Contoh soalan dan panduan jawapan tugasan kajian lapangan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3 Kegiatan Ekonomi. Tajuk ujian pelbagai Instrumen bagi tugasan PT3 Geografi tahun 2015 adalah mengenai Kegiatan Ekonomi di kawasan atau tempat kajian calon. Semua calon Tingkatan 3 PT3 2015 diwajibkan untuk melaksanakan Tugasan Geografi PT3 2015 mulai 21 Jun 2015 sehingga 3 Julai 2015. Berikut adalah panduan lengkap dan tips menyiapkan tugasan Geografi PT3 2015.

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3

Nota Penting: Kegiatan Ekonomi adalah tajuk umum. Pilih tajuk yang spesifik mengenai kegiatan ekonomi di kawasan tempat kajian atau tempat tinggal anda. Contoh jika anda tinggal di tanah perancangan FELDA, maka tajuk anda perlulah spesifik kepada Sektor Pertanian sebagai kegiatan ekonomi penduduk.

Tajuk: Kegiatan Ekonomi penduduk di Felda Jengka Pahang

Objektif kajian: Objektif utama adalah untuk mengkaji latar belakang kegiatan ekonomi penduduk di Felda Jengka Pahang.

Kaedah kajian: Borang kaji selidik, Kaedah Temubual, Rakaman Audio atau Visual

1. Konsep dan takrifan Kegiatan Ekonomi

Definisi Kegiatan Ekonomi: Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti penduduk yang menjana pendapatan dalam kehidupan seharian. Kegiatan ekonomi boleh dibahagikan kepada beberapa sektor antara adalah Pembalakan, Pertanian, Perkhidmatan, Perindustrian mahupun Perlombongan. Di Malaysia, kegiatan ekonomi utama boleh dikategorikan kepada tiga antaranya adalah sektor sekunder, tertier dan Primer. Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara.

Sila klik Contoh Konsep dan Takrifan Kegiatan Ekonomi PT3 2015

2. Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Di Felda Jengka Pahang (Berdasarkan tajuk anda)

Penduduk sekitar Felda Jengka Pahang menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti pertanian Kelapa Sawit. Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara terperinci.

2.1 Jadual Graf Kegiatan Ekonomi Penduduk (Sila sertakan persembahan dalam bentuk Graf). Maklumat adalah berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan dikawasan kajian anda.

2.1.2 Contoh Borang Soal Selidik

Sila klik Contoh Borang Soal Selidik Geografi PT3 2015

2.2 Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk (Di kawasan tempat tinggal anda)

Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak foto adalah lebih baik.

Tajuk Grafik: Penduduk Sedang Menuai Hasil Kelapa Sawit

Huraian Grafik: Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit menggunakan tombak sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.

Nota Penting: Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label

3. Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

Sila berikan 3 isi penting mengenai cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk. Setiap isi penting haruslah disertakan huraian dan contoh.

3.1 Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk

  • Berniaga secara kecil-kecilan (Contoh: Restoran, Kedai Runcit)
  • Bercucuk tanam pokok tambahan selain dari Kelapa Sawit (Contoh: Sayuran boleh dijual)
  • Membuat Perniagaan Online (Contoh: Jual tudung atau Baju)

Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.

4. Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Di Kawasan Anda

  • Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)
  • Sektor Perkhidmatan ( Buka Homestay dan Pelancongan)
  • Sektor Perindustrian ( Kilang buat sabun daripada kelapa sawit)

Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.

5. Kesimpulan/ Rumusan

Kesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di Felda Jengka Pahang terutamanya dalam bidang pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Disamping itu, pertanian Kelapa Sawit juga merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).

6. Sumber/ Rujukan

Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.

Tempoh Pelaksanaan Geografi PT3 2015

21 Jun 2015 sehingga 3 Julai 2015

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge