Percutian di Grand Lexis Port Dickson. Kali ini kami akan post mengenai Grand Lexis di Port Dickson. Tak habis-habis dok post mengenai Top 10, 10 tempat menarik, tapii….. kali ini, kami akan post mengenai Grand Lexis! Tempat yang menarik dan unik. Kepada mereka yang tidak pernah ke Grand Lexis pasti tidak akan tau betapa seronoknya berada disana. Port Dickson sememangnya menjadi perhatian ramai pengunjung di dalam dan luar Malaysia. Ianya mempunyai pantai yang cantik, suasana yang tenang, pelbagai jenis kemudahan dan pelbagai lagi tempat untuk dikunjungi di Port Dickson. Soooo….. mari kita teruskan dengan Grand Lexis!

 

Grand Lexis adalah sebuat hotel penginapan yang cantik, boleh dikatakan 5 Star hotel kerana ianya bersih, enviroment yang tenang, pelbagai kemudahan, view yang cantik, dan tempat yang selesa. Anda boleh menggunakan lebuhraya utara selatan ke Seremban dan mengambil exit Port Dickson. Di Grand Lexis juga mempunyai banyak permainan yang anda boleh lakukan sekiranya anda ingin melakukan aktiviti, antaranya ialah permainan snakes yang anda boleh bermain dengan keluarga anda, mini segway yang mempunyai track, archery dan pelbagai lagi.

Khas untuk anda pengunjung di Siputhijau.com, dapatkan harga diskaun di Hotel Grand Lexis Port Dickson jika anda booking di Agoda melalui siputhijau.com .. Jangan tunggu lagi nanti bilik penuh.. klik disini

 

 

 

Sudah pasti, kebanyakkan hotel mempunyai swimming pool di luar, sama seperti di Grand Lexis, ianya mempunyai swimming pool diluar yang amat cantik dan besar, tapi………. pengalaman saya semasa di Grand Lexis, saya tidak pernah mandi di swimming pool itu, kerana, kenapa nak mandi dekat luar kalau ada swimming pool di dalam?????

tadaaaa………

 

Itu lah yang menjadikan Grand Lexis ini sebuah hotel yang unik dan menarik, kepada mereka ynag malu untuk mandi diluar boleh menikmati masa berseorangan dengan tenang di bilik anda yang mempunyai private swimming pool.  Tiada lagi bunyi bising, cukup ruang untuk anda menyelam dan berenang sekitar pool tersebut, ianya bukanlah sebesar mana, tapi amat cukup dan memuaskan kepada anda dan pasangan. Tips saya sebelum anda terjun…. sila pakai body lotion atau mandi pada waktu malam kerana dengan cuaca begini, pasti kulit anda akan burn, kerana pastinya anda akan berendam dengan masa yang lama dengan private swimming pool ini. Dan antara yang menariknya anda boleh mandi pukul berapa pun kerana ianya tidak mempunyai limited time seperti diswimming pool luar. Tandasnya juga cantik dan selesa kerana kebersihan yang dijaga dengan baik.

Mari kita cuba search berapa harga satu malam dan sedikit review mengenai Grand Lexis ini. Grand Lexis ini mempunyai pelbagai option, ada yang di atas laut, iaitu anda boleh melihat laut melalu kaca yang diletakkan di hadapan katil anda, juga ada yang biasa iaitu dikawasan teres, ada juga dikawasan bertingkat. Jadi, anda boleh memilih sebelum membuat sebarang pembayaran.

 

 

Dan harga untuk Grand Lexis ini yang sesuai untuk pasangan baru berkahwin ialah sekitar RM500+ (even cheaper),  Deluxe Pool Villa untuk 2 orang dewasa.  Iaitu ia mempunyai King Size Bed!

Antara kemudahannya ialah :-

  • Airconditioner & Fan
  • TV + Free Wifi
  • Daily Newspaper
  • Laundry Services
  • Mini Bar
  • Microwave
  • Kictenette
  • Tea and Coffee maker
  • Work Desk
  • Bathrobe

Itu lah dia info mengenai Grand Lexis Port Dickson. Kepada mereka yang berminat atau ingin mulakan bulan madu boleh lah book dan kunjungi Grand Lexis ini kerana ianya amat memuaskan hati, kerana ia memberi ketenangan privasi kepada anda.  Have fun! Selamat bercuti and Be Safe 🙂 

Khas untuk anda pengunjung di Siputhijau.com, Hotel Grand Lexis Port Dickson tawarkan harga diskaun apabila anda booking di Agoda melalui siputhijau.com .. Jangan tunggu lagi nanti bilik penuh.. klik disini

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge