MAHARAJA LAWAK MEGA 2014
 fakta tentang tiga adik-beradik ini yang bergelar juara MLM 2014 korang perlu tahu

Capture

1. Mereka sudah ketiadaan bapa dan tanggungjawab ketua keluarga dipikul 3 beradik ini.

2. Pekerjaan mereka bertiga sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar.

3. Arwah bapa mereka cacat penglihatan namun dapat membesarkan mereka – perkara ini sekaligus membakar semangat mereka untuk mengubah nasib keluarga.

4. Syaiful berhenti sekolah semasa tingkatan satu bagi membantu menyara kehidupan keluarga

5. Ketiga-tiga adik beradik ini mahir dalam ilmu mempertahankan diri iaitu Silat Gerak Kilat sejak dari kecil – diajar oleh bapa mereka.

6. Dari silat itu juga, mereka handal melakukan aksi akrobatik.

7. Mereka mengakui bergaduh ketika mengeluarkan idea untuk dipersembahkan di pentas MLM demi mendapatkan idea yang lebih baik.

8. Syaiful, kadir, Kunal berasal daripada suku kaum Bajau Simunul.

9. Nama kumpulan Zero itu dicerminkan melalui kehidupan mereka yang disifatkan serba kosong.

10. Syaiful yang juga terkenal dengan nama gelaran Melati akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan Februari ini.

11. Mereka mahu menggunakan wang kemenangan itu untuk menghantar ibu mereka menunaikan umrah dan seterusnya akan digunakan untuk
membuat rumah dan selebihnya untuk perkahwinan Syaiful atau ‘Melati’.

12.Hanya Sharif dari kumpulan Zero sahaja dah berkahwin. Sharif dikatakan berkahwin kira-kira 2 tahun yang lalu.

isteri sharif zero (10)isteri sharif zero (8)

NO COMMENTS

Leave a Reply