Perut buncit atau boroi bukanlah sesuatu yang diingini. Bagi golongan lelaki yang sudah berkahwin, memiliki perut buncit dikatakan lebih bahagia  berbanding mereka yang tidak buncit.

Tetapi jangan kita ambil mudah terhadap isu perut buncit ini. Punca perut buncit bermula dengan pemakanan yang tidak sihat atau cara pemakanan yang tidak seimbang yang akan mengakibatkan pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, dan penyakit kronik yang lain. Sumber penyakit adalah bermula daripada perut.

Oleh itu kita harulah peka terhadap pemakanan yang kita ambil untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita supaya kita tidak menyesal dikemudian hari. Ada beberapa cara yang boleh dijadikan panduan untuk menjaga perut dan kesihatan kita disamping untuk mengempiskan perut yang buncit.

 

  1. Tinggalkan makanan ringan

makanan-ringan

Makanan ringan dan makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul dibahagian perut jika diambil dengan berlebihan. Kita sepatutnya mengelakkan diri daripada mengambil makanan berkalori tinggi, gula, bergoreng, makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

 

  1. Makan makanan yang betul

piramida

Cara pemakanan yang betul dan seimbang dalam makanan harian kita boleh menjaga dan mengempiskan perut disamping dapat menjaga kesihatan. Tubuh badan kita mudah mendapat penyakit dan menjadi letih kerana pemakanan yang tidak seimbang, kita harus tahu makanan yang betul seperti fiber, vitamin, dan mineral.

 

  1. Kurang minuman bersoda atau bergula

csd_2

Soda, atau minuman bergula mengandungi banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Gula berlebihan akan mengakibatkan kencing manis, banyakkan minum air kosong atau air mineral.

 

  1. Berhenti makan lewat malam

sifton_snack

Kebanyakkan orang akan terus tidur selepas makan lewat malam. Ini kerana lebihan gula yang dimakan akan bertukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa tidur.

 

  1. Senaman kardio

cardio-jogging

Senaman kardio adalah penting untuk mengempiskan perut kerana senaman ini dapat membakar kalori lebih daripada melakukan senaman perut seperti berjogging, berjalan, dan menaiki tangga.

 

https://www.flickr.com/photos/causticarmadillo/

NO COMMENTS

Leave a Reply

CommentLuv badge