Gempa Bumi Terbaru Di Chile 8,3 Skala Richter


Gempa Bumi Terbaru Di Chile 8,3 Skala Richter menggegarkan wilayah Chile, menyebabkan sejumlah bangunan di ibu kota Santiago bergegar, Rabu (16/9/2015).

Pusat berlakunya gempa bumi terletak kira-kira 232 kilometer dari Santiago. Laporan awal Badan Survei Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkaitan gempa ini adalah 7.9 SR, namun setelah disemak semula menjadi 8.3 SR.

Beberapa gempa susulan dilaporkan berlaku tidak lama selepas gempa pertama.

“Gempa 8.3 SR mengegaran Chile, merisaukan tsunami mengancam,” lapor Pusat Amaran Tsunami Pasifik, seperti dikutip AFP.

Peringatan tsunami juga dikeluarkan untuk wilayah Peru dan Hawaii, supaya lebih berhati-hati dan bersiap sedia.

Menurut laporan wartawan BBC, getaran gempa 8.3 SR juga dirasakan di beberapa wilayah Argentina seperti Mendoza dan ibu kota Buenos Aires.

NO COMMENTS

Leave a Reply