Apa itu Isoflavones ? Isoflavones adalah ? Sejenis makanan ? Kebaikan Inflavones ? Mungkin korang pernah dengar kawan cakap, atau sesiapa saja tapi tak tahu apa, korang pun iya kan dan menganguk kepala. Emmm iya la.. Hahaha, Admin terangkan sikit apa itu Isoflavones.

Apakah Itu Isoflavones

Isoflavones mungkin nama baru kepada sesetengah pembaca kan ? Isoflavones adalah sejenis phytoestrogen (plant hormon) yang terdapat pada tumbuhan seperti kacang soya dan red clover. Isoflavones mempunyai struktur kimia yang sama degan estrogen, Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama oleh sebab itu ia dapat mengimbangi paras estrogen di dalam badan.

Rasanya ramai yang dah tahu isoflavones itu apakan ? insoflavones ini terdapat dalam makanan atau minuman yang dihasilkan dari kacang soya termasuklah tempe, tofu, tepung soya, susu soya dan sebagainya yang berkait dengan soya.


Manfaat Dan Kebaikan Isoflavones

1. Membantu meredakan simptom menopaus bagi wanita

Kajian terkini mendapati protein soya isoflavones boleh mengurangkan simptom dan gejala menopaus. Kebanyakan masalah kesihatan yang berkait dengan menopaus dan post-menopaus adalah disebabkan kekurangan isoflavones dalam diet Western.

2. Mengurangkan risiko serangan jantung

Isoflavones menghentikan pertumbuhan sel-sel yang menyebabkan penyumbatan arteri. Arteri-arteri ini biasanya membentuk gumpalan-gumpalan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Perlindungan terhadap gangguan prostat dengan mencegah pembesaran kelenjar prostat lelaki iaitu melambatkan pertumbuhan kanser prostat dan menyebabkan sel-sel kanser prostat mati.

3. Memperbaiki kesihatan tulang

Protein soya isoflavones juga membantu meningkatkan kepadatan tulang, Iaitu boleh mencegah penyakit osteoporosis.

4. Isoflavones adalah antioksidan

Kajian menunjukkan isoflavones mempunyai sifat antioksidan setara dengan antioksidan yang terkenal dari Vitamin E. Kekuatan antioksidan isoflavones dapat mengurangkan risiko kanser jangka panjang dengan mencegah kerosakan DNA.

5. Boleh mencegah pertumbuhan tumors

Isoflavones boleh melawan pertumbuhan tumor kerana isoflavone betindak melawan sel-sel kanser.

Haaaaa.. korang dah tahukan apa itu Isoflavones, banyak manfaat dan kebaikan dia. Jadi lepas ni sebatla kacang soya banyak banyak. Hahahaa..

1 COMMENT

Leave a Reply