hotel di Melaka hanya melalui Siputhijau.com Agoda. Klik disini. 

 

5. Coral Wonderland Melaka

IMG_8575_zps4b077fe6 P1020593

Tips

Coral Wonderland ini terletak di tingkat 4, Dataran Pahlawan di Melaka Megamall (di atas bank OCBC)

Harga Tiket

Warganegara
Dewasa — RM30
Kanak-Kanak & Warga Emas — RM20

Pelancong Asing
Dewasa — RM40
Kanak-Kanak & Warga Emas — RM30

Waktu Operasi

Isnin – Jumaat : 10:30 pg – 9:30 mlm
Hujung Minggu & Cuti Umum: 10:30 pg – 10:30 mlm

 

Dapatkan harga diskuan sehingga 60% hotel-hotel di Melaka hanya melalui Siputhijau.com Agoda. Klik disini. 

 

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge