Salah satu pengalaman paling indah bagi pasangan yang baru berkahwin adalah berbulan madu . Lokasi berbulan madu yang selalu menjadi pilihan pasangan adalah tempat yang jarang dikunjungi , jauh dari tempat tinggal dan juga kawasan yang menarik juga romantik . Ada beberapa tempat di Malaysia yang pasti menjadi kenangan yang terindah sewaktu berbulan madu . Antara yang menjadi pilihan adalah tempat yang pasti menjimatkan kewangan pasangan .
Berikut adalah antara lokasi terbaik :-
1 . Pulau Langkawi
Pulau Langkawi merupakan sebuah pulau tumpuan ramai . Banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi , Terdapat juga banyak barangan yang sukar didapati di bandar lain . Selain itu , keindahan pulau ini merupakan satu tarikan . Kawasan yang sesuai untuk aktiviti romantik . Seperti menaiki Cable Car , berkunjung ke Under Water World , dan juga melawat ke Pekan kuah .
2.Cameron Highlands Resort
Cameron Highlands merupakan kawasan yang sesuai untuk pasangan yang meminati aktiviti luar dengan udara yang sejuk dan segar . Resort ini terletak di ketinggian 4900-5900 meter diatas permukaan laut .
3.Tanjung Aru
Pantai Tanjung Aru terletak lebih kurang 15 minit dari Kota Kinabalu . Pantai ini sangat sesuai untuk bulan madu romantik bersama pasangan . Selain beriadah dan mandi , anda juga boleh menunggang kuda di sana .
4.Mabul Water Bungalows
Tempat ini terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah . Tempat ini diiktiraf sebagai The best dive bases in the world kerana kejernihan airnya . Dekorasi gaya moden di villa terapung ini menjadikannya semakin kelihatan indah dan segar .
5.Bukit tinggi
Bukit tinggi atau Berjaya Hills Resort terletak berdekatan dengan Genting Highlands . Tempat bulan madu ini terkenal dengan kampung yang bertemakan Perancis, Colmar Tropicale . Tempat ini sangat sesuai untuk pasangan suami isteri yang suka dengan suasana romantik, santai .
6.Sipadan Water Village
Tempat ini menawarkan suasana yang romantik untuk pasangan suami isteri. Dengan air laut yang sangat jernih dan pemandangan dasar laut yang cantik menjadikan resort ini sangat sesuai untuk bulan madu.
7.Gayana & Bunga Raya Eco Resort
Resort ini terletak di Pulau Gaya. Kelihatan puncak Gunung Kinabalu dengan sangat jelas dari resort ini . Resort ini juga menawarkan SPA dengan menggabungkan rawatan cara barat dan timur .