rice_in_a_wooden_spoon-1440x900

Bagi wanita atau remaja di luar sana yang inginkan kulit yang cantik, halus dan gebu dan tidak mahu menghabiskan wang untuk membuat treatment atau facial, ada cara mudah untuk anda. Anda tidak perlu menghabiskan wang beratus-ratus ringgit semata-mata mahu membuat treatment atau facial mahupun membeli produk kecantikan yang mahal. Anda boleh sahaja membuat saloon sendiri di rumah!

Salah satu caranya ialah dengan memakai skrub beras. Amat mudah dan berkesan. Begini caranya:

Bahan – beras (kuantiti lebih kurang dalam satu mangkuk kecil, tidak kira beras apa, jenama apa, warna apa), mangkuk kecil, blender, rolling hand, lemon (satu biji), organic brown rice (jika perlu)

Cara-cara:

1. Ambil beras dan alaskan dengan plastik. Jika tiada plastik, atas meja pun boleh asalkan bersih. Roll kan beras tersebut dengan menggunakan rolling hand sehingga kecil dan halus. Ia mungkin mengambil sedikit masa untuk menjadi halus.

2. Dengan menggunakan blender, blendkan campuran tadi. Ini akan menjadi skrub anda. Jangan blend sampai hancur macam bedak pula ya. Blend sampai beras halus. Beras mempunyai pelbagai nutrisi yang dapat memberi manfaat kepada kulit anda.

3. Jika anda ingin menambahkan hasil kulit yang cantik, tambahkan organic brown rice kepada campuran tadi. Jika tiada, tidak mengapa. Campurkan dalam satu mangkuk.

4. Potong lemon kepada separuh. Ambil potongan lemon yang separuh tadi dan pada isinya, perlahan-lahan, “dip”kan bahagian lemon tersebut dengan beras tadi. Dengan lembut, sapukan campuran lemon tadi pada kulit muka anda. lemon adalah sebagai pencerah kulit anda. Anda juga boleh gunakan lemon dan beras untuk membuat skrub pada anggota badan yang lain seperti di tangan dan kemudian basuh dengan air bersih.

5. Siap! Mudah kan?

*kepada anda yang mempunyai kulit yang berjerawat, ada lagi satu cara mudah untuk anda.

1. Ambil beras (seperti tadi. beras yang sudah blend) dan campurkan dengan madu. (madu tidak perlu letak banyak hanya satu sudu cawan teh atau 4 titik madu pada yang madu dalam botol)

2. Ratakan campuran tadi ke muka anda. Boleh digunakan untuk menjadi skrub badan.

Ia juga bagus untuk badan. Mudah dan senang kerana dengan menggunakan beberapa bahan sahaja, anda boleh menjadikan skrub untuk badan dan muka pada waktu yang sama. Mudah dan jimat!

NO COMMENTS

Leave a Reply