Kereta Honda Paling Laju

Civic Type R akan menjadi model pertama di Eropah untuk mendapatkan satu untuk semua-baru enjin VTEC TURBO Honda dari pelbagai Earth Dreams Teknologi Honda. 2 liter, direct injection, 4-silinder enjin turbo dijangka mempunyai output yang mendahului kelasnya melebihi 280PS dan akan EURO 6 patuh.

Honda-Civic-Type-R-Turbo2015

 

Masih ada masa lagi dua tahun untuk pasukan R&D Honda membangunkan jentera Type-R ini untuk menjadikannya kereta pacuan depan paling laju di litar Nürburgring. Presiden Honda Europe, Manabu Nishimae berkata, ujian pemanduan telah pun bermula, dan model ini sudah begitu hampir untuk memecahkan rekod sedia ada. Objektifnya ialah untuk memecahkan rekod 8minit 7.97saat yang dicatatkan oleh Renault Megane RS Trophy dalam 2011. Adakah Honda Civic Type-R baharu ini mampu? Sama-sama kita nantikan.

 

 

ENJIN_VTEC_TURBO

 

2.0 liter VTEC Turbo Earth Dreams Technology engine

Honda telah mengumumkan pengenalan tiga siri enjin VTEC Turbo yang merupakan sebahagian dari pembangunan dalam Honda Earth Dreams Technology. Enjin-enjin tersebut didatangkan dalam tiga kapasiti; 1.0 liter, 1.5 liter dan 2.0 liter, akan menjanakan prestasi dinamik, pengeluaran kuasa yang mendahalui (dalam kelasnya), juga penjimatan bahan bakar.

Ketiga-tiga enjin ini tidak dibangunkan untuk dipasang ke model-model Honda sedia ada, dan hanya akan digunakan untuk model-model global Honda di masa akan datang, bergantung kepada keperluan pasaran tempatan dan ciri-ciri kenderaan.

Dikatakan, model pertama yang bakal dilengkapi enjin VTEC Turbo ini ialah Civic Type R baharu, yang mana model tersebut bakal membuat kemunculan sulungnya di Pameran Motor Tokyo (Tokyo Motor Show). Enjin 2.0 liter VTEC Turbo tersebut didakwa sangat responsif dan sangat cekap, mempunyai lebih 280hp dan mematuhi standard EURO 6. Model Honda Civic Type R ini hanya akan dipasarkan di pasaran Eropah.

Sememangnya dengan pengumuman tentang barisan siri enjin VTEC Turbo ini, pasti peminat-peminat VTEC teruja. Mana tidaknya, VTEC pun sudah laju, ini kan pula digabungkan dengan turbo. 

 

NO COMMENTS

Leave a Reply