Selepas 3 tahun lebih bawa kereta Honda Civic, iaitu sekitar 140k kilometer, kereta aku dah buat masalah. Tayar kereta berbunyi. Bunyi kuat tayar kereta dari  bahagian belakang sebelah kiri. Bunyi humming tu pada awal 3 bulan lepas tidaklah terlalu kuat, tetapi setelah 3 bulan, bunyi semakin kuat macam bunyi lori pun ada.. haha..

Aku rasa dah tak sempat pergi ke Kuala Lumpur nak survey bearing, bunyi dah terlalu kuat, tak berani bawa kereta jauh ke Kuala Lumpur. Sempat buat survey workshop di Slim River Perak, tanya di 2  buah kedai di sekitar situ, masalahnya adalah berpunca daripada  tayar kereta yang berbonggol. Tapi yang peliknya tayar aku tu tak sampai lagi setahun tukar, takkan dah berbonggol. Bunga tayar pun lebat lagi.. Cukup tak puas hati dengan jawapan disebabkan tayar kereta aku. Cari workshop lain. Jumpa kedai yg ke 3 , baru lah katanya masalah pada bearing tayar yang rosak. So bincang harga. Harga bearing tayar Honda Civic RM450, campur Servis charge RM50. Total RM500 katanya. Aduh kopak duit aku, ingatkan dlm RM300 ke harga dia. Itu harga di Slim River, Perak. Sudah pasti harga di Kuala Lumpur lebih murah.

Aku terus setuju dengan harga dan bermula lah proses pemasangan bearing.

Kereta dah siap sedia untuk dibaiki.

 

Ni lah ruper bearing yang rosak tu

 

 

Bearing rosak

 

Tip untuk dapatkan bearing yang murah.

Anda perlu pergi ke supplier sparepart kereta anda dan dapatkan terus dengan harga yang rendah tanpa perlu berurusan dengan orang tengah. Untuk kereta Hondo Civic boleh pergi ke kedai berikut :

Kean Tat Auto Parts Sdn Bhd 
No. 355, Batu 2 1/2, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur.
Tel: 03-4042 6833
Front : RM120
Rear : RM400

Hingan Auto Parts Sdn Bhd
44, Jalan Sungai Besi,
57100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9222 8868
Front : RM140
Rear : RM270

Exceptional Auto Parts Sdn. Bhd 
13, Jalan Pendidik U1/31
Hicom Glenmarie Industrial Park
40150 Shah Alam
Tel : 03-5569 3538 / 03-5569 3638
Front :RM120
Rear :RM270

Bayaran servic pemasangan sekitar RM50 hingga RM100.

Siputhijau – Abis duit aku.. tapi yang penting keselamatan diri lebih utama.. nanti jangan pulak tengah bawak kereta, tayar belakang aku tercabut dan lagi laju dari kereta aku..

Owner inter4web.com. Online Businessman.

SIMILAR ARTICLES

0 1523

30 COMMENTS

  1. Saya tak pernah pakai Honda dan saya baru beli Honda Civic 1.8 model 2015. So apa yang perlu saya buat untuk pastikan boleh bawah long distance…

  2. skrang bunyi bising waktu pagi sebelah kanan…I suspek belt tensioner.. sapa ada pengalaman bunyi bising ini? mohon share

  3. masalah bearing tayar belakng fd2 perkara biasa. kelemahan Honda civic. keta saya 50k milage pun kena. I dah down grade rim 16inci sekarang. hopefully boleh tahan lama….

  4. Sama la. Sy pun ad problem yg sama. Mslah bearing jugak. Around 3rts lbh. tapi sy lom buat. Ni bru nak survey spare part murah2. Harap bro boleh bantu.

  5. Mohon bantuan pengalaman bro..Apa masalah keta honda semasa jalan highway..tetiba bunyi ” prakk!!!..kuat juga..sebelah tayar kanan belakang..tq all

  6. Ak pun sama gk masalah bearing. Mula2 knn, ps tu kiri lk.sib baek yg knn under warranty. Bunyi mcm ad motor follow dr blkg.hhuhu rabak. Tp lyn jer.yg penting drive dlm perfect condition

  7. salam geng, sy pn mengalami masalah yg sama,kiri n kanan .try hantar honda untk CLAIM WARRANTY tp malangnya x blh sbb pernah skip service maintenance sekali sahaja sakit hati x terkira.geram punya pasal beli sendiri kt jln ipoh kl.rm250 buka you tube n pasang sendiri mmg sng.. tayar blkg cuma diikat pada 4 skrew bearing sedih betol.skrg dh ok.

  8. memang honda civic maslah utama dia bearing rosak..aku pun bru lepas kena…biasa bearing belakang alik kiri akan rosak dahulu..senang saja nak check ..pergi kedai workshop yang boleh lifting tayar…lepas tu pusing tayar dgn laju..letak tangan di spring..masa pusingan tayar tu,dia akan rasa getaran yang kuat..itu maknanya RM350-500 perlu dikeluarkan dari kocek untuk tukar benda alah tu..sekian

  9. kesian bro, aq penah ada masalah yg sama. tapi aq g beli sendiri setongkol bearing dah upah pasang jew,. abis semua sekali ngam upah dlm rm300 jew. hmm tapi aq br tahu , bearing boleh jimat lagi , g baca kat fb .. ada jawpaannya. 🙂

  10. Admin.. Wheel bearing kat sparepart tu ori ke taiwan.. murah tu..
    saya baru tukar 2 minggu lepas sebelah kanan (RM 450) tapi masih berdengung jugak, mungkin sebelah kiri pulak tapi yang sebelah kiri tu baru 4 bulan tukar.

  11. Terima kasih atas maklumat. Kereta Civic saya enjin senyap dari luar. Tapi bila memandu, bunyinya sangat bising kat dalam. Bila ambil selekoh, tayar sebelah kiri rasa macam lari. Rasanya rosak bearing juga.

  12. teruk la camni….masa warranty lbh kurang 40000km dah kena bearing blkg sebelah kiri….ari ni 88000km kena pulak…apsal jadi camni ek?

  13. saya pun baru je lepas tukar bearing belakang..kiri kanan…pomen charge RM270 per set..so total kene RM590 include upah RM50…kopak den..last 3 months kene kipas dua2 jem…tanya honda RM1k…bila g jumpe pomen ni, dia charge RM5++..alhamdulillah…kete nmpk ok je..

  14. Sy baru tukar tadi…siap upah RM360.00…setakat ni mmg puas hati dgn servis kat Vonda Service Centre di Muar…mmg common problem utk civic…selain dari power steering pump…

  15. Hmm sangat membantu.. masalah yang same. civic fd baru 2 bulan tuka tayar. Balik dari genting ttba bunyi berdengung seolah2 ade moto follow kat tepi. Bunyi dari tayar blkg belah kiri. so skg dh tau punca die. Besok hntr kt workshop sri gomba k. thanks for sharing..

  16. baru tukar bering belakang kat kedai eq uine seri kembangan kena rm390 siap upah….baru takde bunyi berdengung dlm keta…minggu lepas kena tensional roller belt dlm enjin ..kena 460 …sangap brader..

  17. saya baru tukat bearing last two week, bearing belah kiri belakang..bunyi kuat juga, after replace bunyi hilang but pomen cakap belah kanan pun nak kena tukar juga…nak tanya sikit bearing kalau tukar sebelah..kena tukar dua-dua belah juga ke..

  18. adoi.. aku pun mengalami masalah sama. mmg la rim sukan aku bengkok. so workshop cakap sebab rim sukan bengkok. aku baru tukar semalam. at last bunyi masih tak hilang. menyesal je… adoi,.. konpom wheel bearing ni.

  19. setiap owner civic FD akan pasti mengalami masalah bearing roda belakang ni, termasuklah aku yg kena masa mileage 70K (belah kanan) & 78K (belah kiri)…. so far, kalau beli parts ni kat kedai spare parts dlm RM300 jer…

  20. hehe.. sama la kita bro 🙂 Biasanya kalau pegi kedai honda service center harga mahal.. dah tanya sblm ni di service honda di jalan genting klang, kl sana 600 jugak, tp waktu tu x berapa kuat bunyinya, terus x jadi buat lagi. skrang dah sampai perak, bertambah teruk, bunyi lagi kuat.. terus cari workshop area sini.

    harap artikel ni dapat share dgn org2 mcm kita ni.. haha.. sharing is caring..
    admin recently posted..Wartawan China Sanggup MatiMy Profile

  21. Wow, many thanks bro. Saya terjumpa blog ni pada masanya. Skrg do servis honda puchong. Bearing blkang diorg kata 600 lbh. Huhu.

Leave a Reply

CommentLuv badge