IamNeeta Bermula dari Youtube

IamNeeta Bermula dari Youtube

0 404

IAMNEETA - RAW (25 of 740)

Bermula dari perkenalan mereka di Sungai Petani , terhasillah sebuah band yang dinamakan IamNeeta sempena nama vokalis mereka Neeta Manishaa iaitu seorang kacukan Chindian . Manakala gitaris utama merangkap komposer dan penulis lirik band ini ialah Patrick Anohada yang berasal dari Sabah . Pemain Bass pula adalah Anas Zakwan , yang merupakan rakan Patrick .

Difahamkan , Patrick dan Anas sering ‘jamming’ bersama . Kelebihan Patrick menghasilkan lagu membuatkan mereka sependapat untuk menubuhkan sebuah kumpulan muzik tetapi mereka tidak mempunyai vokalis . Kebetulan , Anas mengenali Neeta melalui akaun MySpace yang agak popular suatu ketika dulu . Neeta yang dikenali sangat meminati muzik dan bidang nyanyian . Suara Neeta juga unik pada pandangan Anas . Atas persetujuan , Anas membawa Neeta untuk jamming bersama di studio kecil milik Patrick .

IAMNEETA - RAW (429 of 740)

Cover pertama mereka yang bertajuk Rolling In The Deep telah mendapat perhatian di akaun Youtube . Mereka menerima banyak komen positif , like dan view yang sangat memuaskan . Apabila mendapat sambutan , mereka membuat lebih banyak cover secara akustik di akaun Youtube milik Patrick . Atas semangat ketiga anak muda ini , mereka telah dilamar oleh NAR Records sebagai artis rakaman pada Februari 2012 .

Lagu pertama yang dihasilkan mereka ialah Tuhan Tolong Aku yang berkonsepkan muzik pop alternatif . Patrick Anohada selaku komposer dan penulis lirik lagu ini menceritakan tentang seseorang yang mencari hala tuju dalam hidupnya dan berdoa kepada tuhan agar membuka jalan apabila tidak bertemu titik penyudah .

Nama band IamNeeta kini telah melonjak naik dan mempunyai peminat setia yang sentiasa menyokong mereka . Mereka juga telah mempunyai lagu lagu baru seperti Terima Kasih , Jatuh Cinta dan beberapa lagu lagi yang sering dimainkan di stesen stesen radio seluruh Malaysia . Selain itu , mereka juga mempunyai lagu raya ciptaan Patrick Anohada yang mengandingkan IamNeeta bersama Najwa Latif , Mimie Haris dan Deanna Hussin .

Semoga perjalanan muzik ketiga anak muda ini akan terus segar di persada dunia seni tanah air ini .

 

 

NO COMMENTS

Leave a Reply