Apple hari ini telah mengambil pentas utama dan mengumumkan telefon pntar terbaru mereka bersaiz 4-inci, iaitu iPhone SE. Ia menawarkan kuasa pemprosesan yang sama seperti iPhone 6S, dan apa yang menjadikannya berbeza adalah saiz telefon berkenaan yang kini lebih selesa ditangan.

iPhone-SE-05

Apple iPhone SE ini menawarkan kuasa pemprosesan sama seperti iPhone 6s – iaitu dua kali ganda berbanding iPhone 5s, dan tiga kali ganda kuasa grafik berbanding iPhone 5s. Perkara ini dijayakan dengan menggunakan cip pemprosesan A9 dan juga M9 pada telefon pintar ini.Apple iPhone SE Apple iPhone SE Apple iPhone SE

Kamera juga dilihat lebih baik dari iPhone 5S, mungkin menggunanakan kamera yang sama seperti di iPhone 6S dengan 12 Megapixel serta sokongan Dual-LED Flash, PDAF, rakaman 4K dan sebagainya. Dibahagian hadapan pula hadir dengan 1.2 Megapixel kamera.

Untuk smartphone pertengahan atas ini, Apple turut memperkenalkan kemaskini iOS 9.3 yang tersedia diapasang pada peranti ini. Fungsi lain seperti pengimbas cap jari, sokongan Apple Pay, bateri Li-Po 1642 mAh serta sokongan LTE turut hadir untuk peranti ini.

iPhone-SE-vs-iPhone-5s

Platform : iOS 9.3
Pemproses : Apple A9
CPU : Dual-Core 1.84 GHz Twister
Paparan : 4.0 Inci, 640 x 1136 pixels 4.0 Inci, 640 x 1136 pixels
Memori : 1 GB RAM, 16/64 GB Internal 1 GB RAM
Kamera
12 Megapixel, F2.2 (Kamera Utama)
1.2 Megapixel, F2.4 (Kamera Selfie)
Dual-LED Flash, 4K Recorder
Rangkaian : 4G LTE 4G LTE
Bateri : Li-Po 1642 mAh Li-Po 1560 mAh

iphone-5s-side-1200x1174

Ciri-Ciri

Warna : Space Gray, Silver, Gold, Rose Gold
Bluetooth, Wi-Fi, NFC
Pengimbas Cap Jari
Space Gray, Silver, Gold
Bluetooth, Wi-Fi
Pengimbas Cap Jar

Harga bagi iPhone SE ialah $399 (~RM1619) bagi model 16GB dan $499 (RM2025) bagi model 64GB. Kami galakkan anda pilih model 64GB sekiranya berniat memiliki iPhone SE kerana gambar 12 MP dan video 4K ‘memakan’ banyak ruang storan dalaman iPhone.

Tinjaun kami di laman Apple Malaysia menunjukkan iPhone SE sebagai ‘coming soon’ dan saya jangkakan anda tidak perlu menunggu lama untuk memiliki iPhone SE di Malaysia.

NO COMMENTS

Leave a Reply