13103371_617045758458727_2897790324770027614_n-696x463

Piala FA perlawanan suku akhir antara Johor DT dan Kedah bermula dengan suasana yang hangat di Stadium Larkin, kali ini kelebihan lebih berpihak kepada Johor DT walaupun sukar kerana memandangkan Kedah mempunyai kelebihan daripada perlawanan pertama.

Pada minit awal lagi JDT telah memberikan tekanan kepada barisan pertahanan Kedah. Serangan demi serangan bertubi-tubi melalui Jorge Diaz, Azinee Taib, Syafiq Rahim dan juga Lucero. Namun setiap serangan masih dapat di kawal oleh benting pertahanan.

Tetapi pada minit ke-23, Jorge Diaz, berjaya menjaringkan gol dengan mudah akibat dari kesilapan pemain kedah sendiri. Perebutan bol menyebabkan gawang terhidang luas dengan tenang Diaz berjaya menjadikan kedudukan 1-0 dan 2-2 secara agregat.

Selepas jaringan Diaz, Kedah kelihatan semakin hilang tempo perlawanan, Kedah lebih banyak bertahan. JDT berjaya menguasai padang dengan rentak yang lebih baik, hantaran demi hantaran, percubaan demi percubaan berjaya di hasilkan. Tamat separuh masa pertama dengan jaringan 1-0.

i

Kedah bermula separuh masa kedua, dengan rentak yang agak baik, mereka berjaya mengawal bahagian tengah dengan lebih yakin berbanding pada separuh masa pertama.

Walaupun Kedah mewujudkan banyak peluang pada separuh masa kedua, namun tidak dapat mencari sentuhan jaringan, semasa Kedah sibuk mencari jaringan penyamaan JDT berjaya melakukan serangan balas, serangan bermula daripada Diaz di sebelah kiri. Diaz berjaya meloloskan diri masuk ke dalam kotak penalti dan melakukan hantaran kepada Lucero, hantaran dengan mudah meletakkan JDT di hadapan 2-0.

Johor kembali yakin mendominasi permainan, Kedah berjaya merapatkan jurang jaringan melalui gerakan sola Fakri Saarani. Kedudukan 2-1 dengan agreget 4-3

Sebelum tamat perlawanan Diaz berjaya menjaringkan gol kemenangan, dengan agreget 4-3.

Perlawanan Tamat JDT 3(4) 1(3)

 

NO COMMENTS

Leave a Reply