“I love a challenge, and trying to become the first person to break the speed of sound in freefall is a challenge like no other.”
Felix Baumgartner

Itulah kata-kata Felix Baumgartner,pemegang rekod dunia-manusia pertama yang berjaya memecah rekod kelajuan bunyi.768 batu per-jam,juga manusia pertama yang terjun dari titik tertinggi di dunia.

Manakala Baumgartner pula mencapai kelajuan maksimum 833.9 batu sejam semasa lompatan Ahad atas padang pasir New Mexico.Iaitu 1.24,lebih cepat daripada kelajuan bunyi.Kelajuan yang hanya boleh dibuat oleh kapal terbang supersonik.

Felix baumgartner,seorang ahli penerjun bebas telah berjaya terjun dari belon udara dengan jarak ketinggian 120 ribu kaki atau 36 Kilometer dari lantai bumi.Jarak ketinggian yang cukup untuk kita melihat keseluruhan bentuk plenet bumi.

Baumgartner dibawa ke angkasa dengan belon udara yang terbesar didunia.Belon yang apabila diterbangkan ianya sebesar bangunan 55 tingkat.Setelah mencapai ketingian maksima,di ruang stratos,beliau akan melompat keluar dari kapsul yang dibawa bersama belon udara.Belon udara ini dilancarkan di Roswell, satu kawasan yang pernah mengemparkan peminat makhluk asing atau Alien,dimana dikatakan  pesawat UFO pernah terhempas di sini

bagaimana pun Baumgartner dilengkapi dengan pakaian khas yang serba serbi lengkap.Beliau menghabiskan lebih kurang 5 bulan,merpersiapkan diri dari segi fizikal dan mental sebelum menbuat terjunan.Beliau menyatakan selepas membuat terjunan,bahawa perjalanan lebih cepat daripada bunyi adalah sukar untuk diceritakan kerana dengan tiada titik rujukan kita tidak tahu bagaimana rasanya.

Baumgartner diturunkan selamat di timur padang pasir New Mexico kira-kira sembilan minit selepas melompat dari kapsul.apa mungkin satu hari nanti ada manusia yang melompat dari bulan ke muka bumi?Jawapan nya masih dicari.

Kita tengok video berkaitan terjunan Stratos ni:

Owner inter4web.com. Online Businessman.

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge