Lewis Hamilton membuat kenyataan menarik menjelang berlangsungnya siri ke-10 MotoGP 2015 di Indianapolis, hujung minggu ini. Juara dunia Formula 1 itu mengaku tertarik untuk mencuba menunggang motor 1000cc yang dipakai para menunggang MotoGP.

“Semasa kanak-kanak lagi, saya teringin untuk mengikuti perlumbaan motor,” kata pemuda Inggeris yang sudah memenangi lima daripada 10 perlumbaan Formula 1 pada musim ini.

“Ketika ayah membelikan kereta gokart pertama untuk saya, sebenarnya saya mahukan motosikal,” Kata pelumba Mercedes itu kepada harian terbitan Inggeris, Mirror.

Meskipun tak boleh merealisasikan impian menjadi pelumba motorsikal, Hamilton berjaya meraih karier cemerlang di perlumbaan kereta. Dia berjaya meraih dua gelaran juara dunia F1, pada 2008 dan 2014.

“Saya ingin mencuba motor MotoGP untuk mengetahui bagaimana rasanya. Saya mahir dan faham garis perlumbaan, tetapi saya ingin tahu adakah saya boleh melakukannya, seperti saya memandu Formula 1” ujar lelaki 30 tahun itu.

NO COMMENTS

Leave a Reply