gambar-defam

Latar belakang

  • Ahli – Sophia , Azira , Manggis
  • Berasal dari Malaysia
  • Genre pop, Hip-hop, R&B
  • Pekerjaan – Vokal, Penari , Rapper
  • Tahun aktif – 2015 hingga kini
  • Label – Tune Studio

 

De fam merupakan sebuah kumpulan penyanyi dan penari  baru yang membawakan genre pop, hiphop dan r&b. Kumpulan ini terhasil dari persahabatan Sophia Liana, Azira Shafinaz dan Cik Manggis.

Azira pernah membintangi drama Married tapi Benci bersama Syafiq Kyle di slot lestari TV3 sebagai Rina. Ada juga beberapa drama lain yang turut dibintangi oleh Azira. Beliau bertindak sebagai vokal dan berumur 25 tahun .

Manakala Sophia sebagai Rap, vokal dan berumur 26 tahun. Seterusnya Cik Manggis juga adalah vokal dan telah berumur 27 tahun.

 

Single pertama mereka yang mendapat sambutan hangat melalui stesen radio adalah

  • #SUPERGIRL

Selepas lagu tersebut melonjak naik , mereka memberanikan diri mengeluarkan single terbaru bersama Brandon Beal

 

  • With You

Cik Manggis telah pun berkahwin dengan pemain bola sepak DRB-Hicom FC iaitu Syazmin Fidaus Aminuddin berumur 28 tahun pada 18 oktober 2014 . Azira dan Sophia masih lagi bujang.

Selain itu De Fam telah tercalon dalam Anugerah Meletop Era 2016 dalam kategori Group/Duo MeLeTOP yang bersiaran di Astro RIA dan RIA HD. Mereka juga tercalon dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016 Dalam kategori artis berkumplan popular.

 

Nama yang meningkat naik ini semakin menjadi sebutan ramai . Harap mereka akan terus melebarkan sayap dalam industri muzik .

NO COMMENTS

Leave a Reply