Pulau pinang tersenarai dalam salah satu tempat yang digelar syurga makanan di Malaysia . Rugi jika anda berkunjung ke sana tetapi tidak merasa makanan istimewa yang tersenarai di bawah . Makanan yang mudah didapati dan sangat popular . Kebanyakan pengujung sanggup beratur panjang di gerai gerai makanan hanya sekadar untuk merasa keenakan makanan tersebut .

Disini antara senarai makanan yang wajib anda cuba –

 

  1. LAKSA PENANG

Terdapat dua jenis laksa. Satu, masam dan menyengat dan lagi satu di masak dengan susu kelapa. Jangan tanya macam mana cara buatan laksa tersebut kerana hanya orang yang menjualnya tahu rahsia resepi turun temurun itu . Sangat berbeza rasanya dari rasa laksa yang sudah biasa kita dapat di pasar malam .

 

  1. NASI KANDAR

Nasi yang di hidangkan dengan pelbagai jenis kari dan bermacam jenis lauk dengan ikan, ayam, sotong, udang dan daging. Sangat sesuai bagi sesiapa yang sangat sukakan makanan yang berempah dan pedas. Keenakan nasi yang telah dicampur gaul dengan kuah kari dan segala macam kuah berempah sangat menyengat . Rasa yang pasti tidak dapat anda lupakan . Nasi kandar juga mudah didapati di seluruh Pulau Pinang kerana ia merupakan makanan utama .

 

  1. PASEMBUR

Ini adalah versi baru rojak yang dimana pasembur ini dicampur dengan hidangan goreng dan sayuran. Kuahnya pula adalah berasaskan kacang dan sos manis yang akan membuatkan anda tak senang duduk kalau tak makan. Pasembur juga merupakan salah satu makanan yang dicari di Penang . Selalunye di makan di waktu petang atau malam . Biasanya pasembur tebaik adalah yang dijual di gerai kecil di tepi jalan . Rasanya lebih asli berbanding restoran besar .

 

  1. CHAR KOAY TEOW

Ini adalah mee goreng yang leper tapi sering di terjemahkan dengan rasa yang sangat sedap dan tiada tolak tandingan nya. Memang sedap. Makanan ini dianggap sebagai menu simple . Mudah dan cepat . Keenakan kuah kicap campuran ini juga sangat menyelerakan . Juga kebiasaanya di makan pada malam hari . Hanya berharga lebih kurang RM4 untuk yang biasa . Juga terdapat tambahan Udang atau kerang .

 

 

 

  1. MEE HOKKIEN

Mee Hokkien versi Pulau Pinang adalah sejenis makanan yang direka oleh ramai individu termasuk lah mereka yang bukan datang daripada negeri ini. Mee kuning yang di masak dengan sup udang sudah tentu akan menjadi kesukaan anda . Mee yang pastinya dihidang panas . Walaupun menu ini lebih cenderung kepada warga cina , tetapi terdapat juga versi melayu (halal) . Anda hanya perlu rajin mencari sahaja .

 

  1. HIDANGAN NYONYA , PENCUCI MULUT DAN KUIH

Untitled

Kepakaran masak komuniti Nyonya merupakan satu lagenda. Dengan herba dan rempah, makanan itu sangat sempurna di campur pula dengan nasi putih yang dimasak secara stim sementara pencuci mulut dan kuih adalah petanda kepada kelembutan dan peribadi yang berwarna warni. Ia selalu dijadikan pencuci mulut .

 

  1. ROJAK

Ini adalah satu makanan yang asasnya daripada campuran buah dan sayuran seperti nenas, timun dan water appels bersama dengan potongan cuttlefish. Manakala kuahnya pula berasaskan dressing udang. Sangat sedap dan menyelerakan . Campuran yang sempurna . Bukan sahaja serbaneka tetapi sangat mengenyangkan . Anda harus cuba sendiri untuk merasa kepuasan .

 

  1. BUKIT TAMBUN SEAFOOD

 

Bukit Tambun merupakan satu tempat yang agak dekat dari Jambatan Pulau Pinang dan menyediakan pelbagai makanan laut dengan harga yang sangat murah. Antaranya adalah udang, ketam yang sedap dan apa saja hidangan laut yang anda suka tanpa ‘membakarkan’ poket anda . Anda bebas memilih makanan laut kegemaran anda . Ia juga segar .

 

  1. FURASIAN FOOD

Kepada para penggemar makanan Rusia bolehlah ke Little Penang Street Market dekat Upper Penang Road *hanya pada Ahad terakhir setiap bulan* dan ada satu restoran makanan Rusia disepanjang Jalan Kelawai. Antara yang popular adalah kari Debel, pickles, sweetmeat, ayam bakar, burger, sup Mulligatawny pedas, kedgerees, masakan stim dan pai. Makanan yang pasti menjadi pilihan penggemarnya .

 

  1. BAK KUT TEH

Bak Kut Teh ni adalah khas buat orang yang bukan Islam yang sangat menggemari daging khinzir. Ianya dimakan bersama dengan nasi putih dan ia merupakan hidangan masyarakat Cina. Ia juga menjadi pilihan utama masyarakat cina di penang . Menu ini terdapat di semua gerai makanan cina .

SIMILAR ARTICLES

NO COMMENTS

Leave a Reply