12038374_1009915702362789_1293377541104387431_n

Titiwangsa merupakan sebuah tasik atau tempat istirehat yang sering dikunjungi pada hujung minggu mahaupun setiap hari untuk aktiviti riadah seperti bersenam , memancing , menunggang kuda , berkayak dan banyak lagi aktiviti menyeronokkan . Disamping itu , tak kurang juga keluarga yang turut membuat majlis kecil seperti makan bersama di bawah pokok ditemani angin petang di kawasan itu .

Selain membawa bekal makanan yang dimasak sendiri dari rumah , mereka juga boleh membeli makanan dan minuman dari peniaga peniaga kecil di taman tasik tersebut . Antara makanan yang sering dijual pada hari minggu di kawasan itu adalah makanan ringan seperti sate , keropok lekor , sosej , aiskrim , air dan buah buahan .

Bagi golongan yang kerap beriadah di situ pasti tahu akan kewujudan gerai makanan di bahagian hadapan tasik . Gerai terserbut juga menyediakan banyak pilihan menu makanan panas . Namun , terdapat satu jenis perniagaan yang agak mendapat sambutan tidak kira bangsa . Dapat dilihat setiap hujung minggu di kawasan parkir kereta bahagian belakang , terdapat sebuah van yang menjual dua menu iaitu laksa utara dan cendol yang sentiasa dikerumuni orang . Pelanggan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan laksa dan cendol yang agak lazat tersebut .

1383383_854922654569923_6904022279235657234_n 10351762_854922634569925_2593767209855004647_n

Van berwarna biru tersebut terpampang besar sebuah banner yang menunjukkan nama komersial “Che Ita Laksa Van Biru”. Van tersebut akan tiba di kawasan Titiwangsa sekitar jam 5 petang untuk memulakan perniagaan . Namun , seawal jam 7 malam , mereka sudah sedia untuk beredar dari lokasi kerana kehabisan stok laksa dan cendol . Namun hal ini berlaku bukan kerana stok yang dibawa sedikit , tetapi kerana permintaan pelanggan yang terlalu banyak setiap kali mereka membuka gerai .

Dengan berniaga secara bergerak dan hanya membawa sebuah van sederhana , mereka tidak dapat menyediakan meja dan kerusi untuk pelanggan menjamu selera . Tetapi mereka masih mampu menyediakan tikar gulung untuk pelanggan yang ingin duduk menjamu selera di bahagian bawah pokok berdekatan van . Sebut tentang keenakan laksa utara tersebut , rasanya sangat unik , mungkin kerana resepi turun temurun . Kuah laksa yang sering kita dapat apabila makan di mana mana gerai luar hanya kuah laksa yang agak cair dan hanya rasa masam . Tetapi istimewanya laksa ini , kuah yang dihasilkan agak pekat , hingga terasa isi ikan yang berada di dalam kuah ditambah pula dengan potongan timun , salad , dan juga cili api yang dipotong kecil untuk rasa pedas . Dengan harga RM 4 , anda dapat menikmati semangkuk laksa yang asli . Sekali rasa , pasti anda nak lagi .

11073571_861239027271619_6313575607965078566_n

Keistimewaan cendol pula , mereka bukan sekadar menyediakan cendol biasa , tetapi cendol tersebut mempunyai tambahan jagung sweetcorn yang agak banyak dari kebiasaan . Santan yang dimasukkan ke dalam cendol tersebut juga agak pekat . Pelanggan juga boleh memilih sama ada ingin cendol jagung , cendol pulut atau cendol durian . Juga disediakan di dalam cawan plastik atau mangkuk pakai buang  . Dengan hanya RM 3 , anda dapat menyegarkan tekak anda setelah menikmati laksa . Dua gabungan menu yang mendapat perhatian ini boleh anda cuba pada setiap petang hujung minggu di kawasan Taman Tasiki Titiwangsa .

Selamat Mencuba !

NO COMMENTS

Leave a Reply