Kekecewaan sudah pastinya terpampar di wajah setiap penyokong mahupun pemain-pemain Frenz United Malaysia kerana tewas buat kali ke dua. Perlawanan yang kedua menentang  kelab yang berasal dari Argentina iaitu  pasukan Estudiantes FC, kekalahan dua kali berturut-turut ini telah sedikit sebanyak menutup ruang Frenz United Malaysia ke separuh akhir bersama Tottenham Hotspur.

Kekalahan sebanyak 4 berbalas 0 agak mengecewakan peminat Frenz United Malaysia kerana dengan jurang jaringan yang banyak. Kelab Frenz United Malaysia telah dibolosi sebanyak 9 gol tanpa sebarang jaringan dalam 2 perlawanan yang telah berlangsung, meletakkan Frenz United Malaysia berada di tangga tercorot kumpulan D.

10887381_793892424016837_5906263018095224092_o
Kesebelasan utama Frenz United Malaysia menentang Estudiantes.

  10887581_794056074000472_5893706535126690670_o
Tangkapan kemas daripada penjaga gawang pasukan Frenz United Malaysia, Shervin.

 
Gol ke-4 jaringan daripada Lazzarini Emiliano pada minit ke 50.

Walaupun sudah tewas 2 perlawanan, Frenz United Malaysia haruslah mencari kemenangan pada baki perlawanan yang terakhir kumpulan D, Mungkin 3 mata penuh sudah boleh mengubati hati hati penyokong Frenz United Malaysia. Frenz United harus tabah kerana mereka akan  kritik dengan cemuhan yang lebih ‘Lazerr’ dan pedih setelah menampilkan permainan yang kurang memberangsang.

Penyokong-penyokong Frenz United berharap agar  Frenz United tidak bermain secara sambil lewa pada game yang akan datang, mereka berharap agar Frenz United dapat membuka mata mereka pada perlawanan terakhir menentang Indian International FA dengan menampilkan permainan yang cantik dan aggresif walaupun sudah tiada peluang untuk ke suku akhir. TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

NO COMMENTS

Leave a Reply