Kelantan Lawan Lions 12 Final Piala FA


Nasib tidak berpihak kepada Pantai Timur buat kali ini, tadi ronda jalan Stadium terpapar wajah kecewa di  muka penyokong-penyokong Kelatan. Piala Keramat di julang Singapore pada tahun ini, tapi itu adat perlawanan, ada menang ada kalah.

Admin kupas sikit la menganai perlawanan ini.

Perlawanan yang menarik ditunjukkan oleh kedudua-dua pasukan, pada mulanya Pasukan kelantan nampak seperti takut takut untuk melakukan gerakkan, dan banyak terlepas bola dari hantaran pasukan sendiri, mungkin mereka gopoh kan, nervous depan penyokong mereka dan harapan seluruh rakyat Malaysia nak Kelantan menang Piala FA ni.

Pada awal-awal minit ke 7 tak silap, pemain Lion 12 Faris jaringkan gol awal. Adehhhh… tapi awal lagi kan bola itu bulat macam macam boleh jadi. Lepas jaringan tu, pemain mungkin sedar dari tidur. Main dengan lebih berjag-jaga. Part ni la bestt.. Kelantan menyerang punya menyerang, penyokong makin bersemangat serang punya serang serang tak berjaya jugak score.

Masuk babak ke 2. Peminat makin risau biasa la siapa tak kenal Singapore semua pelakon handalan tu semua, tapi kali ini mereka nampak lebih profesional, lakonan tak ada sangat, tak ada buang masa. Tepukann sikitt… sikit jee auu.

Permainan masih berpihak kepada Kelantan, Kelantan masih menyerang dari pelbagai arah, ada penyudah tapi tiada rezeki. Akhir sekali pada minit ke 63 tak silap Wan Zack dapat menyamakan kedudukan, stadium nak runtuh dah masa tu.

Minit 81 Singapore mengambil peluang atas kesalahan pemain pertahanan sendiri, apa boleh buat memang tak boleh buat apa-apa. Jaringan ke dua sangat mudah di jaringkan dari luar kotak penalti, rembatan padu dan Lions 12 kembali ke hadapan. 4 Minit masa tambahan, mungkin tak cukup 2 diorng boh 3, Sepakkan penalti di sumpurnakan dengan mudah oleh Suhaimi.

Tamat perlawanan. Tapi bagus laa.. dua-dua pasukan main dengan penuh semangat kesukanan, dia pergaduhan, penonton pun tak  buat rusuhan. Ini ada perlawanan, tahniah juga kepada pengadil yang berjaya mengawal perlawanan.

GOMO KELATE GOMO.

Nak lebih detail ngan padu lagi ni haa.. Web bola Malaysia 100% bahasa Malaysia sempoi habis.. EPL Champion League semua ada. RancakBola.com Maklumat Sukan Terkini

NO COMMENTS

Leave a Reply