Perbezaan iPhone 6s Vs iPhone 6s Plus

Apple memperkenalkan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus, telah menarik perhatian ramai peminat-peminat iphone. Tetapi, mungkin korang sedekit keliru mengenai perbezaan di antara kedua telefon bimbit ini.

Ternyata kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang hampir sama. Mengutip maklumat dari laman web Apple, perbezaan kedua-duanya hanya terletak pada saiz skrin dan kapasiti bateri sahaja.

iPhone 6s mempunyai paparan Retina HD Display dengan teknologi 3D Touch berukuran 4.7 inci dan kepadatan piksel 326 ppi, sedangkan skrin iPhone 6s hadir dengan teknologi yang sama namun mempunyai saiz 5.5 inci dan kepadatan piksel 401 ppi.

Untuk paparan pula, kedua-duanya mempunyai spesifikasi yang hampir sama dengan iPhone 6 dan 6 Plus. Namun untuk iPhone 6s dan 6s Plus telah disematkan teknologi terbaru dari Apple iaitu 3D Touch.

Untuk keupayaan bateri, iPhone 6s dianggarkan dapat bertahan sampai 10 hari dalam keadaan terbuka, sedangkan iPhone 6s Plus mampu bertahan sampai dengan 16 hari dalam keadaan terbuka.

Sementara keupayaan bateri untuk penggunaan internet berkisar antara 10-11 jam untuk iPhone 6S sedangkan iPhone 6s Plus mempunyai masa 1 jam lebih lama iaitu 12 jam untuk penggunaan rangkaian termasuk 3G, 4G, dan Wi-Fi. Khas untuk bateri, iPhone 6s dan 6s Plus tidak mempunyai perbezaan dengan pendahulunya iPhone 6 dan 6 Plus.

Namun, iPhone 6s dan iPhone 6s Plus hadir dengan penambahan ciri-ciri terkini seperti kamera dengan resolusi 12MP dari yang sebelumnya hanya RMK8. Serta cip A9 yang membolehkan pergerakkan dan pengunaan sangat lancar berbanding cip A8 di iPhone 6 dan iPhone 6 Plus.

Selain dari sisi spesifikasi, iPhone 6s dan 6s Plus juga hadir dengan warna baru yang belum ada pada  siri-siri iPhone sebelum ini, iaitu rose gold.

NO COMMENTS

Leave a Reply