Gambar Sinopsis Dan Trailer Filem Aksi Terbaik 2015 Polis Evo, Admin rasa cerita ini akan meletop di panggung, tengok saja barisan pelakon dah tentunya hebat hebat. Admin rasa filem ini akan memberi impak yang besar kepada industri perfileman Malaysia. Trailer dia je dah menarik, meletop letop, warna dan angle camera yang hebat dan lawa ,  mungkin boleh kalahkan KL Gangster.

PELAKON

Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Allahyarham Harun Salim Bachik, Mimi Ernida, Wan Hanafi Su, Ayie Hushairi, Pablo Amirul, Yuzz Murai, Amerul Affendi, Eyka Farhana dan ramai lagi.

SINOPSIS

Kisah Polis Evo bermula apabila seorang Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur iaitu Inspektor Khai (Shaheizy Sam) ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif dengan selok-belok negeri kelahirannya itu.

Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikut prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal.

Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka. Berjayakah mereka melumpuhkan operasi pengedaran dadah tersebut? Dan apakah pengorbanan Inspektor Sani untuk menyelamatkan keluarganya?

Trailer


GAMBAR

Jangan terlepas menyaksikan Polis Evo di pawagam pada 17 September 2015 di panggung berhampiran anda.  Fuhh macam retis dah kan..

NO COMMENTS

Leave a Reply